CABARAN TERHADAP PAS
(Fikrah Bangi: 97),
BBB, 17 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 25 Disember
2018M. (Selasa):
Melihat kepada kecelaruan PH sekarang,
pertelagahan bukan saja di kalangan ahli-ahli parti, tetapi di kalangan
pemimpin. Nurul Izzah letak jawatan, Datuk Seri Anwar menasihati supaya
pemimpin-pemimpin dalam PH berhenti dari perbalahan, sedang Mat Sabu kata,
tiada ada perbalahan, perselisihan pendapat perkara biasa. Ini tidak termasuk
janji-janji PH yang banyak tak dapat ditunai dan rakyat makin susah, terutama
petani, nelayan, penoreh getah dan peserta Felda yang tertekan kerana kenaikan
harga barang dan sumber pendapatan yang kurang.
Dari suasana ini, Datuk Nik Amar Nik Abdullah
Naib Presiden Pas, membuat spekulasi, ``Bahawa PH akan tumbang selepas sepenggal memerintah.``
Sebagai memberi respond terhadap ulasan Datuk
Nik Amar ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Bumiputra Bersatu memberi
respond terhadap komen Nik Amar berkenaan, bahawa Pas irihati terhadap kejayaan
PH sekarang. PH sebenarnya kukuh berbanding dengan Umno yang punya 13 komponan
dan tinggal tiga. Manakala Pas, menurut Tan Sri Muhyiddin akan selama-lamanya
menjadi pembangkang. Bahkan jika disatukan Pas dengan Umno, tiada mampu
menggugat PH yang makin bertambah pengaruhnya.
Muhyiddin menyindir kepada Pas, ``Kita tak mau
menjadi pembangkang selama-lamanya. Bila kita tersingkir dari Umno, kita jadi
pembangkang buat sementara, tetapi berusaha menubuhjkan Bersatu dan PH, kita
mampu memerintah !
Respond Muhyiddin adalah cabaran terutama
terhadap Pas, termasuk juga Umno. Dua parti pembangkang yang dilihat masih
kuat, tetapi dianggap tidak mampu mengalahkan PH dalam pilihanraya ke 15 kelak.
Mampukah Pas dan juga Umno menggugat PH pada pilihanraya ke 15 akan datang ?
Banyak cabarannya. Pas secara bersendirian
tidak mampu mencapai majoriti dalam Parlimen. Tidak mungkin Pas mengharapkan
majoriti Melayu menyokongnya untuk
mencapai majoriti dalam Parlimen. Bahkan jika disatukan Pas dengan Umno pun
terlalu sukar untuk mencapai majoriti. Dalam keadaan sekarang jalan begitu panjang.
Pas di samping memperkukuhkan diri perlu mencari rakan parti yang dapat sokongan semua kaum. Ada
parti ? yang dinamakan Kesatuan Bangsa Malaysia. Jika ia adalah parti yang
diharap Pas untuk kerjasama, badan ini belum dikenali. Ia perlu berdafatar dan
meluaskan pengaruhnya di kalangan rakyat berbagai kaum. Tugasnya begitu berat
sebelum mendapat kepercayaan dan sokongan berbagai kaum dan sama bekerjasama
dengan Pas.
Berhubung dengan Umno, kita berpendapat Pas
tidak perlu bersatu dengan Umno, cukup sekadar bekerjasama. Dalam keadaan
sekarang Umno perlu menumpukan perhatian pada memperkukuhkan diri dan
menunjukkan kemampuan, berikut dari itu baru bekerjasama dengan parti-parti yang
lain. Baik Pas maupun Umno perlu kepada kerjasama dengan parti-parti yang lain
yang mendapat dokongan berbagai-bagai kaum. Tanpa mendapat sokongan Pas, juga
Umno tidak mampu menguasai majoriti di Parlimen.
Dalam keadaan sekarang, dalam masa PH
memperkembangkan sayapnya, adalah dibimbangkan, Pas akan menghadapi cabaran
kekuasaan yang ada di tangannya – kekuasaan di Kelantan dan Terengganu akan
dicabar oleh PH. Umno juga akan tercabar kekuasaannya yang masih bersisa, iaitu
di Pahang dan Perlis.
Pas dan Umno perlu berusaha mempertahankan
kekuasaan yang ada dan perlu memikirkan mekanisme bagi mendapat sokongan
berbagai kaum, jika tidak Pas berdepan dengan hakisan yang mengurangkan pengaruh dan sokongan. Keadaan
yang sama dihadapi Umno, bahkan mungkin lebih parah lagi.
Pas dan Umno perlu memperkukuhkan diri
dan mencari teman komponan yang dapat
mencabar PH. Jika tidak Pas dan Umno, berterusan sebagai pembangkang atau makin
hilang kekuasaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment