Nama buku di atas Usul al`Aqidah al-Islamiyyah
adalah terdiri dari tiga usaha:
1) Matn Al-Aqidah Al-Tahawiyyah oleh Abu Ja`afar Ahmad al-Tahawi (m.
321H.)
2) Sharh terhadap Matan al-`Aqidah al Tahawiyyah oleh `Ali bin Abi
al-`izzi al-Adhra`i (731-792H.). Beliau murid bagi Hafiz Ibn Kathir.
3) Petikan-petikan yang dibuat terhadap matan dan sharh sebagaimana
terdapar di dalam buku berkenaan dilakukan oleh `Abd al-Mu`im al Izziyy.
Lantaran buku ini penting, ianya merupakan
buku akidah Sunni yang awal yang mendukung Mazhab Salaf. Buku Sharh ini pertama
kali diterbitkan di Makkah pada 1349H. dan buku yang diguna ini dicetek oleh al-Muassasah
al-Risalah di Beirut (1407H./1987M.) Penulis bercadang memetik dan
menterjemahkan keseluruhan matan dan memungut terhadap sharh Matn `Aqidah
al-Tahawi yang dianggap penting.
Pembahagian dilakukan oleh sharih dan dibuat
petikan oleh penyelenggara (`Abd al-Mun`im).
Dan sesungguhnya memulakan Shaykh Al-Tahawi
kalamnya, maka berkata rahimahu Allah:
Tauhid Kepada Allah:
Mtn.1. Kami
berkata tentang tauhid Allah mereka beriktiqad – dengan taufiq Allah:
Sesungguhnya Allah itu Esa yang tidak ada sekutu bagiNya.
Srh.
Aku kata: Ilmu tauhid adalah awal dakwah bagi Rasul, seawal pemulaan
jalan dan seawal maqam berdiri padanya seorang salik kepada Allah. Firman Allah
bermaksud:
`` Sesungguhnya kami utuskan Nuh kepada
kaumnya, maka katanya, wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah. Tiadalah Tuhan
bagi kamu selain dariNya. Aku takut kamu mendapat azab pada hari yang besar
(kiamat)`` (Al-A`raf:59).
Dan berkata Hud a.s kepada kaumnya:
``Sembahlah kamu kepada Allah yang tidak ada
Tuhan bagi kamu selain dariNya.`` (Al-A`raf: 65). Ia juga kata-kata Saleh a.s.
dan kata Shu`ayb a.s.
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Sesungguhnya kami bangkitkan kepada setiap
umat Rasul supaya mereka meyembah Allah dan menjauhi Taghut.`` ( (al-Nahl: 36)
Dan firman Allah bermaksud:
``Dan tidaklah kami utuskan sebelum dari
engkau daripada Rasul melainkan kami wahyukan kepadanya bahawasanya tidak ada
Tuhan melainkan kepadaNya (Allah) kami sembah (al-Anbiya`: 25).
Bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
``Aku disuruh memerangi manusia sehinggalah
mereka itu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad
adalah Rasulullah.``
Dengan ini adalah sahih bahawa seawal-awal
kewajiban di atas setiap mukallaf: Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan
Allah.
Maka tauhid adalah seawal-awal apa yang
dimasuki dengannya oleh seseorang jikalau dia mahukan Islam, dan ia adalah
akhir yang dia keluar dengannya daripada dunia., sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
bermaksud:``Siapa yang akhir kalamnya `La ilaha 1lla Allah` dia masuk syurga.
Maka diadalah seawal wajib dan seakhir wajib.
Maksud kami dengannya,
Tauhid al-Uluhiyyah, kerana tauhid mengandungi
tiga jenis:
Pertamanya: `Al-Kalam` tentang sifat-sifat
Kedua: Tauhid al-Rububiyyah, dan keterangan
bahawa Allah secara Tunggal mencipta segala sesuatu.
Ketiga: Tauhid al-Ilahiyyah: Bahawa berhaknya
Subhanahu wa Ta`ala bahawa disembah dengan keesaanNya, tidak ada sekutu
bagiNya.
Huraian Penulis =Hr. seterusnya pensharh
menghuraikan maksud, sifat, tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah dengan
hujah-hujah ayat-ayat Al-Qur`an..
Sesungguhnya huraian terhadap ayat ini memakan
halaman 11 halaman. (hlm 13-23). Penulis hanya mengambil dari kandungannya hanya satu setengah halaman
sahaja. Dalam huraian oleh pensharah ada disentuh tentang pihak lawan yang
tidak secucuk dengan aliran akidah Sunni, iaitu terhadap `Al-Jaham bin Safyan
yang menafikan sifat.
Mtn. 2: Dan berkata Imam al-Tahawi (Dan tidak
sesuatu seumpamaNya)
Srh: Sesungguhnya Ahlu al-Sunnah telah sepakat
bahawa Allah T`a`ala tidak ada sepertinya oleh sesuatu, tidak pada dhatNya,
tidak pada sifatNya dan tidak pada af`alNya, tetapi lafaz (al-tashbih)
sesungguhnya terjadi pada kalam manusia lafaz yang digunakan pada tempat yang
dikehendaki dengannya makna yang sahih, dan dia ialah apa yang dinafikan Al-Qur`an dalil dengannya oleh akal. Daripada
ketentuan Tuhan Ta`ala tidak disifat dengannya oleh sesuatu daripada
makhluk-makhluk, dan tidak menyerupainya oleh sesuatu daripada makhluk-makhluk,
pada sesuatu daripada sifatnya dan (Tidak seperti seumpamanya oleh sesuatu
sebagai menolak terhadap yang menyamai dan mentashbih denganNya (Dia Amat
Mendengar lagi Melihat).
Hr. Penerangan ungkapa kedua ini lebih pendek
dari yang pertama (hlm. 23-25).
Mtn.3.Berkata
Al-Tahawi: (Dan tidak sesuatu melemahkanNya).
Srh. Yang demikian kerana sempurna qudratNya
Firman Allah bermaksud ``Sesungguhnya Allah di
atas segala sesuatu adalah berkuasa`` (al-Talaq: 12)
Dan firmanNya lagi bermaksud:
``Dan tidaklah Allah melemahkanNya daripada
sesuatu di langit dan tidak di bumi. Sesungguhnya Dia adalah
amat Mengetahui dan Berkuasa` (Fatir:44).
Seterusnya dihuraikan dengan ayat kursi
sepenuhnya.
Mtn.4. Dan berkata (Al-Tahawi): (Dan tidak ada
Tuhan selainNya)
Srh. Ini adalah kalimah tauhid yang mendakwah
dengannya rasul-rasul dan mengithbatkan tauhid dengan kalimah ini dengan
iktibar nafi dan ithbat.
Hr. Sharh bagi ungkapan di atas adalah ringkas
Mtn. 5. Berkata Al-Tahawi bermaksud:
``Qadim tanpa permulaan, selama tanpa
hujungan``
Srh: Demikian seperti firman Allah bermaksud:
`Dia Yang Awwal dan Yang Akhir` (al-Hadid:3).
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
``Allahumma Engkau Yang Awwal, maka tiada sesuatu sebelum Engkau dan Engkau
Yang Akhir, maka tiada sesuatu selepas Engkau.``
Hr. Ungkapan indah berseni (estetika)
Demikianlah contoh huraian bagi lima ungkapan
yang walaupun ringkas, tetapi sharahnya adalah panjang. Namun dengan contoh
diberi di atas dapat difahami format persembahan oleh matan, pensharah dan
paling penting dapat dinilai dari segi ciri akidah salafiyyah yang
disebut-sebut sebagai pendekatan oleh
Al-Tahawi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment