March 31, 2018

PEMBANGUNAN LUAR KAWASAN MASJID



BBB, 12 Rajab 1439H. = 30 Mac 2018M. (Jumaat):
Dalam perbincangan dalam Mesyuarat Teknikal yang dipengerusikan oleh Ir. Tuan Haji Ishak bin Arshad antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat pada 9 Jun 2015 ialah:
1)      Rumah TNB
Rumah ini adalah keperluan yang wajib disediakan oleh kontrektor untuk penjanaan elektrik. Kedudukannya pada bahagian depan – kanan, berhampiran dengan jalan Medan Selera (Usahawan) ke sekolah. Ianya berada di dalam pagar, pada level tanah yang paling bawah. Di kanannya ialah tangga  (kiri) naik ke kawasan masjid bagi pejalan kaki. Tangga ini sebenarnya adalah ganti dari jalan kenderaan  sebelah kiri, di samping jalan sebelah kanan yang berhampiran rumah semi-D lama yang telah dibincangkan. Dalam perbincangan lanjut didapat pembinaan jalan pada sebelah kiri (mendaki) ini kurang sesuai, sempit, curam dan merbahaya, kerana di sebelah kanan agak dalam dan boleh menyebabkan kenderaan terbabas - jatuh, lebih merbahaya ianya berdekatan dengan rumah jana-kuasa TNB. Memikirkan dari segi keselamatan, maka plan arkitek ditukar menjadi tangga bertingkat digunakan hanya oleh pejalan-pejalan kaki sahaja. Dengan menggunakan tangga bertingkat ada kelebihan tanah pada sebelah tepinya yang boleh dijadikan tempat tanaman pokok bunga dan ada juga yang mencadangkan untuk kawasan  mini-gerai. Hingga kini tempat ini tetap masih kosong.
Bangunan TNB bagi menyalurkan tenaga letrik ini adalah antara keperluan yang paling awal disiapkan, kerana banyak tenaga letrik dengan kapasiti tinggi oleh diperlukan bagi  penggunaan dari segi engineering bagi banyak bahagian. Dari rumah TNB ini juga akan disalurkan letrik bagi penggunaan  seperti lampu-lampu, air-cond.  dan segala keperluan yang berhubung dengan letrik. Bangunan TNB telah siap sejak Disember 2014 lagi, tetapi masih belum beroperasi pada masa itu.
2. Concrete Print
Antara perkara yang dibincangkan ialah pada bahagian tanah lapang  dari pintu masuk dari Jalan masuk dari jalan sekolah, hadapan untuk masuk ke masjid, seterusnya jalan turun menyusur tepi perumahan semi-D lama. Dengan apakah mau dibina jalan berkenaan? Ada berbagai-bagai pendapat dan cadangan penggunaan material bagi ruang legar di depan masjid ini yang juga akan menjadi sebagaian daripada tempat parking (dalaman).
Ada pendapat yang agak conservetiv  bertujuan untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan mudah diselenggarakan. Pendapat ini mencadangkan agar di ratakan dengan tar (jalan tarmic) yang berwarna hitam itu yang tentunya mudah diratakan, tidak banyak belanja dan mudah diselenggarakan dan mudah dibaiki jika berlaku kerosakan
Ada pula yang mencadangkan supaya menggunakan batu-batu slab yang shapenya sama yang biasanya berwarna merah dan mudah diatur, mudah pula dikeluarkan dan digantikan dengan yang lain jika ada kerosakan atau mau mengubah langsung kepada yang lain. Pendapat ini tidak diterima kerana telah begitu biasa digunakan. Ianya tidak sepadan dengan masjid yang agak indah dan canggih.
Penggunaan Concrete Print
Iaitu penggunaan batu concrete artificial yang kelihatan sebagai pecahan batu granite yang seakan-akan sama bentuknya. Sebenarnya ianya adalah batu concrete artificial yang dberi bentuk seakan sama  yang roundnya seluas empat tapak tangan yang disusun dan dikat dengan semin. Istimewanya batu concrete artificial ini ianya dapat dicat danb dapat dipolishkan dari masa ke semesa, maka ianya kelihatan berkilat. Adalah dibimbangkan ianya akan mengalami keretakan dan pecah, lebih-lebih lagi jalan keluar masuk ini bukan saja digunakan oleh ahli jamaah yang datang bersolat, tetapi kini bukan saja motokar biasa, tetapi  kenderaan bermuatan berat mulai menggunakan jalan dalam kawasan masjid sebagai jalan pintas dan segera, kerana tidak perlu melalui jalan sekolah terutama pada waktu puncak – pagi, tengahari dan petang – waktu anak-anak sekolah masuk dan keluar dan bersurai. Setakat ini masih belum berlaku keretakan, tetapi jika berlaku ianya mengundang peruntukan yang tinggi untuk memperbaiki dan menggantikannya.
3. Keperluan Tempat Parkir
Masalah parkir adalah masalah utama yang dihadapi oleh Masjid Al-Umm, kerana kawasan dalaman yang sempit . Ruang dalamnya mampu menampung sekadar  paling maksimum 50 kenderan, di dalam keadaan sekarang yang masih lagi belum  mengadakan solat Juma`at masih  dapat menampung kenderaan jama`ah pada bahagian dalam pagar kawasan masjid. Jika kenderaan bertambah, contohnya pada bulan Ramadhan (sebelum solat Juma`at), maka kawasan parkir di hadapan Medan Selera (Usahawan) dapat digunakan paling maksimum 200 kenderaan. Kawasan lain yang dapat digunakan ialah di bahu-bahu jalan sepanjang jalan masuk ke masjid. Ianya mungkin dapat menampung  sekitar 250 kenderaan. Ini bererti ada lebih kurang  500 ruang parkir sahaja.
Sekiranya solat Juma`at diadakan yang kapasiti masjid dapat menampung 3,000 jama`ah, maka sekurang-kurangnya memerlukan tempat parkir 1,000 tempat parkir. Ini bererti tidak kecukupan tempat parkir. Untuk mengatasinya ialah dengan menggunakan ruang di bawah rentas TNB yang jika diratakan dapat memuatkan lebih kurang 300 parkir. Keizinan pernah diminta dari TNB bagi menggunakan kawasan lapang di bawah rentas alian TNB di hadapan sekolah rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan pernah disetujui oleh pihak TNB. Ini menjadikan kawasan di bawah rentas talian TNB memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya RM300 ribu ringgit. Peruntukan ini belum didapati. Diharap bila keadaan benar-benar memerlukan  keperluan dana berkenaan diharap dapat di atasi.
Sekian.

