ISU AIR TERUS HANGAT DI SELANGOR
(Fikrah Bangi: 79):
BBB, 29 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 07 Disember 2018M. (Juma`at):
Persoalan air adalah menjadi isu politik yang
penting di Selangor. Bila berlaku
kekurangan air kerana kemarau, kerosakan paip yang mengganggu bekalan atau perlu
kepada pembersihan oleh kerana tercemar oleh perbuatan kilang mel;epaskan bahan
toksik ke dalam sungai yang mencemar bekalan air, maka dengan terganggu
bekalan air membangkitkan aduan dan kemarahan rakyat sebagai pengguna. Suasana
sedemikian selalu diambil kesempatan, terutama oleh pihak pembangkang menyerang
dengan apa yang dikatakan sebagai `kelemahan kerajaan`. Kadang-kadang isu
sedemikian sengaja diadakan-adakan oleh pihak pembangkang, terutama bila hampir
pilihanraya dan berlaku tunjuk perasaan di lokasi-lokasi kekurangan air, bahkan
aktivis-aktivis tertentu dari
pembangkang sanggup mengadakan demonstrasi hingga ke pintu pagar Bangunan
Sekretariat Pentadbiran Negeri, Shah Alam dengan membawa baldi, timba, gayung, bekas-bekas air dan sebagainya sebagai lambang
ketiadaan air dan protes mereka.
Isu air yang sering memasalahkan pentadbiran
negeri – air hak pentadbiran negeri,
maka pada zaman Barisan Nasional, difikirkan pentadbiran air Selangor
wajar diswastakan, maka lahirlah syarikat
bekalan air dan pentadbiran air yang asalnya di bawah kerajaan negeri
yang dikenali dengan Jabatan Bekalan Air Selangor diserah kepada pihak swasta yang dikenali
dengan Syarikat Bekalan air Selangor (Syanbas).
Segala aset air diserahkan kepada syarikat ini dengan kos minima. Di
bawah syarikat ini tumbuh anak-anak
syarikat yang mentadbir bidang-nidang
tertentu air seperti Splash, Abas dan sebagainya. Sebagai syarikat monopoli,
maka didapati kos mengendalikan air makin meningkat dan bayaran bil air juga
turut meningkat.
Isu air yang dianggap membebankan rakyat dan
tidak kurang dari mengalami gangguan bekalan, maka Pakatan Rakyat, komponan
parti –Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan Dap menjadikan isu bekalan air
percuma kepada rakyat, jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Selangor.
Dengan air sebagai isu penting bagi manifesto Pakatan Rakyat, maka Selangor
diberi mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah Selangor sejak 2008. Walaupun
air diberi percuma oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, tidak bererti isu ini selesai
sepenuhnya. Isu ini terus berbangkit,
antaranya kekurangan air bila kemarau dan berlaku kerosakan atau pencemaran.
Harga air yang tinggi yang kerajaan negeri terpaksa berurusan dengan pihak
Syabas. Campurtangan kerajaan Pusat di dalam hal air, misalnya dalam hal
membawa air dari Pahang dengan cadangan mengadakan terowong dari Pahang ke
Selangor dan kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak negeri. Untuk menyelesaikan
banyak isu, terbaik dari pihak negeri mengambilalih pentadbiran air Selangor.
Rundingan memakan masa yang panjang dan berliku-liku melibatkan kerajaan
Pakatan Rakyat, syarikat-syarikat air dan kerajaan Pusat. Pihak syarikat yang
dulunya menerima kemudahan dari kerajaan negeri dengan mudah dan rendah dari
segi bayaran kini meletakkan harga yang tinggi. Namun pada akhir sesi
pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat 2008-2018 isu air dan pembelian balik syarikat air dapat
diselesaikan.
Namun isu air terbaru selepas Pakatan Harapan
memerintah (10.5.2018), sebagaimana ditimbulkan dalam Sidang Dewan Negeri
Selangor semalam, bahawa Kerajaan Negeri Selangor akan mengenakan bayaran
penggunaan air kepada pengguna rakyat di Selangor, kecuali mereka yang
dikategori di bawah B40 yang menggunakan 20 meter padu air . Alasan yang diberi
oleh Menteri Besar Selangor YAB Amirudin Shari:
Pertambahan penduduk yang menambahkan
penggunaan air dan kos penyelenggaraan air yang melibatkan 10% dari bajet
perbelanjaan negeri. Ini dapat dlihat kos perbelanjaan pengurusan air meningkat:
2008 sebanyak RM68 juta
2009
meningkat RM131 ,,
2014
,, RM167 ,,
2016 ,, RM179 ,,
2017
,, RM183 ,,
2019 dijangka RM200
,,
Walau macam mana kenaikan tidak disebut
kenaikan pendapatan hasil negeri yang makin meningkat. Sepatutnya tarif air
hanya dikenakan secara lebih tinggi kepada yang bersifat komersil dan tidak
kepada yang bersifat domestik. Jika dilakukan demikian keistimewaan yang
didapati rakyat Selangor `air percuma` yang
tidak terdapat dinegeri-negeri lain dapat diteruskan dan sokongan rakyat akan
berterusan.
Dengan penarikan balik `air percuma` kepada
semua rakyat, isu ini akan terus
berbangkit, khususnya menjelang pilihanraya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment