TSUNAMI DI SELAT SUNDA UJIAN TERUS MELANDA
INDONESIA
(Fikrah Bangi: 96),
BBB, 16 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 24 Disember
2018M. (Isnin):
Menjelang akhir tahun yang menutup tahun
2018 tsunami baru berlaku di Selat Sunda – antara Jawa dan
Sumatera pada Sabtu 22 Disember 2018. Dia dikatakan manifestasi dari anak
Krakatau yang meletus pada tahun 1833 yang dianggap letusan terbesar pernah
terjadi sekuat 200 megatan, iaitu hampir 13,000 kali kekuatan bom nuklear yang
digugurkan Amerika di Hiroshima pada tahun 1945 mengakhiri Perang Dunia Kedua.
Letusan itu membunuh 30,000 orang dan ribuan lagi maut akibat dari debu panas.
Dikatakan Krakatau ini dalam diam-diam terus
hidup. Letusan di Selat Sunda ini adalah merupakan anak Krakatau. Ini adalah
terakhirletusan dan tsunami di Indonesia selepas siri letusan berlaku dalam
tempoh terdekat dalam tahun ini bermula beberapa siri letusan di Lombak pada
Ogos dan diikuti di Palu pada September. Sesungguhnya puing-puing runtuhan
di Lombak dan di Palu belum lagi dibersihkan, kini tsunami berlaku lagi
di Selat Sunda. Daerah yang paling teruk ialah di Pandeglang di Selat Sunda
tersebut. Sesungguhnya Indonesia berada pada rantaian gunung berapi dari
Sumatera membawa ke Jawa, Selawisi hingga ke Filipina dan Jepun. Adalah
dikatakan tsunami yang berlaku di Selat Sunda ini adalah antara siri-siri
letusan yang bakal berlaku, kerana di Indonesia terdapat sebanyak 127 gunung
berapi yang masih aktif.
Kita
turut merasa dukacita di atas ujian dan kemalangan besar di Indonesia
yang menguji ketabahan pemimpin dan rakyat Indonesia, tetapi betapa berat mata
memandang, berat lagi bahu memikul. Timbalan Perdana Menteri Malaytsia Datin
Seri Wan Azizah cepat memberi respond dengan mengucap takziah dan Malaysia
sedia membantu Indonesia.
Sebagai saudara serumpun dan rasa kemanusiaan
Malaysia terus membantu Indonesia dalam peristiwa-peristiwa gempabumi dan
tsunami sebagaimana berelaku Tsunami Aceh, Lombak dan Palu dan kini Selat
Sunda. Bantuan bukan setakat barangan, tetapi akan sama pergi
sukarelawan-sukarelawan sebagaima pernah misi-misi bantuan dihantar ke Aceh,
Lombak dan Palu. Kita kira simpati dan bantuan akan tiba bukan saja dari
Malaysia, tetapi dari berbagai-bagai negara akan menghantar bantuan dan
sukarelawan. Sesungguhnya alam dan pengalaman banyak mengajar umat Indonesia
erti ketabahan yang perlu dihadapi. Tiada bumi lain yang dapat diganti. Mereka
perlu hadapi secara gigih dan tabah.
Sementara itu kita rakyat di Malaysia patut
bersyukur bahawa Malaysia walaupun berdekatan dengan Indonesia dan berdekatan
pula dengan rantaian gunung berapi, tetapi Malaysia adalah merupakan kawasan
selamat dan setakat ini tidak berlaku gempa bumi, kecuali sedikit gegaran
sebagaimana berlaku di kaki Gunung Kinabalu, Sabah. Diharap ianya bukan
pertanda, bahawa pada masa muka, Malaysia juga akan menghadapi letusan dan tsunami
– kecuali kesan kecil di Kedah ketika Tsunami Aceh.
Walau bagaimana Malaysia tidak seharusnya abai
dari menghadapi tsunami, kerana sebahagian besar dari kawasan geografi tanah
negara Malaysia adalah bersifat perpantaian. Jika tidak pun berlaku gempa di
bumi Malaysia, tetapi ada kemungkinan berlaku tsunami. Misalnya Sabah dan Sarawak berdepan dengan laut luas yang
sebarang letusan berlaku dengan kawasan-kawasan berkenaan, maka tsunami boleh
berlaku di kawasan-kawasan perpantaian di negeri-negeri berkenaan, Keadaan yang
sama di kawasan pantai timur Semenanjung
dari Johor ke Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah merupakan kawasan
perpantaian, jika tsunami pernah terjadi di Kedah dan Pulau Pinang sebagai
kesan dari tsunami di Aceh, maka tidak mustahil berlaku tsunami di pantai timur
kiranya berlaku letusan di Laut Cina atau da kawasan Laut Sulu dan dari laut
Jawa.
Pendek kata kemungkinan tsunami berlaku, sebab
itu negara perlu membuat persediaan bagi menghadapi gempa bumi dan tsunami.
Kita bersama melahirkan duka di atas peristiwa
tsunami Selat Sunda.
Sekian.
No comments:
Post a Comment