BBB, 25 Rabi`ul- Awwal 1438H. = 25 Disember 2016 (Ahad):
Biarpun tajuk-tajuk yang berhubung dengan
ibadat seperti di dalam kitab-kitab fiqh tidak menjadi judul bagi kitab-kitab
tasawuf –(Al-Sarraj menyebut adab-adab), tetapi ibadat contohnya `solat` dan
ibadat-ibadat yang lain adalah merupakan sebahagian dari tasawuf, bahkan tanpa
ibadat tiada tasawuf. Ini menunjukkan betapa
rapatnya hubungan antara ibadat dan tasawuf. Bahkan konsep `membersih`
bagi tasawuf sama digunakan bagi ibadat seperti solat, zakat, bahkan haji.
Bagi menunaikan sebarang solat fardhu, maka
dia antaranya perlu bersih dari segi akidah, iaitu antara syaratnya ialah
Islam, selain daripada baligh dan berakal. Dan sebelum mendirikan solat dia mestilah
bertaharah. Maksud taharah sebagaimana kata Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari
di dalam kitabnya yang berjudul, Sabil al-Muhtadin,
``Taharah pada lughah itu, ertinya suci dan
bersih daripada segala daki, samada daki itu hissi seperti segala najis atau
ma`nawi seperti segala `aib. Adapun taharah pada shara`, maka ikhtilaf segala `ulama` pada menta`rifkandia, maka yang
tersebut di dalam Tuhfah Shaykh Ibn Hajar dan Nihayah Shaykh Ramli, bahawasanya
taharah pada shara` disebutkan dia atas dua perkara.
Pertama, hilang tegah yang jadi ia daripada hadath dan
najis.
Dan yang kedua, ertinya perbuatan yang diwadha`kan ia bagi memberi
faidah akan harus sembahyang yang ia
setengah daripada atharnya seperti tayammum, maka bahawasanya ia memberi faidah
akan harus sembahyang yang ia setengah daripada atharnya.
Maka atas yang kedua inilah menta`rifkan
Imam Nawawi akan taharah pada shara` itu dengan katanya, ``Bahawasanya taharah
itu, iaitu mengangkatkan hadath atau menghilangkan najis atau barang yang pada
makna keduanya atau barang yang atas rupa keduanya.
Dan kata Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari
lagi,
``Miftah sembahyang itu taharah dan lagi
taharah itu satu syarat daripada syarat sembahyang.``
Demikian penekanan terhadap bersuci:
Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji yang diterjemah
oleh Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, bahawa
Hikmat Persyariatan bersuci, sebahagian daripadanya ialah:
Pertama:
Bersuci adalah tuntutan fitrah
Kedua:
Memelihara kemuliaan dan kehebatan individu muslim
Ketiga:
Memelihara kesihatan
Keempat:
Berdiri menghadap Allah s.n.w. dalam keadaan suci dan bersih.
Kepentingan kebersihan dari segi lahiri ini
diberi huraian secara detail bahawa: Hendaklah dikenalpasti akan air yang
menjadi alat membersih yang utama. Misalnya
ada air yang dinamakan `air mutlaq`yang tiada makruh memakai dia, ada
air mutlaq yang makruh memakaidia, air musta`mal dan air mutanajjis.
Adapun air mutlaq itu seperti air hujan,
air embun, air laut, air sungai, air telaga dan air sumur. Manakala air mutlaq
yang makruh memakai dia, iaitu air yang sangat hangat, air yang sangat sejuk,
air yang terjemur yang kesemuanya bertujuan bagi menjaga kesihatan. Manakala
air yang musta`mal, iaitu air yang sudah terpakai pada taharah yang tiada dapat
tiada padanya.
Dan antara keperluan menyucikan ialah dibicarakan kaedah
menghilangkan najis, membersih akibat dari qadha` hajat yang mempunyai adab dan aturan dan kaedah-kaedah
menyucikannya.
Konsep membersih daripada hadath kecil, ialah dengan mengambil wudhu` yang mempunyai
kaedah dan aturan-aturan –termasuk syarat-syarat, sunat-sunat mengambil wudhu`.
