BBB, 03 Rabi`ul Awwal 1438H. = 03 Disember
2016M.) (Sabtu);
Selepas daripada Abu Bakar al-Kalabadzi
membicarakan pandangan kesufian mengenai berbagai bidang seperti tentang
akidah, shari`at dan beberapa persoalan yang lain, memakan ruang 30 bab (hlm. 28 – 104 hlm.) daripada 75 bab (104-
191), maka barulah beliau dengan bab 31 membicarakan tentang tasawuf. Walaupun
dari bab pertama hingga ke tiga puluh, bukanlah pembicaraan tentang tasawuf,
tetapi penting dan menarik, kerana melalui pembicaraan tentang aspek-aspek
akidah dan shari`ah memberi maklumat
kepada kita bagaimana pandangan sufi terhadap persoalan akidah dan shari`ah. Dari
pembicaraan kita telah dapat melihat dan menilai bahawa pandangan orang-orang
sufi terhadap aspek-aspek di dalam kedua-dua bidang adalah dapat dikatakan bersamaan dengan
pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Walaupun selepas bab 30 dan seterusnya
Al-Kalabadzi membicarakan topik-topik tasawuf
hampir sama dengan pendekatan-pendekatan tasawuf yanng lain, tetapi kita
akan melihat tentang pendekatan dan kandungan keilmuan tasawuf dari perspektif
pandangan Al-Kalabadzi sendiri. Sesungguhnya ada kelainan-kelainan yang dibawa.
Misalnya memulakan pembicaraan bidang
tasawuf bagi bab 31, Al-Kalabadzi membicarakan tentang dan pendapatnya bahawa; Ilmu,
Tasawuf Adalah Ilmu Ahwal
Judul yang agak lain dan tidak biasa dibawa
oleh orang lain selama ini. Kata Al-Kalabadzi,
``Ketahui olehmu bahawa ilmu-ilmu tasawuf
ialah ilmu-ilmu mengenai ahwal. Dari ahwal mewariskan amalan dan tidak
mewarithkan ahwal, melainkan dari orang
yang sah amalan.``
Seawal-awal cara bagi mengetahui sah amal,
ialah mengetahui keilmuan yang berkait dengan amalan. Perkara amalan berkait
dengan ilmu-ilmu berhubung dengan
hukum-huklum shara` yang menjadi umbi bagi fiqh dan pecahan-pecahannya daripada bidang ibadat seperti solat, puasa, dan segala kefardhuan yang
lain . Ilmu yang berkait dengan mu`amalat
seperti perkahwinan dan
perceraian (t*alaq), persoalan jual beli, pinjam meminjam, sewa, hutang piutang
dan segala yang diwajibkan Allah Ta`ala, disunat dan segala keharusan dari segi
urusan jual beli dan kehidupan. Kaum sufi tidak memisahkan diri dari kewajipan
utama bagi menunaikan tuntutan amalan
lahir, iaitu ibadat-ibadat dengan melakukan tuntutan shara`.
Keilmuan di atas dikategorikan oleh Al-Kalabadzi ialah ilmu yang bersiafat lahiri
dan perlu memahaminya dengan menuntut keilmuan ini (shara`) sebagaimana juga tuntutan keperluan satu lagi
bidang, iaitu ilmu akidah, iaitu pengajian berdasarkan kitab Al-Qur`an Al-Sunnah
dan ijama` al-salaf al-salih.
Manakala bidang kedua adalah bidang kerohanian yang
bergantung kesempurnaannya pada kesempurnaan amalan shariat.
Ilmu kerohanian ini perkara lazimnya ialah
mengenali kekejian diri, mema`rifatnya, melatih diri mengawalnya, mendidik
akhlaknya, mengatasi tipudaya seteru, mengerti tentang tipu daya dunia, cara
menyelamat diri daripadanya. Ilmu ini menurut Al-Kalabvadzi adalah ilmu yang
berhubung dengan hikmah.
Aspabila diri dapat mengekalkan secara
istiqamah terhadap perkara-perkara wajib, baik dari segi tabiatnya, beradab
dengan adab yang disuruh Allah beradab dengannya, menjaga anggota, segala
perlakuan diri, menjaga segala panca indera, maka mudahlah baginya mengislahkan
diri, membersih yang lahir dan mengosong dari kekejian dan berpaling dari
godaan dunia, pada kala itu membuka
ruang bagi diri bermuraqabah lintasan, membersihkan rahsia . Inilah menurut
Al-Kalabadzi sebahagian daripada ilmu ma`rifat.
Klemudian di belakang dari ini ialah
ilmu-ilmu lintasan,ilmu mushahadat dan mukashafat, iaitulah ilmu yang takhassus
dengan isyarat. Ialah khusus yang tersendiri bagi sufi, iaitu selepas dia mempelajari dan menguasai
keilmuan-keilmuan pra-syarat bagi seorang sufi seperti akidah, ilmu shari`at,
akhlak dan adab sebagaimana telah dibicarakan.
Menurut Al-Kalabadzi, adapun dinamakan ilmu
tasawuf sebagai ilmu isharat sebagaimana diberi penekanan oleh Al-Kalabadzi, lantaran ialah secara mushahadat hati,
mukashafat asrar (rahsia) yang tidak mampu diterangkan secara susunan kata,
menurut pendapat secara tahqiq. Sebaliknya ianya ilmu isyarat, wujdan bersifat
seni rohani, tidak dapat mengetahuinya melainkan orang yang berada di dalam
ahwal dan meningkat kepada maqamat sedemikian. Gambaran sedemikian dialami para
pengamal seni, khususnya seni yang bersifat rohani. Ketepuan jiwa dengan
estetika rohani jika digambarkan dengan bahasa atau apa cara, sesungguhnya dia tidak menepati apa
yang dialami.
Meriwayat Sa`id bin al-Musayyab daripada
Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud):
``Ada
daripada ilmu seperti sesuatu yang tersembunyi, tidak mengetahuinya
melainkan ahli ma`rifat dengan Allah, maka apabila dicakapkan, maka tidak dia
mungkir, mereka ahli yng mendekati Allah.``
Juga daripada `Abdul Wahid bin Zayd berkata, aku bertanya Al-Hasan tentang ilmu batin, maka dia
berkata, aku bertanya Al-Huzaifah al-Yaman tentang ilmu batin, maka katanya,
aku bertanya Rasulullah s.a.w. tentang
ilmu batin, maka kata Baginda, aku bertanya Jibril tentang ilmu batin,
maka katanya, aku bertanya Allah `Azza wa Jalla tentang ilmu batin, maka
firmanNya, ``Dia adalah rahsia daripada rahsiaKu, aku jadikannya di dalam hati
hambaKu, tidak berdiri padanya seseeorang daripada hambaKu.``
Berkata Abu al-Hasan bin Abi Dzarr di dalam
kitabnya `Minhaj al-Din`, gubahannya bagi Al-Shibli katanya,
Ilmu tasawuf ilmu tiada bandingan seperti
Ilmu seni melangit tinggi juga bersifat rububi
Memberi faedah kepada yang berma`rifah
Balasan bertambah dengan secara khususiah.
Bagi ilmu tasawuf ada maqam permulan dan
pengakhiran dan di antaranya ada ahwal yang berimbang dan tiap-tiap maqam ada
ilmu, bagi tiap-tiap hal ada isyarat dan bersama setiap maqam ada ithbat dan
nafi dan tidaklah apa yang dinafikan pada maqam menafikan apa yang sebelumnya
dan tidaklah apa yang thabit padanya menthabitkan apa yang lain daripadanya.
Demikianlah permulaan bagi pembicaraan tentang tasawuf oleh A
l-Kalabadzi yang nampaknya ada kelainan pembicaraan dari
pembicaraan-pembicaraan sebelumnya, walaupun persoalan yang sama.
Sekian.
No comments:
Post a Comment