BBB, 16 Rabi`ul Awwal 1438H. = 16
Disember 2016M. (Juma`at):
Ibarat perjalanan menuju ke destinasi yang bergerak secara kualiti dari satu
maqam-kepada maqam sebagimana telah dibicarakan juga meningkat dari segi
kualiti dari satu hal kepada hal-hal yang juga telah dibicarakan, atau secara
rangkuman kedua-dua aspek ya`ni maqam
dan hal, yang dikirakan sebagai `Turuq` –
Jalan-Jalan Menuju Allah maka `Cinta
Ilahi` adalah dibaratkan sebagai `Buah Ranum` hasil dari mujahadah perjalanan
yang dilalui kaum sufi.
Berkata `Abdul Qadir bin `Isa di dalam
bukunya `Haqa`iq `an al-Tasawwuf` dia
mengatakan bahawa, `Cinta Ilahi` ialah
puncak bagi pergerakan maqamat, juga adalah tertinggi darajat bagi
darajat-darajat. Apa yang dicapai melalui maqam dan hal, maka dia adalah merupakan
buah dari buah-buah dan ikutan-ikutan bagi sebelumnya dari al-shauq, al-uns dan
al-redha. Dan tidak ada maqam sebelum mahabbah, kecuali maqam yang dia adalah
muqaddimah bagi muqaddimah seperti taubah sabar dan zuhud.
Dan kata `Abdul Qadir `Isa, bagi `Mahabbah`
tidak ada definisi yang tepat dengannya dapat diberi. Jika dita`rif, maka dia
adalah sebagai identiti bagi tasawuf itu sendiri, manakala `Mahabbah` dari segi
hakikat `Suasana yang intuitif rohaniah` yang melimpah dari hati-hati Pencinta
(al-Muhibb). Tiada disebut setepat dhauq dan wujdan` sebagai pengalaman
intuitif estetika rohaniah. Tiada ketepatan ta`rif baginya dan sebarang
ungkapan tentang `Cinta Ilahi`, maka dia adalah kenyataan sebagai kesan-kesan
darinya, ungkapan sebagai hasil (buah) dan menerangkan bagi sebab-sebab.
Ditanya Al-Junayd tentang `al-Mahabbah`,
maka jawapannya ialah secara hal dengan air matanya berguguran, hatinya tepu dengan al-hiyam al-shauq. Gambaran yang
diberi adalah kesan dari `Mahabbah` berkenaan
dan bukan `Mahabbah` itu sendiri.
Abu Bakar al-Kattani menceritakan peristiwa
di musim haji, bahawa kalangan shaykh-shaykh bercakap tentang cinta Ilahi
dan Al-Junayd adalah yang paling kecil
di antara mereka. Dia ditanya oleh
shaykh-shaykh tentang cinta Ilahi, ``Beri pendapatmu wahai yang datang dari
`Iraq !``
``Maka dia mengangguk sedang air matanya
berlinangan, lalu ia menyatakan:
``Dia adalah hamba yang hilang dari
dirinya, berhubungan dzikir kepada Tuhannya, sentiasa menunaikan hak-hak Allah. Dia melihatNya dengan hatinya, terbakar kalbunya oleh
cahaya-cahaya kehaibatanNya, bersih minumannya dari piala mesranya, tersingkap
baginya oleh Al-Jabbar daripada lapisan-lapisan keghaibannya. Maka jika dia
bercakap adalah dengan Allah, maka jika dia menyebut, maka dengan Allah , maka
jika dia bergerak maka dengan suruhan Allah,, kalau dia diam, maka bersama
Allah. Maka dia dengan Allah, bagi Allah dan bersama Allah.``
Mendengar jawapan oleh Al-Junayd, maka
semua shaykh yang terpegun dengan jawapannya semuanya menangis !
Mereka berkata, cukup sempurna, tiada
memerlukan tambahan. Allah membalaskan engkau wahai `Mahkota al-`Arifin.``
(Dipetik oleh `Abdul Qadir dari Madarij al-Salikin).
