BBB,
14 Rabi`ul Awwal 14328H. = 14 Disember 2016 (Rabu):
Yaqin
ialah puncak bagi keilmuan umum, juga dibicarakan di dalam ilmu akidah
dan turut juga dibicarakan di dalam ilmu
tasawuf, tetapi pendekatan agak berbeza.
Di dalam keilmuan umum apa yang mau dicapai
atau apa yang mau disampaikan ialah kebenaran sesuatu ilmu itu, maksud
kebenaran ialah tepat dengan realiti dan hakikat keilmuan yang dipelajari
seperti pembelajaran ilmu matematik misalnya, maka jawapan yang dicapai adalah
tepat dan benar. Begitulah dengan keilmuan-keilmuan yang lain benar yang mau
dicapai dan dia adalah menjadi `Yakin` - tidak diragui. Benar yang diyakini ini
adalah penting, hingga apa yang diyakini menjadi pegangan dan diaplikasikan di
dalam amalan.
Yaqin juga menjadi tujuan di dalam
pembelajaran ilmu akidah agar penganutnya
berpegang teguh dan tidak berada di dalam ragu yang merosakkan akidah.
Keilmuan dalam bidang akidah dikenali sebagai
ma`rifat. Misalnya `Ma`rifat Allah` adalah kewajipan terawal di dalam
ilmu akidah. Mengenal Allah adalah dengan `Yaqin` tanpa berlebih kurang – tidak
pada taraf z*an, syak dan waham yang merosakkan akidah. Pengajian akidah
mempunyai pendekatan yang tersendiri di dalam menghuraikan keilmuan berkenaan.
Di dalam tasawuf `Yakin` adalah keperluan utama dan seharusnya
seseorang itu perlu memantapkan diri terlebih dahulu dengan keilmuan akidah bahkan dengan keilmuan shari`at (fiqh), lantaran kata Imam Malik r.a.
``Siapa bertasawuf tidak berfiqh boleh
membawa kepada zindiq
Siapa berfiqh tidak bertasawuf boleh
membawa kepada fasiq
Siapa yang menghimpun antara keduanya dia
tahqiq.
Pencapaian kepada tahqiq tentulah termasuk
sama ilmu aqidah atau usuluddin,
Di
dalam pembicaraan keilmuan tasawuf, tidaklah dihurai kembali berkenaan
pendekatan keilmuan aqidah dan fiqh. Ianya
adalah komponan yang telah sedia ada bagi seseorang sufi. Percakapan
tentang tasawuf adalah gambaran pegangan sufi dengan ketiga-tiga bidang berkenaan – termasuk
tauhid, sebagaimana kata Junayd di dalam
al-Luma` tentang tauhid kesufian, katanya:
``Ialah menunggalkan yang Esa dengan tahqiq
wahdaniyyatNya, dengan sempurna keesaanNya. Dialah yang Esa yang tidak beranak
dan tidak diperanakkan, menafikan lawan
dan persamaan dan penyerupaan, tidak disembah selainNya, tidak tashbih dan
tidak bagaimana, tidak ada gambaran dan tidak ada sebarang tamthil. Dialah
Tuhan Yang Esa Yang Samad lagi Tunggal yang tidak ada sepertimNya sesuati Dialah Yang Amat Mendengar lagi Amat
Melihat.``
Dari ungkapan di atas terbayang kedalaman
tentang hakikat dan pegangan ketasawufan Al-Junayd yang membayangkan juga ke dalaman
bidang akidahnya.
Apakah konsep yaqin dari segi kesufian ?
Al-Kalabadzi mengambil pendapat Al-Junayd
tentang yaqin. Menurutnya ``Yaqin ialah terangkat dari syak.``
Al-Kalabadzi juga memetik pendapat Al-Nuri
tentang yaqin, maka katanyaL ``Yaqin ialah al-Mushahadah.``
Dan kata Ibn `Ata`, Yakin ialah yang hilang
daripadanya pertentangan sepanjang zaman.
Tentang yaqin kata Dzu al-Nun al-Misri,
``Apa yang dilihat oleh mata dinisbah kepada ilmu dan apa yang dihayati hati
adalah dinisbah kepada yaqin.
Bahkan kata yang lain, `Yaqin ialah `ayn
al-qalb.`
Berkata Sahl, `Yaqin ialah al-Mukashafah.``
Al-Sarraj menyebut bahawa yaqin mempunyai
tiga tahap, iaitu.
`Ilmu
al-Yaqin`, iaitu keyakinan melalui keilmuan yang antaranya secara
rasional akal.
`Ayn al-yaqin`,iaitu keyakinan melalui
penglihatan mata yang antaranya membawa kepada ilmu.
Dan Haqqul-Yaqin, iaitu keyakinan bertahap
tinggi, iaitu mencapai hakikat keyakinan.
Berkata Al-Sarraj lagi, Al-Yaqin adalah
tahap tinggi dan ada tiga hal berkenaan yaqin:
Tahap rendah, iaitu yaqin orang awam dan
para murid pada peringkat permulaan.
Sebagaimana kata Al-Junayd, Yaqin ialah
terangkat dari syak.
Tahap pertengahan, yang juga dikenali tahap
khusus seperti kata Ibn `Ata`, iaitu yang tiada pertentangan dalam penerusan
zaman
Tahap tinggi, iaitu khusus al-khusus
seperti kata `Uthman al-Makki, ``Yaqin ialah tahqiq ithbat bagi Allah dengan
segala sifatNya.``
Yaqin termasuk di bawah ahwal, dan yaqin
adalah asal bagi semua ahwal, dan kepadanya puncak bagi semua ahwal, dia adalah
akhir bagi ahwal, batin bagi semua ahwal,, zahir bagi al-ahwal dan nihayah bagi
ahwal, tahqiq tasdiq dengan yang ghaib dengan hilang syak dan ragu. Dan puncak
yakin ialah rasa mesra dan manis munajat
dan bersih renungan terhadap Allah dengan mushahadah hati dengan hakikat yaqin
dengan hilang illah dan mu`aradhah bertentangan.
Sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Sesungguhnya pada yang sedemikian itu menjadi tanda bagi
mereka yang memerhati dan memikirkannya.`` (Al-Hijr: 75)
Dan maksud ayat:
``Dan pada bumi ada tanda-tanda bagi
orang-orang yang yaqin.`` (Al-Dzariyat: 20).
Demikian konsep dan penghayatan kesufian
berhubung dengan konsep yaqin .
Sekian.
No comments:
Post a Comment