IRINGI DO`A PEMERGIAN MUHAMMAD ADIB WIRA
RAKYAT DAN NEGARA
(Fikrah Bangi: 91):
BBB, 11 Rabi`ul-Akhir 1440H. = 19 Disember
2018M. (Rabu):
Semua rakyat Malaysia dari berbagai peringkat
tersentuh dan merasa pilu di atas pemergian Muhammad Adib bin Mohd Kassim anggota
Bomba Subang Jaya dan telah dikebumikan di kampung halamannya, Kampung
Tebengan, Kuala Kedah tengahari semalam diiringi ribuan pengiring dari Masjid Al-Sa`adah kampung tersebut ke
tanah perkuburan tidak jauh dari masjid tersebut.
Muhammad Adib
sebagai anggota Bomba bersama pasukannya ke tempat berlakunya rusuhan di
Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di Subang Jaya pada 27 November yang lalu.
Dalam usaha mengawal ketenteraman beliau dipukul dan tak sedarkan diri. Sejak
itu beliau bertarung nyawa di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Beliau
mendapat rawatan terbaik yang dapat
diberikan oleh IJN. Beliau dilawati oleh beberapa pihak dari Timbalan Yang
Dipertuan Agung Malaysia, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan berbagai pihak.
Sehingga pada satu peringkat harapan untuk beliau pulih cerah, kerana sudah
dapat berkomunikasi secara menulis, tetapi pada peringkat akhir beliau kembali
tidak sedarkan diri dan sesudah tiga minggu dirawat beliau meninggal dunia malam
kelmarin.
Muhammad Adib (24) seorang ahli bomba biasa,
berkhidmat di institusi yang dipandang mulia, walaupun kerja ini tidak
berprestij, lantaran bomba memberi khidmat murni, menyelamatkan jiwa dan harta
dari kebakaran, menolong menyelamatkan nyaawa di dalam kemalangan jalanraya,
menyelamatkan mangsa dari lemas, memadamkan kebakaran hutan dan berbagai-bagai
lagi. Demikianlah Muhammad Adib pada hari berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman
dalam misi menyelamat dari kebakaran dan menolong mereka yang tercedera, bahkan
memadamkan rusuhan bersama pihak Polis, tetapi malangnya Muhammad Adib menjadi
mangsa pukulan di dalam rusuhan dan pihak berkuasa mepastikan pihak yang
bertindak memuklul Muhammad Adib bagi mengambil tindakan.
Peristiwa tragis ini mengundang simpati
terhadap Muhammad Adib sejak kemalangan berlaku terhadapnya. Yang lebih
tersentuh, bahawa Muhammad Adib yang telah bertungang dengan Nurul Najihah dan
dijangka melangsungkan perkahwianan pada
21 Disember, tetapi ketentuan dan takdir Allah mengatasi perancangan
perkahwinan yang diatur dan Muhammad Adib pergi meninggalkan tunangnya terlebih
dahulu.
Turut sama mengiringi jenazah ialah keluarga
terdekat, pegawai-pegawai Bomba, Polis Diraja, pemimpin-pemimpin setempat,
bahkan turut sama solat jenazah dan ke perkuburan ialah Mufti Kedah Sahibul
Samahah Datuk Fadhil Awang.
Sesungguhnya rakyat Malaysia dari berbagai
peringkat dan dari berbagai kaum bersimpati di atas pemergian Muhammad Adib.
Beliau dalam usia muda telah dapat berbakti kepada negara. Beliau adalah Wira Rakyat
dan Negara dan kita mendo`akan rohnya
ditempatkan Allah di kalangan mereka yang mendapat rahmat di sisiNya. Amin.
Sekian.
No comments:
Post a Comment