December 23, 2018

PAKATAN HARAPAN JUGA BERMASALAH: CABARAN TERHADAP DAP


PAKATAN HARAPAN JUGA BERMASALAH:  CABARAN TERHADAP DAP
(Fikrah Bangi: 95),
BBB, 15 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 23 Disember 2018 (Ahad):
Yang jelas dilihat dari segi politik UMNOlah parti yang paling bermasalah, ahli-ahli parlimen dari parti ini melompat (kini 13 daripada 50), kebanyakan  dari mereka  mau masuk PH dan sebahagian daripada mereka diterima. Tetapi dari satu segi dilihat mereka yang melompat ini sebagai subersif dan bom jangka yang meruntuhkan PH. Kemasukan mereka dari satu segi memang dikehendaki oleh komponan parti PH, sebagaimana kata Dr. Awang Pawi Pensyarah Sains Politik Universiti Malaya dalam media letronaik 22 Disember, ``Kerana parti berkenaan mau mengimbangkan jumlah kerusi  yang sedikit dalam PH.``  Menurutnya komponan dalam PH perlu diperkukuh sebagai persediaan sebelum Tun Mahathir berundur dan mengukuhkan kedudukan penggantinya yang bakal memimpin partinya dan bagi mengukuhkan kedudukan di dalam percaturan politik masa depan.
Exodus pelompat-pelompat parti ini sebenarnya banyak tidak disenangi kalangan pemimpin dalam PH. Nurul Izzah meletakkan jawatan dari Naib Presiden PKR dan Ketua Perhubungan PKR Pulau Pinang dengan alasan `Muak` melihat perbalahan dan percaturan politik di dalam PKR sendiri dan di dalam PH. Dia lebih senang menjadi ahli Parlimen biasa dari Permatang Pauh yang bebas baginya mengkritik. Sikap Nurul Izzah ini disetujui oleh bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sendiri merasai akibat dari percaturan politik dan kepimpinan. Rafizi juga turut merasa tidak senang, sepatutnya menurutnya tumpuan patut diberi oleh PH terhadap janji pilihanraya PH yang banyak tidak tertunai. Tentang janji pilihantraya ini pihak pemimpin tertinggi pernah menyatakan tidak mungkin ditunai sepenuhnya, apa lagi negara berhutang dan kekurangan dana, tetapi tentang hutang satu trilion itu sudah tidak diulangi lagi.
Tentangan terhadap kemasukan pelompat-pelompat  parti ini, menyebabkan PH, akibat tekanan membuat syarat bagi penerimaan, iaitu keluar parti menjadi ahli bebas, menunggu idah dan penilaian. Ini bererti kecenderungan untuk menerima tetap ada, walau ada bangkangan.
Bangkangan yang paling kuat ialah datangnya dari DAP. Lim Kit Siang Pemimpin Utama DAP pada Rabu 19 Disember, mengeluarkan amaran, bahawa DAP tidak teragak-agak untuk  menarik keluar DAP dari PH, sekiranya objektif dan matlamat yang dihasratkan `Kerajaan Baharu` melalui PH diseleweng dan tidak tercapai. Tentang amaran keras DAP  ini, pihak wartawan telah mengemukakan amaran DAP  ini kepada Tun Mahathir. Tetapi pertanyaan  oleh wartawan media letronik, tidak mau dijawab oleh Tun Mahathir (22.12.2018).
Terbaru, isu ini ditimbulkan oleh Naib Presiden PAS Datuk Mohd. Amar Abdullah, beliau mencabar Lim Kit Siang bagi membuktikan keberanian DAP keluar dari PH, jika objektif Malaysia Baharu tidak tercapai seperti disuarakan oleh Lim Kit Siang.
Bagi Nik Amar, katanya, ``Bagi saya lebih elok dia keluar sebab dengan adanya DAP dalam kerajaan banyak menyusahkan kerajaan PH,`` kata Nik Amar. (Sinar, 23 Disember 2018: 1).
Sesungguhnya banyak pihak mahu melihat apakah gelagat dan jawapan  DAP  mengenai isu ketidakpuasan hati, khususnya pemimpin-pemimpin komponan parti di dalam PH.
Kini isu kemasukan pelompat-pelompat parti dari UMNO untuk menyeberang kepada PH menyebabkan berlaku perpecahan pendapat dari pemimpin-pemimpin parti di dalam PH. PKR dan DAP yang mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak (50 & 42 kerusi) tidak menyenangi, bahkan tidak bersetuju dengan kemasukan para pelompat yang dijangka akan merubah imej dan identiti perjuangan PH. Manakala Bumiputera Bersatu dan Amanah yang lebih senyap cenderung untuk menerima mereka bagi menambahkan kerusi masing-masing yang agak sedikit (14 & 11). Persoalan ini akan membawa lebih luas perpecahan dalam PH. Sementara itu sindrom lompat parti mulai reda dan mereka yang telah keluar, tetapi belum diterima ke dalam PH, terkapai-kapai, ibarat ` orang hanyut`  yang mencari lindungan dan ihsan dari pihak yang mau menerimanya !
Sekian.

No comments:

Post a Comment