MELENGKAPKAN PROGRAM KE AKHIR TAHUN
(Fikrah Bangi: 102):
BBB, 22 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 30 Disember
2018M. (Sabtu):
Sebagaimana institusi-institusi lain pada akhir tahun sebok melaksanakan baki
tugas, demikianlah dengan Masjid Al-Umm,
selain dari tugas-tugas biasa, misalnya solat dan gotong royong menyiapkan
hamparan carpet dan membersihkan masjid pada setiap pagi Juma`at dan Ahad, pada
akhir tahun ini sebok melaksanakan program terakhir bagi akhir tahun 2018 dan
mengatur pula pertemuan dengan ahli jawatankuasa baru yang akan mengambilalih tugas mentadbir dan
mengimarahkan Masjid Al-Umm. Pertemuan ini akan diadakan pada Selasa 01 Januari
2019. Pada pagi ini ahli jawatankuasa lama yang dikenali sebagai Ahkli
Jawatrankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm yang mengakhirkan tugas
pada 31 Disember 2018 akan hadir bersama pada pagi Selasa itu dengan ahli
jawatankuasa baru yang dikenali Jawatankuasa Pegawai dan Ahli Jawatanjuasa Pentadbiran dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm. Sebuah lagi jawatabkuasa ialah Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Umm
yang ahli-ahlinya terdiri dari Masjid dan 23 surau di bawah persempadanan
Masjid Al-Umm (mesyuarat berasingan). Pertemuan pada selasa mempunyai dua
fungsi, selain dari berkenalan dengan ahli jawatankuasa baru, ialah:
1) Menyampaikan Wathiqah Penghargaan kepada
Jawatankuasa Lama
2) Menyampaikan Surat Perlantikan kepada Ahli Jawatakuasa
Baru yang memulakan tugas pada 01 Januari 2019 hingga akhir 2021.
Tugas melengkapkan program bagi Ahli
Jawtankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm ialah mengadakan Seminar
Bulanan. Seminar Bulanan terakhir bagi tahun 2018 yang juga merupakan Tahun
Pertama diadakan seminar ilmiah bersiri secara bulanan.
Al-Hamdulillah sejak dilancarkan Seminar
Bulanan dari Januari 2018, maka seminar ini berjalan lancar setiap bulan
(kecuali cuti Ramadhan dan Syawal)
hingga ke bulan Disember 2018.
Siri Seminar 2018 ini mengambil tema berkenaan `Masjid`. Tugas menyediakan
kertaskerja bagi tema masjid secara bersiri ini disediakan oleh Penulis sebagai
Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm. Pembicaraan tentang masjid
Al-Umm agak panjang melibatkan tiga kertas kerja.
Pada bulan Oktober kertaskerja ialah mengenai
Arkitek Masjid Al-Umm yang dibentang oleh Architect Masjid Al-Umm iaitu Tuan
Ar. Raja Fuaddin bin Raja Ahmad, manakala kertas kedua mengenai `Permasalahan Tenikal Pembinaan Masjid Al-Umm
oleh Tuan Ir. Haji Ishak Arshad.
Manakala kertaskerja yang dibentang oleh Penulis ialah melengkap pembicaraan
bagi Masjid Al-Umm, ialah `Membina Imej dan Identiti Masjid Al-Umm` , iaitu
pembinaan non fizikal, sebagai melengkan pembicaraan tentang pembinaan maknawi
bagi Masjid Al-Umm.
Al-hamdulillah dengan sempurna seminar di
Masjid AlUmm pada pagi ini, lengkaplah 10 buah kertaskerja yang dihasilkan oleh
setiap pembentang menurut topik yang ditentian kepada setiap pembentang pada
setiap bulan.
Sebagaimana dirancang dari awal dengan
lengkapnya seminar dengan 10 buah kertaskerja adalah cukup diterbitkan sebagai
sebuah buku. Proses penerbitan ini akan dilakukan dengan segera. Dengan
terbitnya buku ini ianya adalah sebagai sebuah dokumen mengenai masjid,
khususnya Masjid Al-Umm. Buku ini juga sebagai hasil dan dokumen yang telah
dihasilkan oleh Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment