SEMINAR ASPEK TEKNIKAL PEMBINAAN MASJID
AL-UMM
(Fikrah Bangi:74):
BBB, 24 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 02 November
2018M. (Ahad):
Kelmarin (Sabtu 01 Disember), berlangsung Siri Seminar Masjid Al-Umm, kali ke 9
berjudul, ``Aspek Teknikal Pembinaan Masjid Al-Umm, Perrmasalahan``. Pendekatan
seminar ini bermula dari konsep masjid dan pembicaraan beberapa buah masjid di
Bangi dan diakhiri dengan pembicaraan tentang Masjid Al-Umm. Terdapat tiga siri
berhubung dengan Masjid Al-Umm, bermula dengan :
·
Senibina
Masjid Al-Umm: Cabaran
·
Aspek
Teknikal Masjid Al-UMM: Permasalahan
Dan insya Allah akan diakhiri dengan `Imej Dan Identiti Masjid Al-Umm:
Mempromosikannya` Dengan berakhirnya seminar kesepuluh nanti, lengkaplah siri
seminar bertemakan Masjid yang dianjurkan sejak setahun Masjid Al-Umm
digunakan. Ianya juga merupakan
pengakhiran bagi tempoh pentadbiran Masjid Al-Umm di bawah pentadbiran
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Pentadbiran Masjid
Al-Umm akan diserah kepada Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengimarahan baru yang
telah dipilih pada 11 Oktober 2018 lepas yang dikendalikan oleh pihak PAID
sendiri.
Kertas-kertas kerja yang dibentangkan, insya
Allah akan dibuku dan diterbitkan sebagai salah satu hasil yang dapat dilakukan
oleh Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Dalam ucapan ringkas Penulis selaku Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm, Penulis bersyukur kerana
hasrat melaksanakan Seminar Bulanan Masjid Al-Umm mulai dari awal tahun 2018
dapat dilaksana dan berjalan lancar sebagaimana diaturkan (sengaja rehat dua
bulan, Ramadhan dan Syawal).
Penulis menyebutkan dua kertaskerja mutakhir,
iaitu kertas mengenai `Seni Bina atau architecture Masjid Al-Umm yang dibentang
oleh Ar. Tuan Raja Fuaddin pada bulan Oktober 2018 adalah penting, kerana
Pembentang, iaitu Ar. Raja Fuaddin adalah architech bagi Senibina Masjid
Al-Umm. Hasil dari senibina yang disiapkan dan mendapat kelulusan dari MPKj
menjadi asas bagi pembinaan Masjid Al-Umm oleh pihak Kontrektor. Kertaskerja hari ini adalah
lanjutan dan penyempurnaan yang dilihat dari segi teknikal. Pembentang, iaitu
Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad orang yang penting yang mempengerusikan jawatan
kuasa Teknikal. Jawatankuasa ini mengawasi dari segi pembinaan dan teknikal
bagi Masjid Al-Umm. Kertaskerja ini penting dan melengkapkan apa yang
telah dibentangkan oleh Ar. Tuan Raja
Fuaddin pada bulan Oktober yang lepas. Ini diikuti dengan kertaskerja penutup yang
melihat Masjid Al-Umm selepas siap pembinaan, iaitu dari segi estetika, imej
dan identiti Masjid Al-Umm dan mempromosikannya.
Kertas-kertaskerja yang dihasilkan ini tidak
semestinya disusun menurut kronologi dari segi seturut tarikh diseminarkan.
Bagi menjadikannya sebagai buku ianya mungkin diterbalikkan, bermaksud
kertas-kertaskerja pada bahagian akhir mengenai Masjid Al-Umm yang pada bahagian akhir akan diawalkan yang
melayakkan buku yang dihasilkan sebagai berjudul utama Masjid Al-Umm dan Masjid-Masjid Lain di
Bangi.
Penulis mengucap terima kasih kepada
penulis-penulis kertaskerja dan pengulas-pengulas serta
peserta-peserta seminar yang
secara tetap, walaupun dalam jumlah yang sederhana terus setia datang
menyertai seminar, bahkan meningkatkan lagi mutu seminar dengan ulasan,
cadangan dan kritikan yang diberi. Seminar Bulanan Masjid Al-Umm mencipta
sejarah, kerana inilah seminar bersiri pertama diadakan di Masjid Al-Umm dengan
menggunakan fasiliti yang canggih disediakan oleh pihak Masjid Al-Umm agar
perjalanan seminar dapat dijalankan secara selesa dan sempurna. Yang lebih
penting yang akan dilihat oleh pengkaji-pengkaji kelak tentang bahan-bahan yang
dihasilkan dan mutu ilmiah yang dapat disumbangkan oleh seminar sebagai salah satu
kegiatan ilmiah yang diusahakan oleh Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment