MENUNGGU TINDAKAN MOHAMAD HASAN DAN KUMPULAN
(Fdikrah Bangi: 92):
BBB, 12
Rabi`ul Akhir 1440H. = 20 Disember 2019M. (Khamis):
Setelah didesak banyak pihak, akhirnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan
tugas Presiden Umno kepada Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan dengan harapan
tindakannya adalah terbaik bagi kepentingan parti. Ada yang memuji tindakan
Ahmad Zahid termasuk Khairy Jamaluudin yang sebelum ini lantang mengkritik
Zahid dan memintanya mengundur diri. Ada yang berpendapat - Mohamed Khalid Nordin, Bekas Menteri Besar
Johor, bahawa perlantikan Mohamad merupakan
permulaan ke arah reformasi parti. Apa yang nyata, tindakan Ahmad Zahid
meredakan suasana sebelumnya yang
menekankan Zahid perlu berundur.
Dalam keadaan sekarang ada beberapa golongan,
iaitu:
Golongan yang mengisytiharkan keluar parti. Antara mereka telah diterima di dalam PH.
Sedang sebahagian dari mereka terkandas, bahawa mereka tidak akan diterima,
melainkan memenuhi syarat – 8 syarat (UM, 20.12, 2018: 1). Sudah tentu timbulnya
syarat-syarat ini setelah ada pihak di dalam PH sendiri yang tidak menyetujui
diterima bekas ahli Umno ke dalam PH, iaitu PKR dan DAP. Desakan dan syarat
meredakan hasrat mereka yang mau keluar
dar Umno. Perlu dikenalpasti mereka yang terbantut keluar dari parti, kerana
sekatan syarat-syarat. Mereka adalah musuh.
Golongan yang penting ialah yang tetap setia
dan teguh pada pegangan dengan Umno. Mereka inilah diharapkan dapat mengukuhkan parti. Adalah tidak wajar
mengharapkan perubahan dapat dilakukan oleh Mohamad Hasan secara perseorangan.
Dia memerlukan kerja secara berpasukan. Tokoh seperti Khairy Jamaluddin perlu
berjiwa besar sanggup duduk sama dengan tokoh-tokoh yang lain membincangkan
kaedah dan pendekatan terbaik bagi memperkasakan Umno. Jangan ada suara yang
sentiasa mencari helah, bahawa Datuk Seri Dr. Zahid tidak berundur sepenuhnya dan perlu ada
pemilihan baru. Orang seperti ini jika ada pemilihan pun, maka akan lahirlah helah baharu yang
menyatak an tidakpuas hati. Kini masa perlu bertindak dan kurang bercapak.
Kita fikir slogan yang dipilih bagi Umno,
iaitu `Umno Bangkit !` adalah tepat.
Bagi merealisasikan kebangkitan, maka tahap
permulaan ialah mengenalpasti kepimpinan dan ahli-ahli yang setia dan tidak
berbelahbahagi bagi digembling sebagai tenaga bagi kebangkitan. Pimpinan yang
baharu perlu menyusun program-program tindakan yang dilaksanakan pada peringkat
pusat, negeri dan cawangan. Misalnya.
·
Program pengukuhan
parti
·
Pemulihan
ahli dan komitmen
·
Kejayaan yang
dilakukan selama ini yang perlu penerusan dan pembaikan
·
Kegagalan-kegagalan
yang perlu ditinggalkan atau perlu diperbaiki dan idea baru
·
Analisa sejauhmana
kerajaan kini melaksanakan janji-janji,
jaya dan gagal
·
Melawat ke
negeri, kawasan dan cawangan, beri penerangan
·
Menerangkan
situasi politik, ekonomi dan kesusahan rakyat semasa
·
Mendengar
kritikan dan cadangan untuk diperbaiki.
·
Mencari
sokongan semua kaum, tidak saja Melayu dan bumiputra
·
Gembleng
tenaga intelektual bagi mengukuhkan pendekatan.
·
Kerjasama
dengan parti-parti yang lain bagi mengukuhkan masa depan.
Pola pendekatan yang dilakukan oleh pemerintah
kini pada dasarnya tidak lari dan tidak begitu berbeza dari apa yang dilakukan
sebelum ini. Yang perlu ialah pembersihan dalaman, pembaharuan pendekatan,
jujur dan dapat kembali keyakinan orang ramai.
Untuk jangka panjang Umno seharusnya mencari
parti gabungan yang kelak akan menghidupkan sistem dua parti yang menjadi
alternatif pilihan bagi rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment