MASALAH
TEKNIKAL PEMBINAAN MASJID AL-UMM
(Fikrah Bangi: 76),
BBB, 26
Rabi`ul-Awwal 1440H. = 04 Disember 2018M. (Selasa):
Ir. Tuan Haji Ishak Arshad Pengerusi bahagian
Teknikal Masjid Al-Umm seterusnya membicarakan tentang masalah-masalah teknikal dalam pembinaan Masjid Al-Umm.
a) Perubahan skop kerja
Pembinaan Masjid Al-Umm agak berlainan dari
pembinaan biasa. Pada kebiasaannya kontrektor yang menerima kontrek akan
bekerja menurut plan arkitek yang telah diluluskan. Kerja-kerja akan dipantau
oleh pemantau-pemantau yang dilantik
oleh Jawatankuasa pembinaan dan dinilai
melalui mesyuarat-mesyuarat teknikal dan Mesyuarat Induk. Di dalam hal Masjid
Al-Umm dalam masa kerja-kerja pembinaan sedang berlangsung berlaku perubahan
plan seperti penambahan dan pembaikan, menyebabkan perubahan berlaku sehingga melibatkan 62%. Ini
menyebabkan berlaku kelewatan.
b) Peningkatan Kos
Dengan banyaknya penambahan dan perubahan
menyebabkan penambahan kos yang meningkat gandaan kepada 94.72 peratus.
Perubahan dirangsang antaranya dengan adanya sumbangan kewangan dari berbagai
pihak yang memberangsangkan.
c) Perubahan
Terdapat dua perubahan
i)
Perubahan
Perlu Segera
Perubahan perlu dan
segera dengan keputusan yang diambil dan tidak boleh ditangguhkan. Misalnya
perubahan yang berlaku terhadap kubah yang asalnya kecil dan murah kepada yang
besar dan kos yang tinggi. Begitu juga perubahan terhadap bentuk menara yang
asalnya bentuk biasa kepada pada bahagian atasnya seperti menara di Masjid
al-Haram. Begitu juga perubahan dari dua tingkat kepada tiga tingkat, iaitu
penambahan tingkat bawah tanah yang sudah pasti menambahkan kos. Begitu juga
perubahan pada mihrab, hiasan dalaman, air-cond dan sebagainya. Kerja-kerja ini
perlu dilaku dan tidak boleh ditangguhkan.
ii)
Perubahan
Boleh Ditangguh
Perubahan yang boleh
ditangguh kepada selepas siap pembinaan, tetapi dicadang dan dibuat bersama dengan pembinaan seperti pembinaan kenopi
di pintu gerbang masuk yang diharap
dapat mengelakkan dari tempias. Sebenarnya jika tempias pun tidak bermasalah,
kerana lantai di bawah sengaja dicuramkan sedikit untuk air mengalir dan membersihkan ruang masuk keluar.
Penambahan kenopi merosakkan dari segi arkitektur dan pandangan. Ianya
sementara dan tidak kukuh dan berlaku kebocoran.
Begitu juga dengan
penambahan bumbung pada skylight yang sengaja terbuka untuk kemasukan udara dan
cahaya. Dengan penutupan dua ruang kehilangan fungsi, bahkan penutupan dua
bumbung mengundang bahaya, kiranya runtuh.
Penambahan dua kolah
dilihat membazir dan mengundang pembiakan nyamuk. Air tangki reserve sudah
cukup jika berlaku keputusan air. Air dari dua kolah tidak digunakan dan
terpaksa dikosongkan, antaranya untuk keselamatan agar anak-anak tidak mandi di
dalamnya.
Penambahan-penambahan
yang lain yang tidak perlu segera, ialah penempahan carpet dari awal pembinaan masjid, pada hal lantai
masjid dari tile marmar yang tinggi mutunya yang tidak perlu kepada carpet dan
cukup dengan penggunaan sajadah yang begitu banyak disumbangkan oleh
penderma-penderma. Begitu juga dengan penempahan perabut-perabut yang begitu
mahal yang dapat dikemudiankan, bahkan sepatutnya digunakan perabut yang lebuh
sederhana yang lebih murah harganya. Demikianlah dengan beberapa perkara yang
lebih kecil yang dapat ditangguhkan. Penambahan yang berlaku yang tidak perlu
disegerakan menyebabkan berlaku penambahan kos.
d) Reka Bentuk
Reka bentuk
yang terbuka menyukarkan kawalan dan keselamatan bagi masjid. Empat ruang kemasukan tanpa berpintu boleh
diceroboh oleh sesiapa, bahkan tidak dapat mengawal dari kemasukan kucing dan
anjing. Kos tambahan perlu dicari bagi menutup ruang ruang terbuka ini
agar mudah dikawal dan dapat menjaga
dari segi keselamatan.
e) Kewangan dan Kelewatan
Akibat dari penambahan dan peningkatan kos,
masjid lewat siap dan masih terhutang dengan kontrektor. Penambahan menyebabkan
kelewatan siap bangunan. Walau bagaimana akhirnya masjid mendapat kelulusan CCC dari MPKj pada 4.10. 2010 dan Masjid Al-Umm didaftakan pada
10.10.2018 dan mula digunakan untuk solat Juma`at pada 12.10.2018.
Sekian.
No comments:
Post a Comment