PERSIAPAN HUJUNG TAHUN
(Fikrah Bangi: 101).
BBB, 21
Rabi`ul-Akhir 1440H. = 29 Disember 2018M. (Sabtu):
Pada hujung tahun yang dua hari lagi akan
berakhir, banyak pihak yang terkejar bagi melengkapkan persediaan bagi
keperluan awal tahun. Ibu bapa terutamanya, mempastikan keprluan anak-anak bagi
persekolahan tersedia. Setengahnya telah ke sekolah membuat pendaftaran,
terutama bagi anak-anak yang baru masuk sekolah. Bagi ibu bapa yang mempunyai
ramai anak bersekolah merasa perit dan terbeban bagi menyiapkan pakaian, yang
terbaru menukarkan kasut dari warna putih kepada hitam. Dari gambar anak-anak
memakai kedua jenis kasut – halaman depan Star 29.12.2018 – Hari ini yang menampilkan pakaian kasut hitam dan
putih, Penulis sebenarnya lebih berpihak kepada kasut dan stoking putih dari kasut dan stoking
hitam. Ianya bukan saja menarik, tetapi melatih dan membiasakan murid dan
pelajar menjaga kebersihan. Selain dari persediaan pakaian, ibu bapa memerlukan
kewangan bagi membayar yuran, pembelian buku dan sebagainya. Bagi ibu bapa yang
mempunyai beberapa anak yang bersekolah memerlukan ribuan ringgit untuk
persiapan persekolah. Ini tidak termasuk tambang kenderaan dan sebagainya.
Selain dari ibu bapa, pada umumnya setiap
orang mempunyai perancangan yang disediakan pada akhir tahun bagi menghadapi
keperluan dan tugas pada tahun baru, jika tidak banyak perubahan,
sekurang-kurang perlu azam baru dengan harapan pada tahun baharu, kerja lebih
baik dan bersungguh. Jika bekerja sendiri, tentulah ada perancangan dan
pendekatan yang lebih teratur dan baik agar kerja akan memberi hasil dan
pulangan yang lebih baik
Satu yang menakutkan, mulai awal tahun ada
peniaga-peniaga yang mau menaikkan harga. Ada pihak tertentu yang mengharapkan, jika
berlaku kenaikan hendaklah berpatutan. Lantarann itu para nelayan, petani,
penghuni Felda, penoreh getah dan penarik beca mendepani masa depan yang makin
suram.
Sementara itu orang politik juga mengambil
kesempatan berkempen melalui media-media mempromosikan parti mereka, sebagai
membela rakyat dan parti pilihan masa depan sambil menyifatkan antara parti
lawan tidak lagi mempunyai masa depan.
Ini adalah merupakan perang psikologi bagi memenangi hati rakyat (lihat Berita
Harian hari ini). Namun rakyat dapat
menilai sendiri sejauh mana apa yang dijanji
ditunaikan atau sebaliknya. Lebih dari itu penilaian dibuat terhadap
antara usaha mempertahankan hak, nilai, budaya dan identiti, apakah ianya ditingkat atau
semakin terhakis. Perang politik sebenarnya perang berterusan, tidak saja di
akhir atau di awal tahun, tetapi mengambil sempena masa yang stratrgik
digunakan untuk kempen mempengaruhi rakyat.
Sementara itu ada organisasi dan institusi
perlu menghadapi tahun baru dan perlu membuat persediaan akhir tahun bagi
menghadapi perubahan. Masjid dan surau di negeri Selangor misalnya menghadapi
mesyuarat agung pada akhir 2018 dan berlaku pemilihan baru, maka jawatankuasa
yang dipilih pada akhir tahun 2918 itu perlu membuat persediaan pada akhir
tahun, atau lebih tepat selepas terpilih, bagaimana membuat peresediaan, pendekatan dan perubahan
yang mau dilakukan terhadap kegiatan masjid dan surau - Tertakluk pada anekmen.
Proses pemilihan, sebagaimana pemilihan-pemilihan di dalam organisai,
persatuan, NGO, bahkan parti politik adalah bersifat dinamik, kerana ianya
memberi peluang kepada tenaga-tenaga baru untuk memimpin dan kalau boleh membuat
pembaharuan yang dapat memberi kebaikan kepada seperti masjid dan surau.
Pembaharuan
dengan pemilihan jawatankuasa yang baru, bererti memberi peluang pembaharuan
dan pembaikan bukan saja terhadap masjid dan surau, tetapi adalh pembaharuan
terhadap ahli kariah dan penduduk setempat ke arah yang lebih baik. Misalnya
masjid dan surau lebih diimarahkan. Para jama`ah bertambah ramai, ibadat,
pengajaran dan kegiatan kemasyarakatan bertambah dan memberi perubahan kepada
ahli jama`ah dan penduduk kepada kualiti ibadat, peningkatan ilmu dan kehidupan
jama`ah yang lebihj baik dan membentulk masyarakat yang lebih murni dan
bahagia.
Sekian.
No comments:
Post a Comment