BBB,
02 Rabi`ul Awwal 1438H. =
02 Disember 2016 (Juma`at):
Abu Bakar al-Kalabadzi juga membicarakan
tentang sikap dan pendirian sufi berhubung dengan madzhab-madzhab shar`iyyah
atau dikenali juga sebagai madzhab fiqhiyyah. Sebagaimana dimaklumi pada
perngkat awal Islam tidak ada apa yang dinamakan madzhab. Al-Qur`an dan
Al-Hadith adalah menjadi sumber hukum dan rujukan. Pada zaman Rasulullah s.a.w.
Baginda sendiri adalah menjadi rujukan. Selepas zaman baginda para sahabat
menjadi rujukan seperti Ibn `Abbad, Ibn `Umar dan sebagainya, tetapi selepas
Islam berkembang luas ke luar dari Madinah dan timbul berbagai-bagai masalah
hukum yang perlu kepada jawaban, memerlukan kepada tokoh-tokoh yang faham dan
mendalam bidang shar`iyyah atau fiqhiyyah. Pendapat tokoh terkenal yang
mempunyai ketinggian ilmu dan berkemampuan berijtihad dan mengeluarkan fatwa
diikuti. Semakin ramai pengikut dan pendukung mengukuhkan pendapat dan fatwa
yang menjadi ikutan. Antara tokoh terkenal ialah Al-Malik bin Anas r.a. (93-179H.
) yang menghasilkan kitab Al-Muwat*t*a` yang menjadi pegangan
pengikut-pengikutnya, berikutnya lahir tokoh Al-Imam Shafie (767-820M.) murid
kepada Imam Malik yang menghasilkan kitab terkenalnya ialah Al-Umm yang menjadi
ikutan bagi pengikut-pengikutnya, seterusnya lahir Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H./780-855M.)
yang terkenal dengan kitab Musnadnya dan sebelumnya tokoh Abu Hanifah al-Nu`man (m. 182H./798M.)
yang dikatakan tidak mengarang kitab, tetapi pendapat-pendapatnya dicatat oleh
murid-muridnya dan menjadi panduan bagi
madzhab Hanafi.Pendapat mereka ini mendapat dokongan pengikut-pengikut hingga
menjadikan mereka sebagai madzhab. Bukan tidak ada tokoh-tokoh lain sebelum dan
sezaman mereka seperti Al-Thauri, al-Auzai, al-layth dan sebagainya, tetapi
mereka tidak mendapat dokongan pengikut-pengikut dan akhirnya ianya tidak
berkembang dan tidak menjadi madzhab
yang diikuti selanjutnya
Berhubung dengan madzhab-madzhab ini ,
berkata Al-Kalabadzi, kalangan sufi mengambil ahwat dan berhati-hati dan
mencari pendapat yang kukuh sebagai pegangan dan mengelak dari perpecahan
pendapat. Pada dasarnya mereka melihat
ikhtilaf kalangan fuqaha` adalah di atas jalan yang betul dan tidak
bercanggah antara satu pendapat dengan pendapat yang lain. Tiap seorang
daripada mereka adalah mujtahid yang betul. Mereka adalah mengukuh pendapat di
atas madzhab mereka, dan sah di sisi mereka dengan apa yang didasarkan kepada Al-Kitab dan Al-Sunnah. Mereka juga dari
kalangan yang mahir dari segi istinbat, mereka adalah betul dengan apa yang
diyakini. Siapa yang bukan dari ahli al-ijtihad dia hendaklah mengambil fatwa
sebelumnya yang lebih diketahui dan berdasarkan hujah-hujah yang kuat.
Apakah perlunya madzhab ? Pada dasarnya
tidak perlu kepada madzhab, kerana pada zaman Nabi dan sahabat-sahabat tidak
ada mdzhab. Tetapi memahami hukum-hakam memerlukan kemahiran di dalam bidang
fiqh, khususnya memerlukan kefahaman terhadap Al-Qur`an, Al-Hadith,
memahami tentang istinbat, qiyas, kelayakan berijtihad dan sebagainya yang
tidak mudah difahami dan dicapai oleh orang perseorangan. Sebab itu lebih selamat mengikut tokoh-tokoh
terkenal di dalam bidang fiqh yang kemudian dikenali dengan madzhab. Tetapi
bolehkah beramal secara taqlid ? Menurut pengarang kitab Usul al-Fiqh Ustaz
Haji Hasan bin Haji Ahmad dan kitab
al-Qawa`id al-Fiqhiyyah yang disatukan sebagai satru kitab menyatakan:
``Para kebanyakan `ulama yang muhaqqiqin yang
sepakat berpendapat wajib bertaqlid ke atas orang-orang awam dan mereka yang
tidak mempunyai keahlian berijtihad, tetapi berselisih pendapat mengenai wajib terikat dengan madzhab di dalam
kesemua masalah.
