December 3, 2018

PENDEKATAN ASPEK TEKNIKAL PEMBINAAN MASJID AL-UMM


PENDEKATAN ASPEK TEKNIKAL PEMBINAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 75):
BBB, 25 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 03 Disember 2018M. (Isnin):
Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad  bertolak membicarakan kertaskerjanya tentang latar belakang projek, aspek teknikal dan masalah semasa membina Masjid Al-Umm. Menurut Tuan Haji Ishak sebelum dari pembinaan fizikal Masjid Al-Umm iaitu selepas pelancaran dana bagi masjid Al-Umm pada 19 Mei 2012 bermula dengan perlantikan arkitek (sebelum pelancaran dana) diikuti dengan perlantikan perunding-perunding, iaitu sebelum Tuan Haji Ishak dilantik sebagai ahli jawatankuasa (Beliau dilantik pada Ogos 2012 dan mengetuai Jawatankuasa Teknikal pada awal 2013). Bagi merangka rekabentuk Masjid Al-Umm bersama arkitek perlu dilantik juru perunding. Mereka terdiri dari:
1)      Juruperunding arkitek -  Arkitek Urusbina
2)      Juru Perunding Kejuruteraan Awam  & Struktur – Safari Ingeniuers.
3)      Juru Perunding Kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal – Perunding Azfar Sdn. Bhd.
4)      Arkitek Landskap – Cerana Design
5)      Perunding Hiasan Dalaman – Al-Ciptra
6)      Juru Perunding Ukur Bahan -  May Consult.
Ir. Tuan Haji Ishak juga memaklumkan tentang maklumat projek, iaitu:
a)      Jumlah kontrek asal adalah sebanyak RM10,556,800, iaitu anggaran kos bangunan dan bayaran perunding
b)      Tarikh milik tapak (bermulanya pembinaan, iaitu 10 Disember 2013).
c)       Tarikh siap asal 25 Mei 2015.
d)      No. Rujukan kelulusan plan bangunan oleh MPKj – (11) dalam MPKj 8/P/2/2013 bertarikh 4 Disember 2013.
e)      Sijil Penyiapan Praktikal – 14 Disember 2017.
f)       Sijil Penyiapan dan Pematuhan 3 Oktober 2018.
Tuan Haji Ishak juga menyenaraikan tentang kontrektor dan sub-kontrektor projek dan kerja pembinaan.
a)      Kontrektor Utama ialah  Tekad Nusantara Sdn. Bhd.
b)      Sub kontraktor kerja mekanikal di bawah Kontrektor Utama (FMT Trading  & Services)
c)       Sub Kontrektor Kerja  - Di bawah Kontrektor Utama (Cassia Gemilang Sdn. Bhd.)
d)      Sub Kontraktor Kubah, mihrab, siling,  akustik, cermin  & alluminium dan kipas besar – Majleza Alluminium sdn. Bhd.
e)      Sub kontrektor perabut dan kelengkapan – Probil Industries & Master Dimension Sdn. Bhd.
f)       Sub Kontraktor Carpet – PMCY Carpet Sdn. Bhd.
g)      Sub Kontrektor Sistem Hawa Dingin Dewan Solat Utama – Darmilla Sdn. Bhd.
h)      Sub Kontrektor Landskap – Bumi Effective
Bagi Penyeliaan Kerja pembinaan
Bagi penyeliaan kertja pembinaan pihak juru perunding telah melantik dua orang kerani tapak.
Seorang bagi mengawasi kerja-kerja bangunan dan seorang lagi mengawal kerja-kerja kejuruteraan.awam dan struktur.
Pemantauan Kerja Reka Bentuk dan Pembinaan
Melalui mesyuarat Teknikal yang  turut dihadiri wakil-wakil dari Jawatankuasa Induk. Dan juga melalui Mesyuarat Tapak. Mesyuarat Tapak hanya berlaku sekitar tahun 2014. Kemudian mesyuarat Tapak disatukan dengan mesyuarat Teknikal yang fungsinya adalah bersamaan. Semuanya bertujuan memantau projek pembinaan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment