December 13, 2018

JALAN DAN MASA DEPAN UMNO SABAH MAKIN SUKAR


JALAN DAN MASA DEPAN UMNO SABAH MAKIN SUKAR
(Fikrah Bangi:  85):
BBB, 05 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 13 Disember 2018M. (Khamis):
Berita Pengerusi Badan Perhubungan UmnoSabah Datuk Hajiji Noor bersama lima ahli Parlimen dan sembilan Adun dan 21 daripada 25 Ketua Bahagian Umno negeri itu keluar dari Umno disifatkan melumpuhkan Umno di negeri itu. Selama ini Umno Sabah disifatkan sebagai `Modal Kukuh` Umno yang menjamin majoriti Umno, kini hilang keistimewaannya. Mereka yang kini sebagai bebas dijangka akan menyertai Kerajaan PH yang bakal mengukuhkan PH yang mendekati dua pertiga majoriti. Situasi ini akan menguntungkan kerajaan yang memerintah, tetapi tidak menguntungkan rakyat yang sepatutnya tidak memberi kekuasaan  lebih dua pertiga kepada  pemerintah dan Dengan kurang kuasa  pembangkang  membolehkan pemerintah membuat keputusan tanpa halangan. Keadaan ini disifatkan tidak baik bagi sebuah negara.
Biarpun trend melompat parti perkara biasa berlaku di dalam sejarah kepartian di Sabah, tetapi tindakan mereka keluar  beramai-ramai secara blok adalah diambil secara berpakat di kalangan mereka bagi kepentingan mereka dan rakyat yang diwakili.
Banyak faktor yang menyebabkan mereka mengambil tindakan keluar dari Umno, antaranya  ialah kerana kekalahan Umno dan BN dalam pilihanraya ke 14 lepas yang di luar jangkaan melemahkan semangat mereka. Dalam masa setengah tahun mereka nampaknya kekok menjadi pembangkang dan banyak kemudahan yang sepatutnya didapati selama ini sebagai pemerintah telah hilang dan ini menyukarkan mereka berdepan dan berurusan dengan rakyat. Ini menjadikan mereka cenderung kembali kepada pemerintah agar mendapat kemudahan seperti dahulu.
Mereka kecewa melihat Bekas pemimpin Umno dan penggantinya menghadapi tindakan mahkamah. Dengan keadaan pimpinan berada di dalam keadaan sedemikian menyebabkan Umno di dalam keadaan terumbang ambing dengan arah dan matlamat yang tidak jelas. Adalah dilihat dalam masa setengah tahun kepimpinan Umno tidak mengambil kesempatan secara agresif bagi memulihkan Umno. Di dalam situasi yang diibaratkan kapal yang mau karam, apakah tindakan yang lebih baik dari bertindak menyelamatkan diri. Mereka bimbang, jika mereka terus bersama, mereka juga akan bersama karam.
Dalam suasana Umno lemah, pimpinannya lebih mencari kekuatan dari luar, pada hal Umno adalah parti kedua terbesar (48) dari segi jumlah kerusi terbesar bagi satu parti (PKR 50 dan Dap 42), sepatutnya pimpinan Umno mengambil kesempatan memperkukuhkan Umno dari dalam dengan mengukuhkan wakil-wakil yang menang dan mengambil tindakan strategik sebagai pembangkang dan memulihkan keyakinan rakyat. Namun sebaliknya Umno mencari kekuatan dari luar. Misalnya berusaha berbaik-baik dengan Pas, bahkan berura-ura untuk bersatu dengan parti itu. Tindakan Umno ini tanpa memikirkan parti komponan di dalam BN. Sebagai contoh tindakan berbaik-baik ini menyebabkan MCA memberi amaran dan akhirnya parti itu keluar dari BN,  sebagaimana diketahu sehingga kini Pas tidak mendapat  sebarang kerusi di Sabah, sikap Umno berbaik dengan Pas ini, mungkin tidak disenangi oleh pimpinan Umno di Sabah. Ianya menjadi sebab pimpinan Umno Sabah, keluar dari Umno. Walaupun Zahid Hamidi mengatakan Umno tidak akan bubar di Sabah dan kepimpinan baru dilantik diketuai Bong Mokhtar adalah sukar bagi Umno Sabah untuk kembali mendapat keyakinan pimpinan dan rakyat Sabah.
Jalan dan masa depan Umno di Sabah makin sukar.
Sekian.

No comments:

Post a Comment