BBB, 13 Rabiul Akhir 1437 = 23 Januari 2016
(Sabtu);
Bab X
Srh:
Pendirian Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah, bahawa tiap-tiap sesuatu dengan
Qada` Allah dan QadarNya dan menyalahi sedemikian oleh Qadariyyah dan
Mu`tazilah. Mereka menyangka bahawa Allah menghendaki keimanan dari orang
kafir, tetapi orang kafir maukan kekufuran, maka terjadilah bahawa kehendak
orang kafir tidak seperti kehendak Allah Ta`ala ! Ini adalah seburuk-buruk
i`tiqad, dan adalah pendapat yang tidak ada dalil, bahkan bersalahan dari
dalil. Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman bermaksud:
``Dan (bagi menolak rayuan itu Tuhan
berfirman), ``Kalaulah kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat
pertunjuk untuk beriman dan beramal salih kepada tiap-tiap seorang dengan
kitiadaan usaha dari masing-masing), nescaya kami berikan kepada tiap-tiap
seorang akan hidayah pertunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia,
supaya tidak terkena azab di akhirat), tetapi telah tetap hukuman siksa dari
Ku, ``Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan
manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal salih).``
(Al-Sajdah: 13).
Dan firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk
memberi hidayah pertunjuk kepadanya, nescaya Ia melapangkan dadanya (membukakan hatinya)
untuk menerima Islam, dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,
nescaya Ia menjadikan dadanya sebak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia
sedang naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan
azab kepada orang-orang yang tidak beriman,``(Al-An`am: 125).
Berkata Al-Tahawi:
Mtn: 52 (Ini adalah jumlah yang diperlukan
kepadanya oleh orang yang diiberi cahaya hatinya daripada wali-wali Allah
Ta`ala, iaitu darajah orang yang mendalam di dalam keilmuan. Kerana ilmu ada
dua;
Ilmu pada makhluk yang wujud dan ilmu yang ada
pada makhluk yang luput (mafqud), maka ingkar kepada ilmu yang ada adalah kufur
dan mendakwa dengan ilmu yang luput kufur. Dan tidak kukuh iman melainkan
menerima ilmu yang maujud, dan meninggal menuntut ilmu yang luput).
Maksud ilmu yang luput, hilang (mafqud) ialah
`Ilmu Qadar` yang melipatkannya (menyembunyikannya dan melarang daripada
mengoreknya).
Adapun ilmu maujud ialah Ilmu Syari`at,
umbinya dan cabang-cabangnya.
Siapa yang mengingkarkan daripada perkara yang
dibawa datang oleh Rasul, adalah dia daripada orang kafir dan siapa mendakwa
dengan keilmuan ghaib juga daripada orang kafir.
Firman Allah bermaksud:
``Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang
ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuinya itu kepada
sesiapa pun. Melainkan kepada mana-m,ana Rasul yang diredainya (untuk
mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya,
apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian), Maka sesungguhnya Ia mengadakan
di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan
mengawasinya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).
(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu), supaya mereka mengetahui bahawa
sesungguhnya – (dengan jagaan mereka), - Rasul-Rasul itu telah menyampaikan
perutusan-perutusan Tuhan mereka (dengan sempurna), pada hal Ia memang
mengetahui dengan meliputi akan segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia
menghitung tiap-tiap sesuatu, satu persatu.`` (Al-Jinn: 26-28).
Bab XI
Berkata Al-Tahawi:
Mtn. 53 (Dan kami beriman dengan Lauh dan
qalam dan dengan apa yang padanya telah dirakam).
Srh. Firman Allah bermaksud:
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada
mereka bukanlah syair atau perkara sihir), Bahkan ialah Al-Qur`an yang
tertinggi kemuliaannya). (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada
Lauh Mahfuz.`` ( Al-Buruj: 21-22).
Lauh Mahfuz ialah yang ditulis (ditentu) oleh
Allah tentang kadar-kadar makhluk padanya, dan Qalam yang disebut ialah yang dijadikannya oleh Allah dan ditulis
padanya - pada Lauh tersebut kadar-kadar. Seperti dalam Sunan Abi Daud daripada
`Ubadah bi al-Samit berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
``Sesungguhnya seawal-awal dijadikan Allah
ialah Al-Qalam: Maka dikatakan kepadanya. ``Tulis``, maka katanya, Wahai Tuhan,
``Apakah hendak aku tulis ?``Katanya, ``Tulislah takdir-takdir setiap sesuatu
sehingga tibanya Hari Kiamat.
Berkata Abu Ja`afar al-Tahawi:
Mtn. 54
(Maka kalau berhimpun oleh makhluk
keseluruhannya di atas sesuatu yang ditulis oleh Allah Ta`ala keadaannya, untuk
mengubahnya tidak berlaku, mereka tidak berkuasa di atasnya. Dan kalau mereka berhimpun
keseluruhan di atas sesuatu yang tidak ditulis Allah Ta`ala untuk menjadikannya
(tertulis), mereka tidak berkuasa dengannya. Kering kalam dengan apa yang
berlaku hingga ke hari Kiamat)
Srh. Sebagai bukti dibawa Hadith Rasulullah
s.a.w. antaranya bermaksud:
Daripada Ibn `Abbas r.a. berkata:
``Adalah aku di belakang Rasulullah s.a.w.
pada satu hari, maka bersabda Baginda, Wahai lelaki, Maukah aku mengajarmu
beberapa kalimat ! Jagalah Allah Dia menjaga engkau. Jagalah Allah engkau
mendapat apa yang engkau hadapi. Apabila memohon, mohonlah kepada Allah,
apabila meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Dan
ketahuilah bahawa ummah kalau berhimpun
untuk memberi manfaat kepada engkau dengan sesuatu tidak memberi manfaat
kepadamu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis Allah bagi engkau.. Dan
kalau berhimpun mereka itu dengan tujuan untuk memudaratkan engkau dengan
sesuatu, tidak memudaratkan engkau melainkan dengan sesuatu yang telah ditulis
Allah ke atas engkau. Terangkat qalam-qalam dan keringlah mushaf-mushaf).
Riwayat al-Tirmidhi, dan kata: Hadith Hasan Sahih.
Sekian.
No comments:
Post a Comment