ULASAN TERHADAP KERTASKERJA OLEH ARKITEK
(Fikrah Bangi: 77),
BBB, 27 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 05 Disember
2018M. (Rabu):
Jika Pembentang kertaskerja adalah Pengerusi
bahagian teknikal pembinaan Masjid Al-Umm, iaitu Ir. Tuan Haji Ishak bin
Arshad, maka Pengulas bagi kertaskerja ``Masalah Teknikal Pembinaan Masjid
Al-Umm dilakukan oleh tokoh berwibawa, iaitu oleh Arkitek bagi pembinaan Masjid
Al-Umm, iaitu Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja Ahmad Arkitek Urusbina Sdn. Bhd..
Menurut Tuan Raja Fuaddin sebagai arkitek
beliau terlibat dari segi penyediaan plan bagi senibina masjid sejak bulan Mei
2012. Plan pertama dipamerkan ialah pada hari pelancaran derma bagi masjid
al-Umm iaitu pada 19 Mei 2012. Plan ini diperbaiki dan dipamerkan pada upacara pecah tanah oleh Dato` Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid bin Ibrahim yang melawat tapak pada 6 Januari 2013 dan plan ini terus
diperbaiki melalui mesyuarat-mesytuarat teknikal dan pembinaan Masjid (Induk)
hingga diangkat kepada MPKj pada
pertengahan tahun tersebut, setelah turun naik pejabat, maka plan tersebut
diluluskan oleh pihak MPKj pada 4
Disember 2013 yang membolehkan kontrektor masuk tapak pada 10 Disember 2013.
Masalah yang ditimbulkan oleh Tuan Raja
Fuaddin dalam ulasannya, ialah terlalu banyak perubahan yang dilakukan terhadap
plan asal melalui mesyuarat-mesyuarat yang diadakan sama ada mesyuarat
teknikal, maupun pada peringkat induk. Beliau menyebut terdapat 46 perubahan
utama terhadap plan asal. Bila perubahan dibuat ia melibatkan perubahan dan pembaikan
plan yang berjumlah 21`salinan. Setiap perubahan melibatkan pertambahan kos
yang dituntut bukan saja oleh arkitek, ianya melibatkan pertukaran atau
penambahan bahan dari segi pembinaan dan ianya melibatkan kos. Inilah risiko
dari campurtangan dari berbagai pihak – setengahnya tiada pengalaman. Walau
bagaimana ada yang baik seperti persetujuan menambahkan satu aras – bawah tanah,
menjadikan masjid dari dua tingkat kepada tiga tingkat.
Tuan Raja Fuaddin menyebut antara perubahan
yang ketara seperti perubahan terhadap bentuk kubah yang dalam plan asal kecil
dengan kos asal ialah RM200,000. Apabila sub kontrektor Majleza dijemput
mengemukakan proposal tentang cadangan kubah, beliau mengemukakan contoh kubah
Nasjid Sultan Qabus di Omman, maka jawatankuasa tertarik dengan contoh kubah
Masjid Sultan Qabus di Omman dan bersetuju mengambil contoh kubah masjid itu.
Kos bagi kubah meningkatr kepada lebih dari sejuta. Walau bagaimana masalah
kubah berterusan himgga kini, tidak dapat dipasang apinya kerana bulbnya rosak.
Menurut Tuan Raja Fuaddin perubahan berlaku
pada dua menara yang pada asalnya telah siap, tetapi kerana mau menurut menara Masjidil-Haram pada bahagian atas – Cadangan
Dato` Dr. Haron Din, maka bentuk kedua-dua menara pada bahagian atas terpaksa
diubah. Perubahan juga berlaku pada pagar yang pada asalnya bergrill, tetapi
diubah kepada konkrit yang dikira lebih kukuh..
Persoalan yang berhubung dengan air-cond lama
dibincang sama ada mau menggunakan kaedah menyeluruh atau secara split dan
berasingan kawalan. Pada akhuirnya disetujui secara split dan kawalan
berasingan untuk menjimatkan kos.
Antara cadangan sub kontrektor Majleza
, selain dari pemasangan kipas-kipas, dipasang dua kipas besar yang dapat
digunakan bila tidak dipasang air-cond,
Tuan Raja Fuaddin menimbulkan soal perkara
wajib dan sunat. Untuk menyelamatkan kos akibat perubahan yang banyak beliau
menyebut seharusnya pembinaan ditumpukan kepada perkara yang wajib, bermaksud
perkara yang perlu dan tidak boleh dikemudiankan. Contohnya pembinaan fizikal
utama seperti ruang utama, serambi (koridor), kubah, tandas, mihrab, mimbar,
sound system, dan sebagainya. Masalah yang dihadapi di dalam pembinaan Masjid
Al-Umm tiada membezakan antara yang priotiti dengan yang secondary. Jika yang
tidak utama dikemudiankan, maka banyak kos dapat diselamatkan. Contoh yang
tidak perlu diutamnakan ialah kenopi bahagian depan masjid, dua kolah, dua skylight
yang merupakan tambahan yang tidak perlu, ruang permainan anak-anak, pesanan
terhadap carpet dan berbagai perabut yang mewah yang tidak merupakan kemestian,
setengahnya bukan bersifat sunat. Jika perkara-perkara ini tidak dilakukan
secara serentak, bahkan jika ditinggalkan tidak mencacatkan dari segi pembinaan.
Dengan demikian kos dapat diselamatkan dan masjid dapat disiapkan tanpa
terhutang.
Demikian ulasan Ar. Tuan Raja Fuaddin bin Raja
Ahmad.
Sekian.
No comments:
Post a Comment