CUTI SEKOLAH DAN MASJID
(Fikrah Bangi:
82):
BBB: 02
Rabi`ul-Akhir 1440H. = 10 Disember 2018M. (Isnin):
Akhir tahun sekolah-sekolah bercuti panjang
hampir dua bulan. Akhir tahun pekerja-pekerja, biasanya dari kalangan
pegawai-pegawai mengambil kesempatan bercuti rehat bagi memulihkan kepenatan
diri danminda dari bekerja setahun. Bagi anak-anak yang belajar sepanjang tahun
, masa cuti yang panjang, jika tidak diatur sebaik mungkin penggunaan merugikan
apa lagi jika diisi dengan perkara-perkara yang merosakkan seperti merayau dengan
kawan-kawan yang sama tidak mendatangkan kebaikan.
Pada masa cuti panjang bagi ibu bapa yang
berkemampuan, apa lagi bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang baru menghabiskan
peperiksaan seperti SPM atau STPM atau apa-apa
peperiksaan yang dihadapi, maka bagi merihatkan minda yang baru tertekan
menghadapi peperiksaan, ibu bapa yang berkemampuan membawa anak-anak mereka ke
luar negara, ke tempat-tempat menarik dan merehatkan, tetapi bagi anak-anak
yang ibu bapa tidak berkemampuan, tetapi mau anak mereka menggunakan masa cuti sekolah dapat diisi
saebaik mungkin menghantar anak-anak mereka mungkin ke kem-kem motivasi dan
kreasi yang dianjurkan oleh pihak-pihat
tertentu di kawasan-kawasan yang menarik. Ada yang membawa anak-anak mereka
menjelajah dan melawat ke destinasi-destinasi yang menarik dan menambahkan pengetahuan.
Atau sebahagian dari ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kampung-kampung
orang tua masing-masing untuk hidup dalam suasana kampung yang tenang dan
mendapat dididikan dari orang tua masing-masing.
Salah satu pendekatan baru bagi mendidik anak-
anak dan mengisi masa lapang mereka pada cuti sekolah ini ialah dengan cara
mendidik anak-anak dengan mengikuti kegiatan masjid ditambah dengan
kegiatan-kegiatan yang diatur oleh pihak sekolah atau pihak-pihak yang penganjur
mengikuti kegiatan di masjid. Pihak masjid Al-Umm yang mempunyai ruang
pembelajaran ditempah oleh pihak sekolah atau PIBG atau NGO-NGO tertentu
menempah ruang dan waktu bagi anak-anak mereka berada di masjid bagi beberapa
hari. Caranya pihak tertentu tadi menempah ruang pembelajaran masjid untuk 3 hari dengan
pihak masjid. Anak-amakl mengikuti kegiatan-kegiatan yang diadakan di masjid
dan ditambah dengan kegiatan-kegiatan yang dianjutr oleh pihak masjid. Pihak
masjid hanya menyediakan ruang seperti ruang ligar, bilik-nilik kuliah dan seminar, anjung atau serambi kiri kanan untuk halaqah
pengajian dan perbincangan dan ada padang awam untuk kegiatan sukan. Pendaftaran
pelajar, pengaturan program dan penyediaan makan minum pelajar-pelajar
dilakukan oleh penganjur.
Dalam
bebnerapa hari itu masjid kelihatan meriah dan penuh dengan aktiviti, di
samping kegiatan masjid. Pelajar menaftar pada sebelah pagi dan mengikuti
taklimat. Mereka bersolat berjama`ah dengan para jama`ah masjid mulai zohor. Selepas itu kelihatan kelompok-kelompok
pelajar di dalam halaqah-halaqah
mengikuti bimbingan dan kegiatan yang diatur oleh guru-guru. Antara masa-masa
yang diisi ialah pengajian Al-Qur`an
dibimbing dalam halaqah dengan kerjasama bimbingan dari imam-imam
dan para jama`ah yang berkemahiran di
dalam Al-Qur`an. Mereka juga mengikuti berbagai-bagai kaedah tarbiah.
Mereka berjamaa`ah solat `asar dan maghrib dan
mengikuti pengajian yang diajar di masjid antara solat maghrib dan `isyak.
Mereka dibimbing berqiyamullai dan bertahajud dan bersolat subuh dan mengikuti
tazkirah oleh imam yang mengimami solat subuh. Selepas itu mereka mengikuti
bimbingan yang diatur oleh pihak penganjur. Demikianlah pengisian bagi
hari-hari yang lain sebagaimana diisi oleh penganjur. Pelajar-pelajar lelaki
boleh tidur waktu malam di serambi kanan dan bahagian perempuan serambi kiri
atau tingkat satu khas untuk muslimat. Ruang
legar adalah untuk makan dan minum menurut jadual. Sebelah kanan untuk lelaki
dan kiri utuk perempuan. Masjid kini
mempunyai pengawal keselamatan. Satakat ini padang awam atau dewan MPKj berdekatan
tidak ditempah untuk kegiatan sukan.
Apa yang dilakukan oleh seko;ah, PIBG dan NGO
berkenaan dapat diikuti oleh masjid pada masa hadapan dengan mengadakan kursus
dan bimbingan yang dianjur oleh masjid dengan sirii-siri kursus dan bimbingan untuk diikuti
pelajar dalam cuti sekolah . Dengan itu masjid ada kegiatan dan pelajar-pelar
dan anak mengisi masa lapang mereka dengan tarbiah dan pembelajaran yang
bermanfaat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment