December 18, 2018

PERLETAKAN JAWATAN NURUL IZZAH. PENCETUS GELOMBANG BARU ?


PERLETAKAN JAWATAN NURUL IZZAH, PENCETUS GELOMBANG BARU ?
(Fikrah Bangi: 90).
BBB, 10 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 18 Disember 2018M. (Selasa):
Di tengah kegawatan politik dihadapi Umno dengan keluar parti beramai-ramai dan bersiap sedia untuk memohon masuk PH, setelah sebahagian dari mereka sudah diterima dan kemelut yang dihadapi oleh  Zahid Hamidi yang menghadapi tekanan agar meletakkan jawatan dari Presiden Umno, tiba-tiba pecah berita mengejutkan - Nurul Izzah letak jawatan dari Naib Presiden PKR dan melepaskan pimpinan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Ini benar-benar mengejutkan. Berita ini Penulis pertama mendapat maklumat dari by-line berita TV channel 501 lebih kurang jam 3.00 petang.  Antara percaya dengan tidak Penulis mengulangi bacaan dan timbul dalam minda pertanyaan, tanpa angin dan ribut , mengapakah perletakan jawatan ini berlaku ?
Nurul Izzah berkedudukan kukuh dalam PKR. Calon tertiggi suara dalam pemilihan Naib Presiden dan dilihat sebagai pelapis yang akan menerajui pemerintahan negara pada masa hadapan.
Mengap a letak jawatan ? Atas prinsip atau peribadi ?
Berita sehari sebelum itu dalam Sinar 17 Disember 2018 bersama dengan Nik Nazmi Nik Ahmad, Nurul Izzah  menyatakan rasa tidak senang dan tidak setuju dengan penerimaan masuk mereka yang keluar dari Umno beramai-ramai ke dalam PH. Alasan yang dapat difahami, bahawa dengan kemasukan mereka merosakkan falsafah dan prinsip ditubuhkan PH, khususnya PKR. Kotoran yang berada di dalam Umno selama ini turut terbawa dan terpalit sama ke dalam PH. Kemurnian perjuangan akan berubah. Lebih jauh beliau tidak senang perlumbaan secara senyap-senyap berlaku antara komponan di dalam PH yang mau menguasai majoriti di dalam PH. Dengan penguasaan majoriti dapat menghendar  dari perebutan kuasa dan menjamin percaturan politik yang diatur untuk masa hadapan.
Adalah dilihat masa depan politik Nurul Izzah tidak tergugat. Ini adalah tektik politik untuk mengingatkan pimpinan komponan. Pendirian Nurul `Izzah tidak bersendirian. Pendapat Nurul `Izzah dan Nik Nazmi adalah sama dengan pendapat pimpinan di dalam DAP. Ertinya pendapat Nurul Izzah adalah pendapat yang kukuh. Setakat ini tidak dapat dilihat motif peribadi, berbanding dengan motif politik. Kita menjangka, ini adalah langkah permulaan di dalam tektik politik yang diambil oleh Nurul Izzah, akan ada susulan yang mengiringi tindakan yang mungkin akan menggoncangkan PH, atau sekurang-kurang akan menyebabkan berlaku review terhadap apa yang berlaku, khusus exodus pelarian pemimpin-pemimpin Umno. Dari satu segi ini pasti mengejutkan para pemimpin Umno yang baru keluar dan belum diterima kemasukan dalam PH, mereka ini buat masa ini sebagai orang hanyut ! Di samping itu bagi yang mengira-ngira untuk keluar akan berfikir dua kali, kerana nasib yang tidak menentu pada masa hadapan.
Bagi Umno ini adalah kesempatan bagi memperkukuhkan diri dan membersih dari elemen-elemen yang mengotor dan memasalahkan parti. Bagi yang cerdas, suasana sekarang hendaklah diambil kesempatan – bersatu dan memilih pendekatan terbaik bagi mengukuhkan diri, sambil menilai situasi politik semasa, terutama pihak lawan yang bergolak. Kemungkinan banyak ruang bakal terbuka yang perlu cekap bagi mengambil kesempatan. Pemimpin tertinggi Umno perlu membuat komen terbaik terhadap situasi ini agar menelurkan hasil politik terbaik.
Arus politik nampaknya kini tidak bergerak kepada satu arah, tetapi mulai berlaku `Arus Balik` dan perlu bijaksana menungganginya ! Nurul Izzah pencetus gelombang baru ?
Sekian.

No comments:

Post a Comment