PERHIMPUNAN AGUNG BERSATU –PERISTIWA TERAKHIR
2018
(Fikrah Bangi: 103),
BBB, 23 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 31 Disember
2918M. (Isnin):
Peristiwa terakhir dari segi politik dengan berakhirnya tahun 2018 ialah
Perhimpunan Agung Parti Bumiputra Bersatu. Ianya merupakan perhimpunan kali
kedua selepas ditubuhkan pada tahun lepas, iaitu semasa negara masih di bawah
pemerintahan BN. Sebagai parti pembangkang Bersatu mendapat tekanan dari pemerintah,
bahkan tidak lulus pendaftaran sehingga bertanding di atas lambang PKR. Kini
sebagai pemerintah tentulah persidangan dapat diadakan di Putrajaya itu dengan
cara yang lebih selesa. Walau bagaimana dilihat dari kedudukan kerusi Bersatu
masih ketinggalan. Bersatu kini hanya mempunyai 16 kerusi berbanding
dengan Amanah (11) DAP (42) PKR (50) dan
Warisan (9). Bersatu mesti mengimbangi parti-parti yang lain dalam pemerintahan.
Kini Bersatu paling popular dan mendapat sambutan. Mereka yang melompat dari
parti lain terutama UMNO adalah berhasrat menyertai Bersatu. Namun penerimaan
mereka yang melompat ini tidak disenangi oleh DAP dan PKR. Oleh iru proses
melompat agak slow dan bersyarat.
Akibatnya sindrom melompat terganggu.
Bersatu kata Syed Saddiq bukan kesinambungan
dari Umno, tetapi sesuatu yang baru, tetapi dilihat kepada nama dan fokus bagi
mendapat sokongan adalah semacam pola Umno, bahkan nama parti itu adalah
sebagai mengambil tempat Umno. Golongan yang menjadi fokus ialah Melayu dan
Bumiputra sebagaimana Umno.
Kata Tun Dr. Mahathir Bersatu ditubuhkan bagi
menyatupadukan Melayu dan Bumiputra, pada hakikatnya sebaliknya dengan
tertubhnya Bersatu ianya menjadi elemen yang lebih memecahbelahkan Melayu dan
Bumiputra. Kini Melayu yang mempunyai kuasa undi 60% yang jika bersatu dapat
memerintah negara secara majoriti, sebaliknya suara Melayu kini berpecah kepada
Pas, Umno, PKR, Amanah dan kini Bersatu. Manakala jika dilihat kepada kaum Cina
mereka bersatu di bawah DAP dan dapat memenangi jumlah kerusi yang tinggi (42).
Apa yang perlu bagi Melayu menyedari tentang
kekuasaan undi yang ada pada mereka dan menggunakan sebaik-baiknya. Melayu perlu
memilih apa yang terbaik bagi mereka.
Dalam keadaan sekarang Melayu hilang majoriti. UMNO parti yang paling tua di
negara ini (1946) menghadapi kemelut dan hilang keyakinan masyarakat. Parti
tidak salah, tetapi yang salah adalah pimpinan. Apakah Umno dapat membersih
diri dan dapat membuat tawaran terbaik kepada masyarakat ? Setakat ini belum
ada pendekatan yang meyakinkan
Parti kedua tertua (1951) yang menjadi tumpuan
Melayu ialah Pas, tetapi dengan pendekatan kini, Pas tidak dapat menunjukkan
yang ianya mampu menjuarai kepimpinan pada peringkat negara. Muhyiddin Yassin
menyifatkan Pas sebagai parti yang selamanya mau menjadi pembangkang. Peluang untuk
sama memerintah dilepaskan oleh Pas dan
diambil kesempatan oleh Amanah Negara. Bukankah lebih baik untuk berdakwah
berada bersama yang mau didakwah berbanding duduk dari luar ? Sebenarnya Pas
ada kekuatan dengan bersatu. Ini disedari oleh PH yang berusaha agar Pas
bersama-sama bagi mengalahkan BN, tetapi peluang ini ditolak oleh PAS, PAS
kalau mau memerintah perlu mencari rakan dari yang bukan Melayu bagi mendapat sokongan majoriti.
Dalam keadaan sekarang berlaku perlumbaan bagi
mendapat sokongan dari Melayu dan Bumiputra. Dalam hal ini nampaknya Bersatu
lebih agresif berbanding dengan PKR, Amanah dan Pas. Hak mendapat sokongan
Melayu dan Bumiputra adalah terbuka. Terpulang kepada pendekatan setiap parti. Bagi mendapat
sokongan ini Bersatu tidak bimbang dengan Pas, tetapi lebih dibimbangi pada
kebangkitan Umno. Lantaran itu mereka menyerang dari segi psikologi dengan
mengatakan Umno sudah mati dan tiada tempat lagi dihati rakyat. Ini adalah
cabaran bagi Umno untuk bangkit. Dengan pengaruh dan arus sokongan yang kuat
terhadap Bersatu kini, bagi Bersatu mereka mudah menghadapi Pas yang statik dan
tidak berkembang, kecuali di kalangan Melayu. Mereka berhasrat melebarkan
kekuasaan seperti di Kelantan dan Terengganu, juga Pahang dan Perlis.
Seperti Umno yang menjadi induk pemerintrahan
pada zaman BN, pola sedemikian adalah menjadi hajat dan tumpuan Bersatu. UMNO
dan Pas perlu sedar dan bertindak bukan saja bertahan tetapi lebih agresif bagi
meningkatkan kemenangan, tetapi bagaimana ?
Sekian.