Jawapan di atas dapat juga dijadikan
contoh, bahawa laras bahasa tasawuf berbeza dari bahasa biasa. Bahasanya bersifat
intuitif kerohanian dengan dzauq dan wujdan`. Sesungguhnya menarik dan memukau pendengaran.
Al-Junayd sesungguhnya bercakap dengan
bahasa hakikat !
Sesungguhnya ayat-ayat cinta banyak
kedapatan di dalam Al-Qur`an. Antaranya bermaksud:
``Dia mencintai mereka itu dan mereka itu
mencintainya.`` (Al-Ma`idah: 54).
Dan firmanNya yang bermaksud:
``Dan orang yang beriman bersangatan cinta
terhadap Allah.`` (Al-Baqarah: 165).
Dan firmanNya yang bermaksud:
``Katakanlah (Wahai Muhammad), jika
sekiranya kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, nescaya kamu dikasihi Allah
dan diampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu.`` (Ali `Imran: 31).
Manakala Hadith tentang cinta seperti
Hadith diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.
bermaksud:
``Tiga orang yang mendapat kemanisan iman,
bahawasanya Allah dan Rasulnya lebih dikasihi daripada selain daripada
keduanya., dan bahawa kasih seorang yang dia tidak kasihnya melainkan kerana Allah. Dan yang dia benci untuk
kembali kepada kekufuran, sebagaimana dia benci kiranya dirinya dicampak di
dalam neraka.`` Hadith Bukhari.
Dari Abi al-Darda` r.a. dari Nabi s.a.w.
Baginda bersabda (bermaksud):
``Adalah
daripada do`a Nabi Daud a.s., ``Wahai Tuhanku aku memohon daripada Engkau
cinta Engkau dan cinta orang yang mencintai Engkau dan amalan yang boleh
menyampaikan cintaku kepada Engkau. Wahau Tuhanku jadikanlah cintakan Engkau lebih kucinta daripada diriku, keluargaku dan
daripada air yang sejuk.`` Hadith dikeluarkan oleh al-Tirmidzi.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menjadikan
syarat kasihkan Allah dan Rasul daripada syarat-syarat iman di dalam banyak
Hadith. Antaranya sabda Baginda bermaksud:
``Tidak beriman sal;ah seorang daripada
kamu sehinggalah adalah aku lebih dikasihi kepadanya daripada keluarganya,
hartanya dan manusia seluruhnya.`` Riwayat al-Bukhari.
Sesungguhnya hakikat Islam ialah
amalan-amalan, kewajipan,, hukum-hukum dan rohnya ialah al-mahabbah.
Sesungguhnya amalan tanpa mahabbah seperti rangka kosomg yang tidak ada kehidupan
padanya.
Berkata `Abdullah bin al-Mubarak tentang
cinta:
Kau derhaka pada Pencipta sedang kau cinta
padaNya beranggapan
Demi seumurku amalan sedemikian adalah
menyimpang
Kalau adalah cinta engkau sebenar nescaya engkau mentaati
Sesungguhnya yang mencintai kepada yang
dicinta ditaati.
Sekian.
Assalaamu'alaikum warahmatullah Dr. Apa kabar. Semoga berada di dalam sihat dan a'afiat pada maghfirah dan rahmat Allah. Saya tersadung ke blog Dr yang cantik dan bernas ini, menggali ilmu dan mau'izoh. Terima kasih kerana ada isi2 yang terbaik buat tatapan dan perhatian saya. Saya ada juga blog yang jarang2 saya kunjung dan sisikan sajak2 sendiri dan rakan.
ReplyDeleteBlog saya http://keroncongdariana.blogspot.my/ menjemput Dr singgah.
Kumpulan bakal terbit di ITBN jika terlaksana berjudul CINTA ILAHI.
Akan terbit jua persendirian berjudul DARI PANDANGAN SISI.
Semoga sempat terbeit sebelum berakhir 2016 In sya Allah.
Saya berminat menatap Pamplet Penyai, gimana harus saya perolehi?
Wassalam. ABDULHADI MUHAMAD.