Selain dari keperluan mengangkat hadath kecil, ialah juga keperluan mengangkat
hadath besar dengan sebab berjunub, berhaidh dan nifas. Iaitu perlu kepada mandi atau dinamakan mengangkat
hadath besar – termasuk memandikan mayat. Di samping wajib mandi ada
sunat-sunat bagi mandi berkenaan. Selain dari penggunaan air ada kaedah yang
dikenali dengan tayammum yang ada syarat-syaratnya,wajib dan sunatnya.
Demikianlah untuk mendirikan solat yang
wajib, betapa perlu kepada kebersihan dari segi akidah, bersih dari hadath dan
keperluan kepada alat-alat untuk bersih dan aturan yang dibicarakan dengan
detail. Selepas keperluan-keperluan
semuanya itu dipenuhi, baharulah dapat
mendirikan solat. Bahawa untuk berdepan Allah Ta`ala bagi menunaikan solat
perlu kepada kebersihan akidah dan juga kebersihan dari hadath kecil dan besar.
Konsep kebersihan juga amat ditekankan dari
segi pendekatan tasawuf. Keperluan kepada kebersihan di atas, adalah keperluan
bagi praktik kesufian dan amalan-amalan bagi ibadat solat, tetapi satu dimensi
yang ditekan bahkan difokuskan ialah pembersihan dalaman diri bagi yang mau
mengamalkan kesufian.
Sebagaimana pernah dibincangkan dari aspek
kesufian, bahawa diri tidak terlepas dari dosa dan kesalahan yang menyebabkan
diri sebenarnya tidak bersih. Bagi pembersihan seorang itu mestilah mematuhi
segala kewajipan fardhu yang mesti ditunaikan dan disertai dengan taubat dari
dosa-dosa yang dilakukan. Menjalani tasawuf hendaklah melalui pembelajaran, praktik amalan
dan pembawaan diri. Bermaksud seorang
tidak boleh bertasawuf dengan secara sendiri tanpa mempelajarinya dari guru
yang berkelayakan dan dalam praktik amalan ini sebenarnya tidak lari dari
melakuklan amalan-amalan ibadat fardhu dan sunat, sentiasa dengan Al-Qur`an dan
Al-Hadith serta `ulama`, di samping
menjalani didikan diri dengan pembersihan dan peningkatan kualiti diri dengan
tariq-tariq kepada Allah yang antaranya dikenali dengan maqam-maqam dan ahwal.
Maksud pembawaan, ialah perwatakan diri yang memasuki alam kesufian akan
terbentuk watak dirinya sebagai sufi, seperti berakhlak dengan akhlak yang mulia
dan tinggi dan meningkatkan kualiti diri mendekati Ilahi. Sebagaimana dia
senang dengan pembawaan diri, dia juga hendaklah disenangi oleh yang
mengelilinginya. Misalnya dia berwatak tenang yang menenangkan kelilingannya.
Apa yang hendak ditekankan bahawa praktik
sufi sebahagian besarnya ialah ibadat. Ini menunjukkan bahawa kesufian tidak
terpisah dari keilmuan yang berhubung dengan fiqh dan syari`at. Diulang kembali
ungkapan al-Imam Malik r.h.a. berkata:
``Siapa bertasawuf dan tidak berfiqh boleh
membawa kepada zindiq,
Siapa berfiqh dan tidak bertasawuf boleh
membawa kepada fasiq,
Dan siapa yang menghimpun antara keduanya,
maka dia mencapai tahqiq.``
Sekian.
SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
ReplyDeleteMUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
TERSEDIA: +6285222846347
JUAL TUYUL PESUGIHAN
PESUGIHAN UANG GAIB
SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA
MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA
DAN SAYA HIDUP BERSAMA SUAMI YANG SAKIT-SAKITAN DAN 3 BUAH
HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK
PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,
SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG
UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH
CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..
AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK
PARA NORMAL YANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK
PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT
PUTUS ASAH AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG
MEMBERIKAN NOMOR AKI KORO,,SAYA PIKIR TIDAK
ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI
MENGHUBUNGI KI KORO DAN AKHIRNYA AKI KORO MEMBERIKAN
ANKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..
KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN
KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,
DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI KORO SETIAP
SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN
BELIAU BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN CALL | +6285222846347 <>HBG | 085222846347 SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GHOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN...INI KISAH NYATA DARI SAYA,terima kasih........!!!
KUNJUNGI BLOG AKI KORO SILAKAN
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
TERSEDIA: +6285222846347
JUAL TUYUL PESUGIHAN
PESUGIHAN UANG GAIB