December 28, 2018

PERTEMUAN NAZIR BUKAN SETAKAT TERIMA TAULIAH


PERTEMUAN NAZIR BUKAN SETAKAT TERIMA TAULIAH
(Fikrah Bangi: 100)
BBB, 20 Rabi`ul-AKHIR 1440H. = 28 Disember 2918M. (Juma`at):
Pertemuan nazir-nazir pada  Khamis 27 Disember 2018 di PAID yang Penulis hadir jam 9.30 pagi dengan jangkaan adalah Majlis Penerimaan Watiqah Nazir-Nazir Masjid-Masjid di Hulu Langat yang dilantik untuk tahun 2019-2021 sahaja. Rupanya jemputan juga bagi menghadiri Mesyuarat Nazir-Nazir Hulu Langat bagi kali kedua 2018. Mesyuarat pertama telah diadakan pada Isnin 23 Julai 2018 di PAID juga. Mesyuarat Nazir-Nazir ini sudah tentulah bagi membincangkan berhubung dengan perjalanan masjid-masjid di bawah nazir-nazir, masalah-masalah yang dihadapi dan bagaimana memperbaiki. Antaranya membincangkan perkara-perkara yang dicapai dan sebagainya.
Mesyuarat ini adalah lebih awal dari Majlis  Penyampaian Wathiqah.
Sebelumnya Pegawai Tadbir Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) S.S Ustaz Mahayuddin Abu Bakar telah menyampaikan ucapan dan memberi jawapan persoalan-persoalan yang dibangkitkan berhubung dengan minit. Turut dihadiri oleh Ustaz Nazri Sobiron Pegawai Bahagian Masjid di PAID, Juga hadir saudara Sharifuddin dari PAID. Mereka turut menjawab berbagai persoalan  mengenai masjid.
Menurut Tuan Haji Mahayuddin ada tiga fokus utama bagi masjid, iaitu ialah Dakwah, Pendidikan dan Kekeluargaan (masyarakat). Dalam memupuk kemajuan masjid, beliau berharap lahir ikon-ikon yang menjadi contoh tauladan dan tidak mustahil kerana sebahagian dari jawatankuasa masjid dilantik adalah tokoh-tokoh ilmuan, profesor hingga ada jawatankuasa  sebuah masjid mempunyai  beberapa tokoh sedemikian.
Antara perkara yang dijawab dari perkara yang ditimbulkan dalam mesyuarat Nazir-Nazir yang lepas, iaiah isu persempadanan masjid yang melibatkan mesyuarat agung. Menurut pihak PAID, isu persempadanan antara Masjid Al-Hasanah dan Al-Umm Bandar Baru Bangi diluluskan di dalam Mesyuarat JATUMS Bil. 4/2018 yang bersidang pada 22 Oktober 2018 dan dapat diguakan bagi Mesyuarat Agung kedua-dua masjid.
Perkara-perkara yang dijawab juga ialah berkenaan tanah kubur bagi masjid, isu pembesar suara dari masjid yang dibenarkan untuk keluar hanya bagi azan dan bacaan Al-Qur`an, manakala ceramah dan pengajaran hendaklah terhad di dalam masjid, Perlunya dihantar oleh setiap masjid ialah borang profail masjid sebagai rekod masjid dan untuk dikemaskini dalam portal masjid-masjid.
Salah satu perkara yang dijawab ialah soal surau-surau yang diberi keizinan mendirikan solat Juma`at yang tidak mengadakan hubungan yang baik dengan masjid yang ianya berada ddalam persempadannya. Tuan Haji Mahayuddin menerangkan bahawa mesyuarat telah diadakan pada  29 November 2018 dan bersetuju pihak pengerusi surau berkenaan mengadakan hubungan baik dengan pihak masjid yang surau berkenaan berada di bawah persempadanannya. Kedua pihak hendaklah bekerjasama dan pihak surau boleh memohon bantuan yang perlu dari masjid.
Permasalahan adanya kelas-kelas tahfiz yang diwujudkan tanpa pendaftaran. Kelas-kelas berkenaan sepatutnya mendapat kelulusan dari pihak kerajaan bagi menjaga keselamatan dan pemantauan dari segi pengajian. Adalah dicadangkan supaya diadakan kurikulum khusus bagi kelas tahfiz dan berada di bawah kawalan bagi mengelak dari perkara-perkara yang melibatkan keselamatan dan mutu pengajian.
Anatara perkara sampingan ditimbulkan ialah imam dan bilal tidak boleh menghisap rokok, kerana iaya merupakan tabiat yang tidak baik, selain dari fatwa yang berkait dengannya. Namun bagi nazir belum disebut secara nyata, tapi sebagai mereka yang mengendalikan perjalanan masjid, wajar tidak melibatkan diri dengan merokok. Nazir hendaklah menjadi teladan bagi masyarakat.
Nampaknya mesyuarat nazir-nazir sedemikian amat berfaedah sebagai panduan pentadbiran bagi masjid dan bagi meningkatkan prestasi masjid.
Sekian.

No comments:

Post a Comment