Bagi orang awam yang telah mengikut
pendapat dari madzhab tertentu tidaklah harus baginya menarik balik dan
mengikut pendapat mujtahid yang lain. Namun ada yang berpendapat tidak semestinya seorang terikat dan mengikut pendapat atau
madzhab tertentu, kerana tidaklah wajib ke atas mereka, kecuali yang diwajibkan
oleh Allah dan RasulNya. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Maka bertanyalah kamu kepada mereka yang
berpengetahuan agama, jika kamu tidak mengetahui.`` (Al-Nahl: 43).
Namun masalahnya berapa ramai yang
berkemampuan dari segi ijtihad dan berkelayakan ? Lagi pula jika berlaku
kebebasan cara tafsiran dan ijtihad boleh membawa kepada kecelaruan hukum,.
Di samping itu dengan kebebasan memilih
pendapat boleh membawa kepada talfiq. Maksud talfiq seorang yang mengamalkan
sesuatu hukum dengan cara yang tidak diakui oleh mujtahid. Atau mencampur adukkan antara mujtahid.
Misalnya seorang mengambil wudhu` mengikut kaedah madzhab Shafie yang wudhu`nya
batal jika menyentuh isteri, dia mengambil sikap talfiq dari segi tidak batal wudhu`
berdasarkan madzhab Maliki yang berpendapat tidak batal wudhu` menyentuh
perempuan yang harus dikahwini – termasuk isteri. Ini membawa kepada masalah sah
atau tidak solat seorang yang menyentuh perempuan tadi. juga membawa kepada
kecelaruan dari segi amalan. Sebab itu bertalfiq hendaklah dielekkan, kecuali
di dalam masalah tertentu sahaja.
Memanglah ideal untuk tidak terikat kepada
madzhab, tetapi dia boleh membawa kepada kecelaruan, sebab itu perlu berpegang
kepada kesatuan pendapat yang tidak mencelarukan. Namun mengikuti madzhab juga tidak boleh
bebas dan beracmpur aduk untuk mengelak dari kekeliruan dan percampuradukkan.
Penetapan mengikut Madzhab Shafie di Alam Melayu ialah kerana menyatukan ikutan, lagi pula madzhab ini
bertapak dan berkembang di alam Melayu sejak agama Islam tiba di alam Melayu.
Dengan berpegang kepada madzhab ini setakat ini tidak menimbulkan kekeliruan di
kalangan penganut-penganut agama Islam di alam Melayu, lantaran itu ianya
seharusnya dipertahankan agar tidak menimbulkan pertentangan dan perbalahan sebagimana
berlaku di negeri-=negeri yang mempunyai pegangan berlainan madzhab seperti di
India, Pakistan, bahkan di Iran.
Al-Kalabadzi menmgemukakan pendapat
kalangan sufi agak terbuka. Mereka bersetuju dengan pendapat dengan ahli
al-istinbat yang berwibawa, mereka betul dengan pegangan mereka yang dianggap
betul. Ini bererti mereka bersetuju dengan pendapat-pendapat madzhab-madzhab
yang mereka adalah ahli mujtahid dan berkelayakan memberi fatwa.
Mengenai beberapa persoalan fiqh mencatat Al-Kalabadzi,
bahawa kalangan sufi secara jama`ah berpendapat bahawa perlu bersegera menunaikan solat
apabila masuk waktu dan ia adalah lebih afdhal daripada melewatkannya.
Begitulah perlu nersegara bagi kewajipan-kewajipan fardhu yang lain, kecuali
ada keuzuran. Mereka juga bersetuju amalan qasar solat dalam persafiran yang
layak diqasar. Juga boleh berbuka puasa secara harus di dalam safar. Mereka
juga berpendapat wajib menunaikan haji
bila berkemampuan.
Demikian lah pendirian kalangan sufi
berhubung dengan amalan-amalan fiqhiyyah yang tidak ada percanggahan dengan
pendirian kalangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment