KELAS BAHASA CINA DI MASJID AL-UMM
BBB, 07 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 15 Disember
2018M. (Sabtu):
Ada beberapa jenis pengajian di Masjid Al-Umm:
1) Pengajian yang dianjur oleh masjid untuk diikuti
umum dan dibiyayai oleh masjid seperti pengajian ilmu-ilmu fardhu selepas
maghri hingga `isyak dan seminar.
2) Pengajian yang dianjur oleh guru masjid seperti
imam-imam membimbing pelajar-pelajar mengaji Qur`an. Pengaji-pengaji yang
mengikuti pengajian membiayai kelas sedemikian.
3) Ada jama`ah menjemput guru luar mengajar seperti
bidang fiqh, Qur`n dan sebagainya. Biayai dari mereka yang mengikuti pengajian
4) Ada guru luar yang menggunakan tempat di masjid
seperti kelas tarannum. Terbuka kepada umum dan mereka yang mengikuti pengajian
ini membiyai pengajian.
5) Ada yang menyewa bilik seminar atau kuliah dari
masjid dan menganjurkan pengajaran, seminar, kursus dan sebagainya.
Dari jenis kelima ini ada penganjur tertentu
menyewa bilik kuliah dan menawarkan Kelas Mandarin untuk kanak-kanak dan
dewasa. Kelas ini dianjur oleh:
Impact Training Consultant dari Setapak, Kuala
Lumpur yang Pengurusnya ialah En. Zamzuri Abdullah dan gurunya ialah Puan Farhanim binti Mohamad yang
berasal dari Melaka dan pernah mendapat pengajian dari Kolej Yayasan Pengajian
Mara, Kuala Lumpur dan Pay Pong Middle School. Antara objektif penganjuran
Kursus Bahasa Mandarin ini:
·
Memberi
pendedahan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin kepada masyarakat Islam
·
Meningkatkan
keupayaan berbahasa pelajar untuk pasaran pekerjaan
Wakaupun penggunaan ruang di masjid secara
sewa dan telah banyak dilakukan oleh berbagai pihak yang biasanya untuk
pendidikan, mesyuarat dan pertemuan, tetapi tawaran kursus bahasa Manderin ini
agak lain dari biasa. Bagi mengetahui perjalanan kursus ini. Penulis selaku
Pengerusi Masjid memaklumkan kepada kerani pejabat agar memberitahu pihak
penganjur bahawa Penulis akan hadir ke kelas pada pagi Sabtu 15.12.2018 jam
10.00 pagi untuk melihat kelas berkenaan.
Penulis hadir pada waktu tersebut bersama
saudara Azizi dan menemui antaranya En.
Zamzuri Pengurus dan guru – Puan Seri Farhanim.
Kelas ini bermula pada Sabtu 1 Disember yang lepas dan hari ini Sabtu
15 Disember adalah bagi kali kedua. Ertinya kelas untuk di sini adalah dua
minggu sekali. Difahamkan pada kali pertama dihadiri 15 orang peserta tua dan
anak-anak. Pada hari ini bertambah menjadi
20 orang. Menurut En. Zamzuri, kursus seperti ini dijalankan juga pada
tempat-tempat yang lain. Kursus ini akan diteruskan jika mendapat sambutan,
jika tidak akan dipindah ke tempat yang lain.
Seorang peserta dari kalangan dewasa, En
Ibrahim dari Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, ditanya, mengapa mengikut kursus
bahasa Mandarin, katanya, ``Mau tahu bahasa tersebut.``
Seorang pemuda, iaitu Mohd Qayyum dan Mutiara
Bangi yang baru selesai peperiksaan SPM, bila ditanya tujuan mengikuti Kursus
Bahasa Mandrin, katanya, `` Bagi mengisi waktu lapang selepas habis peperiksaan
SPM.
Terdapat para ibu yang datang belajar bersama
anak-anak masing-masing.
Mereka yang datang dikehendaki mendaftar dan
yuran adalah:
RM120/= sebulan bagi kanak-kanak dan
RM150/= sebulan bagi dewasa.
Bagi yang mendaftar dibekalkan dengan buku.
Modul Asas Bahasa Mandarin. Penulis diberi percuma sebuah buku berkenaan dan
Pengurusnya memohon keizinan bagi memgiklankan kursus berkenaan di masjid.
Penulis berkesempatanm mengikuti sekejap
pengajaran yang menekankan perbualan dalam bahasa Mandarin tersebut.
Sekian.
Assalamualaikum. Saya Elmy dari Bangi. Nak tanya masih ada laagi kelas bahasa mandarin di masjid al-umm ni? saya nak belajar bahasa mandarin. minta tolong suggest kan kelas bahasa mandarin yang saya boleh ikuti di bangi atau kajang.
ReplyDelete