March 30, 2018

RUMAH-RUMAH BERDEKATAN MASJID JIRAN-JIRAN YANG BAIK



BBB, 11 Rajab 1439H. = 29 Mac 2018 (Khamis):
Sedang kerja-kerja  finishing dilakukan di dalam masjid, perkara-perkara yang di luar dari bangunan masjid juga dibincangkan, agar apabila siap bahagian dalam bahagian luar tidak tertinggal dari persiapan.
Antara yang dikenal pasti dari awal ialah persempadanan antara masjid dengan rumah-rumah jiran – rumah semi D (lama) sebanyak enam buah. Sebelum dari kerja tanah dan meratakan, tanah sempadan dengan jiran, antara mereka menggunakan tanah berdekatan untuk menanam pokok-pokok buah-buahan seperti pisang, mempelam, bahkan pokok durian. Ada yang membina court badminton di belakang rumah, bahkan ada bahagian-bahagian rumah yang ditambah di belakang dan termasuk  ke dalam tanah masjid. Pihak jawatankuasa pernah berbincang dengan jiran-jiran berkenaan dan memaklumkan tentang pembinaan masjid yang sempadannya rapat kepada bangunan rumah mereka – semi D lama. Lawatan pernah dibuat oleh beberapa ahli jawatakuasa melihat bahagian-bahagian yang terlibat yang antaranya terpaksa diruntuh dan pokok-pokok diminta dipindahkan. Mereka semua memahami keadaan dan akur dengan sempadan masjid dan rumah mereka. Ada yang meruntuhkan bahagian yang termasuk di dalam tanah masjid dan mengalihkan polok-pokok yang boleh dialih.
Dalam mesyuarat teknikal yang berhubung dengan persempadanan ini pihak kontrektor Tuan Haji Marzuki menyebut dan mengenal pasti, bahawa tembok bagi rumah permulaan masuk apabila dibuat jalan kelak adalah tidak mempunyai foundation. Ianya dibina di atas tanah begitu sahaja. Adalah dibimbangkan bila  digali untuk membuat asas bagi jalan naik ke masjid maka tembok sempadan (melibatkan rumah Dr. Abdul Fattah Harun dan Tuan Haji Ahmadf akan runtuh), jika berlaku maka akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Pihak Consultant seperti Safari Consultant mencadangkan beberapa kaedah alternatif, mengelak dari dinding tembok dari retak dan runtuh. Pihak masjid mengambil tindakan atas nasihat consultant membina asas foundation dengan membuat  slab dan konkrit yang memberi ketahanan jangka panjang, kerana ianya melibatkan jalan yang kerap dilalui. Al-hamdulillah daripada tindakan memperkukuhkan asas bagi tembok ini jalan yang dibina kemudiannya tidak menimbulkan masalah.
Dari segi persempadanan, pihak masjid tidaklah  membina sempadan betul-betul atas garis sempadan pemisah, tetapi, walaupun masjid sebenarnya amat merasa kekurangan tanah bagi kawasan masjid, tetapi pihak masjid memperuntukkan 5 kaki jarak antara garis sempadan. Bermaksud 5 kaki tanah masjid diperuntukkan sebagai jarak bagi membolehkan   sempadan berkenaan dihias misalnya di tanam bunga dan sebagainya agar kelihatan menarik.
Pada bahagian sempadan berkenaan dibina tembok yang standard dan selari dari permulaan pagar masuk ke kawasan masjid dan terus ke bahagian atas  dengan membina tembok secara bertingkat menurut peningkatan dari ketinggian dan kecerunan.
Oleh kerana rumah-rumah jiran berkenaan paling dekat dengan masjid dan mereka seharusnya menjadi jamaah yang paling dekat dan diharap paling kerap berada di masjid sepanjang waktu solat, lantaran itu difikirkan akan kemudahan yang patut disediakan oleh masjid terhadap jiran-jiran berkenaan. Antara keputusan yang diambil oleh jawatankuasa ialah untuk membuka satu lorong yang diberi berpintu yang membolehkan jiran-jiran berkenaan datang ke masjid. Masalahnya pintu yang hendak dibuka akan dibuat pada kawasan rumah siapa. Jika pintu dibuat bagi satu kawasan rumah yang dipilih, maka kemudahan hanya akan dinikmati oleh jiran bagi rumah berkenaan. Pada akhirnya dibuat keputusan akan dibuat bagi setiap rumah satu pintu, bagi membolehkan pemilik rumah-rumah berkenaan ke masjid melalui pintu sempadan bagi rumah masing (enam pintu) . Setiap pemilik rumah bersetuju membayar kos bagi pintu standard yang dibina oleh kontrektor yang mana pada setiap pintu berkenaan ada lambang masjid Al-Umm. Pintu-pintu berkenaan adalah indah standard dan cantik.
Satu lagi kelompok rumah berjiran dengan masjid ialah 6 biji rumah semi-D yang baru berselari dengan Dewan Orang ramai sebelah atas dan berdekatan dengan masjid. Pada asalnya kawasan berdepan dengan dewan  seluas lebih kurang seekar ini adalah tanah lapang. Bila Masjid Al-Umm dicadang untuk dibina, maka pihak Jawatakuasa Pembangunan bercadang untuk memohon dari PKNS (tanah PKNS) untuk dijadikan sebahagian tempat parkir masjid. Bagi tujuan ini Penulis selaku Pengerusi Pembangunan Masjid bersama dengan Dr. Tajul Ariffin Noordin selaku Yang Dipertua Penduduk Bandar Bangi dan beberapa yang lain telah membuat kunjungan ke PKNS pada 6 Februari 2013 bertemu dengan Tuan Haji Lokman bin Haji Abdul Kadir  Controller  PKNS Cawangan Bangi dan pegawai-pegawainya membincangkan kemungkinan memohon kawasan lapang berdekatan dengan masjid itu dijadikan  kawasan parkir Masjid, Tuan Haji Lokman meminta kami membuat surat permohonan, tetapi selepas beberapa hari dari pertemuan itu naik papan tanda bagi projek perumahan Anak Syarikat PKNS bagi rumah semi-D yang baru. Walau bagaimana pemilik-pemilik rumah semi-D yang baru itu menjadi aset bagi masjid. Antara dari mereka menjadi kakitangan masjid yang aktif,  dan mereka menjadi ahli jamaah masjid.
Apabila masjid mulai dibuka pada 16 .12.2017 jiran-jiran sama ada dari rumah semi D lama dan baru adalah menjadi ahli jamaah bagi Masjid Al-Umm Antara mereka menjadi pegawai masjid yang berkhid mat secara sukarela dan mereka juga menjadi ahli jamaah setia bagi masjid. Pendekatan yang baik  dengan jiran adalah tuntutan Islam dan juga kaedah Takmilah.
Sekian.

March 29, 2018

PERBINCANGAN TEKNIKAL - AIR-COND.



BBB, 10 Rajab 1439H. = 28 Mac 2018M. (Rabu):
Selain dari membincangkan persiapan dalaman yang antaranya melibatkan perabut dan carpet yang sepatutnya dikemudiankan bagi menjimatkan kos, lantaran ianya bukan satu kemestian, pada pertengahan 2015 ini juga, misalnya pada 9 Jun 2015 dibincangkan perkara-perkara di bawah tekninal. Antaranya yang masih melibatkan dalaman, iaitu  air-cond. (penghawa dingin). Ianya adalah merupakan kemestian. Pemasangan hawa dingin adalah melibatkan semua aras masjid, iaitu pada aras bawah tanah, aras utama dan juga bagi aras satu (aras tiga dikira dari bawah).
Keperluan kepada pemasangan air-cond. bagi semua level tidak dipersoal. Ianya adalah tugas kontrektor utama yang di bawahnya mempunyai sub-kontrektor yang berhubung dengan elektrik. Perbincangan asas apakah pemasangan air-cond ini bersifat sentralais atau secara split (berasingan). Keputusan dari awal dan sewajarnya adalah tidak bersifat central, tetapi adalah split level, kerana penggunaan tidak bersifat  keseluruhan secara serentak, jika demikian adalah merugikan.  Sebaliknya melibatkan bahagian-bahagian tertentu. Misalnya untuk ruang solat utama adalah paling utama digunakan, kerana ruang ini adalah menjadi fokus utama penggunaan.
Walau bagaimana level bawah tanah adalah ruang yang paling awal dipasang saluran-saluran penghawa dingin, kerana ianya berasingan dan tidak banyak  menghadapi gangguan pembinaan. Masalah yang dihadapi bagi aras bawah tanah ini ialah ketinggiannya agak terhad hanya belasan kaki tinggi, sebab itu pemasangan hendaklah rapat ke lantai bahagian atas kepala, untuk mengelak ianya menjadi terlalu rendah dan tidak selesa. Dalam hal ini kipas siling tidak dapat digunakan sebagai alternatif. Pengawalan air-cond bahagian bawah mempunyai pengawalan sendiri. Bahkan penggunaan bilik khas yang dikenali dengan bilik akad nikah dapat dikawal dan dapat diasingkan penggunaan dari seluruh ruang bagi aras bawah.
Penggunaan air-cond. paling utama ialah untuk ruang solat utama. Pada bahagian ini ada dua bahagian iaitu ruang solat utama yang disempadankan dengan  dinding dan pintu kaca dan bahagian luar yang dikenali dengan serambi (koridor) luar  atau dikenali juga dengan bahagian sayap kanan dan kiri yang bersifat terbuka. Boleh dinaiki dari luar tanpa sekatan – pada bila-bila masa. Bahagian serambi ini sengaja tidak dibekalkan dengan air-cond. yang boleh digunakan oleh mereka yang tidak sesuai dengan air-cond. Terdapat pada bahagian ini kipas-kipas. Jamaah yang berada di luar ini boleh menjalankan aktiviti beribadat  atau pengajian berasingan. Dan boleh meneruskan berada atau iktikaf di luar ini berterusan masa tanpa gangguan. Bagi setiap sayap ini dapat memuat lebih dari 500 orang. Namun secara tidak rasmi serambi (sayap) kanan lebih digunakan oleh jamaah lelaki, misalnya oleh kumpulan tabligh yang menyampaikan bayan atau tazkirah kepada kumpulan mereka, biasanya selepas solat isya`,  pelajar-pelajar lelaki dari sekolah berdekatan yang sama datang untuk berjamaah. manakala bagi serambi kiri digunakan oleh muslimat, antaranya oleh pelajar-pelajar perempuan dari sekolah berdekatan berhimpun di situ sebelum solat dan juga bagi aktiviti-aktiviti yang lain.
Penggunaan air-cond.  bagi ruang utama perlu ketumpatan air-cond. yang lebih tinggi, kerana ruangnya luas dan meninggi ke atas hingga ke paras kubah. Air-cond. juga melibatkan ruang muslimat pada aras satu (di atas). Walau macam mana penggunaan air-cond. bagi ruang utama hanya pada waktu malam sahaja, iaitu antara maghrib dan isya` sahaja, manakala bagi waktu-waktu solat yang lain hanya menggunakan dua kipas besar yang angin dan hembusannya nyaman dan tidak panas. Dengan tidak menggunakan air-cond. luar dariwaktu maghrib-Isya` ialah dengan tujuan untuk mengurangkan kos letrik. Ada dua bilik bagi aras uama, iaitu bilik pentadbiran (asal bilik tarbiah) dan  bilik VIP. Kedua-duanya menggunakan unit air-cond secara berasingan.
Bagi aras satu pengguaan air-cond secara bersama (bukan berasingan) ialah bagi bilik mesyuarat dan dewan seminar (dua bilik yang boleh disatukan), bagi empat bilik lagi pada bahagian belakang, iaitu dua bilik kuliah, bilik IT beserta perpustakaan dan juga bilik tahfiz adalah juga menggunakan air cond. secara unit berasingan.
Masalah air-cond. adalah masalah pengurusan memakan masa yang lama. Pada peringkat permulaan, masalah bagi menentukan pemilihan kaedah yang mau dipasang dan sesudah dipasang ada kesengajaan melewat-lewatkan pnggunaan, oleh kerana masalah tuntutan bayaran dan berlakunya kekurangan dana pada peringkat pengakhiran. Sub-kontraktor bersifat tarik tali, jika dibayar, maka disempurnakan sekadar sesuai dengan tuntutan yang dibuat. Antara tempat awal digunakan bilik secara air-cind. Ialah bilik akad nikah yang digunakan untuk mesyuarat-mesyuarat.
Sehingga ke akhir dekat dengan penggunaan masjid pada 16.12. 2017, kontrektor masih bersifat tarik tali, yang akhirnya dapat digunakan ruang solat utama secara air-cond. beberapa hari sebelum penggunaan. Pada hakikatnya hingga sekarang tidak banyak ruang yang menggunakan air-cond. Sebagaimana dikatakan kini, ialah ruang solat utama, iaitu masa antara maghrib dan isya` sahaja,  bilik pentadbiar (waktu pejabat) dan Dewan Seminar yang seminar diadakan sebulan sekali sahaja.
Kesimpulan, walaupun banyak ruang yang dipasang air-cond., tetapi penggunaan secara minimum, hanya melibatkan beberapa tempat dengan masa-masa terhad. Setakat ini kos letrik masih belum membebankan.
Sekian.

March 28, 2018

SETENGAH TAHUN KEDUA 2015 TUMPU PERSIAPAN DALAMAN: ADA YANG TIDAK PERLU



BBB, 09 Rajab 1439H. = 27 Mac 2018M. (Selasa):
Telah dibicarakan hingga ke pertengahan pertama (hingga Jun 2015) kerja-kerja fizikal bangunan Masjid Al-Umm hampir lengkap, tetapi kerja-kerja bangunan pada peringkat finishing masih diteruskan, perhatian perbincangan Ahli Jawatankuasa Pembinaan mulai beralih kepada persiapan dalaman. Item-item yang berhubung dengan persiapan dalaman ini tidak berkait dengan plan arkitek dan ianya merupakan tambahan yang melibatkan tambahan kos ke atas harga bangunan yang telah mencecah kepada RM10 juta itu.
Setengahnya perubahan baru dari yang sedia ada. Contohnya, memang dengan kehendak ahli jawatankuasa mahukan kubah yang lebih menarik, maka kos bagi kubah:
Kubah  berharga        RM2,559,200.00
Kos ini amat jauh berbeza dari kos asal di dalam plan arkitek yang harganya dalam lingkungan RM200,000 sahaja.
Penanggungan kos antaranya diakibatkan oleh kejahilan. Bermaksud kita dari kalangan ahli jawatankuasa Pembinaan sebahagian besar tidak arif berhubung dengan pembinaan, walaupun ada consultan, mereka tidak mengambil perhatian dan memberi peringatan kepada kita. Misalnya dari segi priority yang patut diutamakan dari yang tidak perlu diutamakan agar tidak menghabiskan wang kepada yang tidak penting.
Beberapa contoh yang tidak perlu disegerakan. Misalnya furniture dalaman yang bersifat mewah yang kurang sesuai dengan masjid melibatkan kos            RM1,138,927.50
Kerusi meja , peralatan tempat akad dan kahwin     RM    190,800.00
Kos landscape yang tidaklah secanggih mana           RM     109,622.00
Kos untuk carpet                                                             RM     220,480.00
Kos kepada Bumi Effective                                            RM     263,250.00
Setengah daripada perkara di atas tidak mendesak dan tidak perlu segera. Misalnya carpet tidak perlu tempah dari awal. Kita dapati selepas masjid siap ada yang mau sponser carpet dan ada yang menghantar sejadah dalam jumlah yang banyak, tetapi telah ditempah yang menyebabkan masjid terpaksa menanggung hutang, walaupun sebahagian besar dari jumlahnya telah dibayar, terpaksa dibayar lebih kerana charge kos simpanan dan kenaikan harga dolar dan kejatuahn ringgit. Ini menyebabkan kos baki melebihi RM100,000 (selepas dirunding untuk mendapat potongan).
Bandingkan dengan pendekatan yang dibuat oleh Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam  yang pihak AJK bertindak sendiri sebagai kontrektor, maka pihak Masjid Al-Umm dari perkara-perkara di atas dapat menyelamatkan kos hampir dua juta. Ini tidak termasuk bayaran-bayaran perunding-perunding yang hampir berjumlah RM1 juta dan GST lebih  RM setengah juta. Lantaran sedemikian sejak 2015 kos masjid yang asalnya RM12 juta disebut sebagai meningkat kepada  RM15 juta. Dalam perkembangan lanjut yang melibatkan pertambahan-pertambahan major kos terus meningkat melebihi 100% bangunan fizikal yang asal.
Penulis sendiri menyedari tentang kejahilan diri tentang kaedah membangunkan bangunan, tetapi sesudah terlibat di dalam pembangunan makin memahami keadaan dan kedudukan. Namun kita mempunyai Jawatankuasa Teknikal dan lebih-lebih lagi ada perunding-perunding  berbagai bidang. Seingat Penulis perunding-perunding berkenaan amat jarang mengkritik tentang perkara-perkara yang tidak sepatut diberi priority dan tentang kos perkara-perkara berkenaan yang patut dikurangkan. Mereka seharusnya dari awal menasihati supaya tidak membeli perkara yang tidak penting, lebih-lebih lagi yang bersifat mewah. Apa yang diterima ialahlaporan kos yang perlu dibayar, lebih bersifat sokongan terhadap mereka yang membuat tuntutan. Bayangkan jika pendekatan diambil seperti oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Falah, Sungai Ramal Dalam yang lebih banyak bertindak sendiri dan tidak perlu kepada perunding-perunding yang ramai, bahawa masjid dapat menyelamatkan banyak kewangan dan cukup dengan jumlah RM15 juta saja dari segi kos secara wajar.
Sesunguhnya terbayang di dalam fikiran jikalah dapat dimulakan balik urusan pembinaan dari awal, dengan kefahaman yang mulai terserlah banyak kos dapat diselamatkan dan tidak menanggung hutang RM2.5 juta yang Jawatankuasa terpaksa berusaha untuk melunaskannya !
Sekian.

March 27, 2018

SETENGAH TAHUN PERTAMA 2015 - TEGAK BANGUNAN SECARA KASAR


BBB, 08 Rajab 1439H. = 26 Mac 2018M. (Isnin):
Jika pada akhir Disember 2014 dapat dikatakan sempurna dari segala rangka pembinaan, termasuk tiang, beam-beam dan segala rangka pembinaan, termasuk kubah mulai dinaikkan dan menara mulai ditegakkan, maka dalam tempoh setengah tahunsemua dinding dan semua bahagian yang perlu diikat dengan batu konkrit semuanya telah dipasang,  bahkan kerja-kerja memplasterkan dinding-dinding telah dilakukan sejak Februari 2015.  Pada akhir Mei 2015 bangunan menyerlahkan bentuk yang sebenar. Dilihat dari sisi kanan, kelihatan bentuk bangunan yang seolah-olah hampir siap, keadaan yang sama  kelihatan hampir siap juga dilihat dari sisi kanan sebelah kanan jalan masuk. Demikian juga dilihat pada pintu gerbang masuk kiri kanan siap, Cuma masih ada pemasangan besi tangga  yang digunakan untuk mengecat yang masih belum ditanggalkan. Tumpuan kerja lebih kepada finishing dalaman. Sebenarnya tempoh hingga 20 Mei 2015 adalah tarikh  penyiapan awal yang jangka masa projek ialah 76 minggu. Tetapi hingga ke akhir Jun ini berlaku perlanjutan masa hingga 24 Ogos 2015.
Laporan ke akhir Jun (30 Jun 2015) menyatakan:
Jadual kerja ialah    79.06%
Kerja sebenar ialah   80.04%
Status kerja  cepat    0.98%
Iaitu cepat 4 hari mengikut CPM.
Semua kerja telah 100% siap kecuali:
Staircase                 60%
Tiling                       85%
Painting                  40%
Ceiling finishes      75%
Carpet                    00%
Drainage system  60%
Road                       45%
Kolah                      40%
Elektical external work 35%
Final circuit            90%
DB                       90%
Sub main cabling  90%
Telephone service  35%
Computer networking 48%
Kerja mekanikal
Air condition system   55%
Cold water plumbing  95%
Rain water harvesting  70%
Fire protection               50%
Lift                                    20%
Kerja-kerja Majleza (Majleza yang asalnya sebagai sub-contractor bagi kubah) turut melibatkan diri dengan kerja-kerja di bawah:   
Main dome                  85%
Half dome                    40%
Mineret                        40%
Hiasan dalaman          00%
Acoustic  ceiling         70%
Side wall                      60%
Mihrab                         20%
Nilai dari kerja yang telah dibuat sehingga peringkat di atas adalah sebanyak RM8,5432,712.69 (berdasarkan progres claim dari no 1 hingga 18. Dan  Estimate final contract and price adjustment ialah RM7,918,303.43.
Masalah kewangan semakin terasa, khususnya apabila ditambahi dengan peralatan-peralatan dalaman dan pertambahan bahagian yang melibatkan perubahan plan arkitek. Pada masa ini selain dari bergantung pada derma orang ramai yang berterusan, harapan kepada janji kerajaan negeri, jika ditunaikan dijangka dapat meringankan beban kewangan.
Sekian.

March 26, 2018

MENYIAPKAN KUBAH/TAPAK DAN MENGANGKATNYA KE PUNCAK BANGUNAN MASJID



BBB, 07  Rajab  1439H. =  25 Mac 2018M. (Ahad):
Sebagaimana telah dibicarakan untuk mereka bentuk kubah telah ditenderkan kepada syarikat-syarikat yang mau membidakannya, terdapat sejumlah syarikat yang memohon, tetap i semuanya tidak memuaskan. Sebuah syarikat yang dikenali dengan Majleza dari Johor, memohon paling akhir, iaitu  9 September 2014. Majleza diterima sebagai sub-contractor di bawah Tekad Nusantara bagi membina kubah bagi Masjid Al-Umm.
Sebenarnya tentang kubah ini amat diberi perhatian oleh Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm. Kubah adalah ibarat mahkota bagi binaan masjid dan dia adalah daya tarikan utama, oleh kerana ianya berada pada puncak dan di tempat yang paling tinggi. AJK mau sebuah kubah yang baik dan menarik, meskipun tidak sebaik dan sebesar kubah bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor yang dikagumi bahkan menjadi imej dan identiti negeri. Bagi AJK, kalau dapat biarlah kubah bagi Masjid Al-Umm menjadi identiti  Bangi, lantaran itu pemilihan kontrektor bagi membina kubah dipilih dengan teliti.
Majleza bukan setakat dikenali dari segi nama syarikat, tetapi mengenali Haji Majid Pengarah Urusannya dan anak-anaknya yang sama mengusahakan syarikat, mengenali profile dan sejarah keterlibatannya di dalam membina kubah. Contoh kubah yang dijadikan piawayan bagi Masjid Al-Umm lebih diambil dari luar negera seperti Masjid Oman dan beberapa negara yang lain. Namun adalah disedari, jika mau sesuatu yang baik dan kerja yang dilakukan banyak dan lebih tinggi  mutunya tentulah harganya lebih tinggi. Bayangkan harga kubah asal bagi masjid Al-Umm hanya RM200,000 dan harga yang terpaksa dibayar bagi pilihan baru jauh lebih tinggi, karana ianya di buat di Johor dan bila siap  (beberapa AJK pergi melawat kilang di Johor) terpaksa dibawa dengan trailer ke Bangi dan terpaksa menyewa crane besar  40 ton berat dibawa ke Masjid Al-Umm untuk diangkat rangka kubah seberat 10 ton ke puncak bangunan masjid.
Dari segi saiz kubah, menurut Haji Majid Pengarah Urusan Majleza, Kubah bagi Masjid Al-Umm yang rekabentuknya menurut bentuk separuh bujur telur itu dari segi ketumpatannya ialah:
800 meter ketumpatan dengan  11 diemeter  lilit
Berat  bagi kubah yang bakal diangkat dan berada dipuncak bangunan masjid ialah  10 ton.
Kulit bagi kubah adalah dua lapis aluminium, iaitu lapisan luar dan lapisan dalam. Ianya tidak berlaku ketirisan.
Bulatan kubah adalah ditegak oleh 32 rangka bilah yang bersifat tegak dari point bahagian bawah ke atas dan memuncak ke point bahagian tertinggi dan ianya diperkukuh dengan bilah bersifat melintang dengan sebanyak 10 bilah. Di atas bilah-bilah inilah diatur bulb-bulb lampu  yang dinyalakan pada waktu malam dan kelihatan api bergemerlapan berwarna warni.
Pembinaan bagi tapak kubah dipuncak adalah rumit.
Ianya ditegak dari empat batang tiang seri utama masjid, iaitu berada pada bahagian tengah masjid yang di bawahnya ialah ruang solat utama.
Dari empat tiang ini dibina beam-beam  bersifat sendeng yang dikukuhkan dengan beam-beam bulat melengkung ke atas. Ianya ibarat lengan-lengan keliling  yang meletakkan tapak bagi kubah dengan kedudukan pada bahagian tengah.
Perkembangan pembinaan bagi bulatan tapak kubah ini diberi perhatian oleh Penulis:
25.9.2014   Beam-beam supportive kepada kubah diisi semin.
04.10.2014 Beam-beam kubah disambung mengikat antara satu sama lain dalam bentuk bulat
05.11.2014 Beam roof ditingkat atas (tiga) diisi semin kerja berterusan dari siang ke malam
15.12.2014  Semua tetulang di bumbung  diisi semin.
31.12.2014 Semua ruang di atas – bumbung hampir semua kelihatan seperti siap.
03.3.2015  Membuat lawatan dan melihat keliling pembinaan tapak kubah dan juga roof.
Selepas enam bulan proses membina tetulang bagi menegakkan tapak kubah dan tapak itu sendiri yang diisi semin dan  dibiarkan kering begitu lama  agar benar-benar kukuh, maka pada:
29.3.2015,  diadakah upacara kecil sempena mengangkat kubah ke puncak. Orang ramai berminat melihat upacara mengangkat kubah dijemput hadir. Kemah-kemah dipasang di medan parkir. Rangka kubah tiba beberapa hari  sebelum dan ditempatkan di medan parkir. Lori crane 40 tan mengangkat rangka kubah ke puncak bangunan dengan diperhatikan oleh orang ramai yang hadir. Kerja-kerja dengan arahan Haji Majid dari bawah, manakala pekerja-pekerja kubah (Mereka3 – 5 orang menginap selama lebih kurang setahun di tingkat satu bangunan pejabat Penulis secara percuma) bertugas menyelenggarakan kubah sehingga selesai pemasangan lampu dan siap kerja-kerja kubah.
Menurut Haji Majid Pengarah urusan Majleza harga bina kubah sahaja memakan kos RM800,000/= Dan kos yang berhubuing dengan keseluruhan yang berkait dengan kubah termasuk transportation, sewa crane besar 40 ton dan mengangkatkannya ke puncak memakan peruntukan RM2.689  juta /= (Maklumat pada September 2014).
Walau bagaimana pada peringkat permulaan siap kubah kelihatan  indah berseri. Pada malamnya bila dipasang api indah bergemerlap. Tetapi kini kelihatan makin pudar pada waktu siang, dan pada malamnya sebahagian kecil api yang hidup, manakala sebahagian besar bulb tidak menyala dan tidak berfungsi, merosakkan pandangan. Pembaikan bergantung pada penyelesaian hutang yang masih tertunggak.
Sekian.

March 25, 2018

SETAHUN PEMBINAAN FIZIKAL MASJID AL-UMM



BBB, 06 Rajab 1439H. = 24 Mac 2018M. (Sabtu):
Setahun selepas pembinaan fizikal Masjid Al-Umm bermula dengan masuk tapak (10 Disember 2013) hingga akhir Disember 2014. maka sudah pastilah mencapai kemajuan jelas. Tarikh jangkaan siap binaan adalah 76 minggu dari mula masuk tapak. Tarikh siap sebenarnya ialah 25 Mei 2015. Setahun dari tarikh pembinaan ialah secara kasarnya ialah pada 31 Disember  2014. Pada dasarnya perkembangan pembinaan adalah lancar.
Dilihat kepada laporan 3 bulan terakhir bagi genap setahun pembinaan adalah:
Peratus Kemajuan Kerja Fizikal
Bulan           Jadual              Sebenar             Cepat               Lewat
Oktober        30.94              31.43                  1.39                     ---
November    40.71              40.03                   ----                   0.67   (Lewat 3 hari)
Disember      52.62              48.04                   ----                   4.58   (Lewat 20 hari)
Pada akhir tahun memperlihatkan kerja-kerja makin lewat. Antara faktor kelewatan misalnya akibat dari cuaca buruk seperti sering hujan yang mengganggu kelicinan kerja dan kadang-kadang kelewatan tiba bahan-bahan bangunan yang diorder. Pada peringkat ini tidak timbul masalah kewangan, kerana kewangan dapat dibayar menurut tuntutan yang direcomended oleh pihak consultant.
Hingga ke akhir tahun memperlihatkan kemajuan kerja adalah seperti berikut:
·         Kerja-kerja menanam cerocok, R.C. retaining wall, Work below lowest floor, R.C sheer wall, Lowest ground slab, dan Brick work lowest ground semuanya siap mencapai 100%. Manakala,
·         Kerja-kerja Tanah                95%
·         Ground floor slab                85%
·         Frame                                    95%
·         Minerate    I                         80%
·         Minerat     2                         70%
·         Roof trusses                         45%
·         Brick work ground floor     95%
·         Brick  work  first floor         80%
·         Brick work  Minerate          40%
·         Plastering lower ground     95%
·         Plastering ground floor      80%
·         Plastering first floor            70%
·         Kerja-kerja mekanikal           15%
·         Kerja-kerja elektrikal             28%
·         TNB sub-station                      81%.
Dalam tempoh setahun semua kerangka bangunan sudah siap, kerja-kerja memplaster kerangka dan dinding sedang dilakukan. Manakala menara  yang berasing kedudukannya dari bangunan utama – kiri dan kananpintu (gerbang)  masuk  mulai dibina.
Dari segi laporan bergambar memperlihatkan bahawa pada Oktober 2014 memperlihatkan rangka-rangka bangunan tegak secara sempurna. Pada bulan November dinding-dinding bagi rangka-rangka tersebut mulai diikat dengan batu bata. Manakala pada bulan Disember lebih banyak dinding-dinding diikat dengan batu bata, walaupun tidak keseluruhannya dipasang. Bagi tapak kubah kelihatan rangka bulat pada bahagian atas juga sedang dibina.
Hingga ke pertengahan November 2014 tuntutan bayaran adalah sejumlah RM 4,153.042.59
Manakala bayaran yang telah dibuat ialah RM3,968, 447.22.
Hingga ke akhir tahun pertama pembinaan, segalanya berjalan lancar, baik dari segi kerja dan pembayaran. Kelancaran ini seolah-olah memberi harapan bahawa bangunan masjid akan disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan, iaitu pada 25 Mei 2015.
Sekian.

March 24, 2018

PROGRES PEMBINAAN - AKHIR OGOS 2014



BBB,  05 Rajab 1439H. = 23 Mac 2018M. (Jumaat):
Progres pembinaan fizikal Masjid Al-Umm bermula dengan masuk tapak pada 10.12,2013 berkembang dengan agak pantas selepas kerja tanah (95%), sehingga 31 Ogos 2014 , kerja-kerja menanam cerocok 100% siap yang sebelumnya kerja-kerja piling dilakukan terhadap lebih daripada 300 point.
 Antara point yang penting ialah bagi empat tiang seri utama yang penanamannya dari aras bawah tanah menjunjung lantai utama bagi ruang solat utama dan meninggi ke puncak dengan beam-beam sendeng mengukuhkan kerangka bulat yang di atasnya bakal diletak kubah. Bagi setiap lobang cerocok memerlukan antara satu hingga tiga tiang yang dipail, bagi memantapkan penanaman tiang bagi seteiap point cerocok.
Empat tiang utama kedua yang lebih kecil dari empat tiang seri ialah empat tiang kedua besarnya selepas empat tiang utama. Empat tiang ini ialah dari cerocok pada bahagian masuk ke masjid, kerana tiang ini menjunjung aras pertama  yang diatasnya terdapat bilik-bilik kuliah, bilik  IT dan Sumber dan bilik tahfiz.
Dilihat dari segi jumlah tiang, jumlahnya berkembang berganda dari 4 kepada lapan, kepada enam belas, kepada tiga puluh dua, seterusnya hingga melebihi 300 sebagaimana dikatakan oleh saudara Azhar, kerani tapak.
Laporan pada bulan September 2014 bagi perkembangan pembinaan hingga akhir Ogos (31Ogos) menunjukkan bahawa:
Kerja-kerja tanah                              95%
Kerja-kerja menanam cerocok      100%
R.C. Retaining wall (RW 2)             100%
Pile cap                                              100%
Lower ground beam                       100%
Ground beam                                   100%
R.C. Shear wall                                 100%
Lower ground slab                          100%
Ground floor slab                              60%
Lower Ground column                   100%

Suspended ground beam and slab    100%
TNB sub-station                                      20%
Column ground floor to first floor       40%
First floor beam and slab                       20%

Peratus kemajuan kerja fizikal        20 %
Kemajuan sebenarnya                     21.21 %
Cepat                                                    1.21 %
Purata pekerja di tapak ialah            30 orang.
Dari segi gambaran di tapak kelihatan pada sebelum 31 Ogos 2014, kotak-kotak bagi ceracak besi dipasiang  bagi tiang-tiang dicurahkan semin dan pada 31 ogos 2014, kelihatan tiang-tiang tegak tanpa sarang papan kelilingnya.
Pendek kata pada 31 Ogos 2014, semua permukaan  bagi aras utama telah dipenuhi lantai dan tiang-tiang tegak di atasnya. Ruang bagi aras bawah tanah kelihatan rendah ke bawah.
Progres pembinaan berjalan lancar. Pada peringkat ini persediaan peruntukan kewangan adalah mencukupi dan dapat mengejar dari segi progres bayaran. Kos setakat Ogos 2014 berdasarkan tuntutan ialah RM2,571,588.95.
Sekian.

March 23, 2018

MENCONTOHI TG DATO` DR. HARON DIN



BBB, 04 Rajab 1439H. = 22 Mac 2018M. (Khamis):
Sebagai seorang yang terlibat dengan Masjid Al-Umm dan hingga kehujung  pelayaran hidupnya (sengaja tangguh pemergian ke Amerika untuk rawatan) sesungguhnya TG Dato` Dr. Haron Din melakukan khidmat murninya terhadap Masjid Al-Umm, maka dia adalah shakhsiyah mithaliyyah yang terdekat bagi Masjid Al-Umm yang patut dicontohi, khususnya oleh jamaah yang  membina dan sama mengimarahkan Masjid Al-Umm. Contoh yang patut diteladani baik dari segi shakhsiyah lahiriyyah dan lebih-lebih lagi rohaniyyah.
Seorang yang berjuang demi Islam tidak semestinya menempah kesusahan hidup hingga berada di dalam kesempitan, tetapi sepatutnya dia seorang  yang  senang dan kukuh dalam bidang ekonomi, sebagaimana TG Dato` Dr. Haron Din adalah seorang yang kukuh dari segi ekonomi, sehingga dengan kekukuhan ekonomi dia dapat melakukan banyak kebajikan. Sebagaimana telah disebutkan dia membina beberapa masjid dan mengusahakan dana bagi Masjid Al-Umm sehingga yang diusahanya berjumlah RM9.6 milion daripada kos semua 21 milion. Apakah kita mampu, dan jika mampu sanggup menderma sebagaimana beliau menderma dari duitnya, dan memberi pinjam kepada Masjid Al-Umm ?
Satu yang patut menjadi teladan bagi semua ialah sifat ikhlas beliau, tanpa mengharapkan pulangan peribadi dari kebajikan dan keikhlasan yang dilakukan. Ini adalah merupakan piawayan rohani yang tinggi yang juga mencirikan Takmilah kerohanian yang tinggi.
Tentang ikhlas, kata Abu al-Qasim al-Qushayri, ``Ikhlas ialah menunggalkan amalan kepada Haqq Subhanahu wa Ta`ala dari segi qasad dan taat.`` atau diistilah ringkas semata-mata kerana Allah.
Berkata Al-Junayd, ``Ikhlas ialah rahsia di antara Allah dan hamba.``
Dan berkata Shaykh Islam Zakariyya al-Ansari, ``Hak orang yang ikhlas hingga tidak kelihatan keikhlasannya.``
Rumusan yang yang dibuat oleh Shaykh `Abdul Qadir yang mengarang kitab Haqiqat Tasawuf, bahawa, ``Ikhlas kembali kepada tujuan yang satu, iaitu, ``Tidak ada kepentingan bagi diri dari amalan yang dilakukan.``
Firman Allah bermaksud,
``Dan tidaklah mereka disuruh (beribadat), melainkan secara ikhlas sebagai disuruh oleh agama (Islam). (Al-Bayyinah: 5).
Membina masjid adalah kerja kebajikan yang memberi ruang kepada orang ramai melakukan kebajikan bagi membina masjid secara ikhlas, dan itulah yang dilakukan mereka.
Keikhlasan ini seharusnya lebih-lebih lagi berlaku di kalangan mereka yang mengambil amanah bagi mendirikan masjid. Bagi menjaga keikhlasan yang seharusnya ada di kalangan mereka yang diamanah keputusan telah dibuat, bahawa di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm Bil. 7/2012 bertarikh 23 April 2012:
``Mesyuarat bersetuju bahawa (10) ahli pemungut derma Tabung Masjid Al-Umm TIDAK DIBENARKAN mengambil komisyen daripada hasil kutipan derma Tabung Masjid Al-Umm.``
Peruntukan ini memberi ruang bagi ahli mengikhlaskan diri  dengan tugas dan insya Allah melipatkan pahala di sisi Allah. Ini adalah sebagaimana ditunjuk teladan oleh Penanung dan Penasihat AJK Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din.
Sesungguhnya kita jauh dari mencontohi kemurnian dan keikhlasan jiwa Dato` Dr. Haron Din. Ini kerana selepas itu persetujuan itu dilanggari. Pengambilan percent oleh yang menghendakinya seharusnya melihat kategori pungutan yang didapati. Jika ianya dari hasil usahanya sendiri, mungkin boleh diterima sebagai insentif kepada yang berusaha mencari.
Tetapi jika pemberian dari  Kerajaan Negeri, pinjaman yang diberi kepada masjid oleh pihak tertentu, pungutan yang diambil dari tabung-tabung yang diletak di masjid dan surau juga diambil percent adalah dikira tidak wajar. Soal ini sebenarnya telah menimbulkan pertikaian di kalangan AJK sendiri. Tanpa mengambil percent, sesungguhnya kita dapat menyelamatkan RM setengah juta duit derma masjid. Kita berdoa kepada Allah tidaklah digolong amal kita sebagai sia-sia.
Sesungguhnya  Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din dapat dijadikan shakhsiyyah mithaliyyah kepada Masjid Al-Umm dan diharap sentiasa menjadi contoh tauladan bagi mereka yang sama mengimarahkan Masjid Al-Umm.
Sekian.

March 22, 2018

MUHASABAH - MENJEJAKI YANG MULIA PERIBADI



BBB, 03 Rajab 1439H. = 21 Mac 2018M. (Rabu):
Muhasabah adalah sifat murni di dalam Islam, khususnya dalam bidang kerohanian. Muhasabah adalah bermaksud membuat penilaian, khususnya diri dalam apa peringkat agar dengan muhasabah dapat dikenalpasti kekurangan, kelemahan, kesilapan, bahkan  sekiranya tidak ada aspek-aspek ini, andainya sudah berada pada jalan yang betul, maka dapat diperbaiki, khususnya diri supaya meningkat dari segi prestasi kepada tahap maksimum.
Di dalam bermuhasabah berdasarkan Islam perlu ada nilai yang menjadi dasar pertimbangan sama ada baik atau buruk, betul atau salah, maju atau mundur dan sebagainya. Penilaian di dalam Islam ialah berdasarkan pengajaran yang ada di dalam Al-Qur`an  dan Sunnah Nabi Muhammad  s.a.w. adalah sebagai piawaian tertinggi. Namun di sana ada darajat-darajat dan maqam-maqam selepas dari Rasulullah. Mereka dikenali sebagai sahabat, tabi`in, tabi` tabi`in dan berikutnya dikenali  dari segi darajat dan maqam ialah para auliya`, salihin dan  ulama` dan dikatakan bahawa `Para `ulama` ialah Pewaris Nabi-Nabi.` Para ulama` ialah orang yang mendalami ilmu, mencintai, mengamali, mengajar dan mewariskan keilmuan.
Dilihat dari segi pembinaan  fizikal, konsepsi dan nilai, maka pembinaan yang paling utama ialah pembinaan terhadap manusia yang melibatkan jasmani, akli dan rohani secara Takmilah. Dilihat kepada masyarakat di Bandar Baru Bangi yang hampir keseluruhannya muslim, sedari awal berlakunya perpindahan ke Bandar Baru Bangi sejak akhir November 1977, mereka pada umumnya adalah intelektual yang bekerja di universiti (UKM) dan pada dasarnya mempunyai persediaan rohani, lantaran itu selepas perpindahan mereka ke Bangi mereka rindu untuk mendengar laungan azan, mereka rindu untuk bersolat di dalam saf-saf yang teratur berjamaah bersama imam, mereka rindu untuk bersolawat ketika bertarawih pada bulan Ramadhan. Lantaran itu antara prioriti pertama, mereka maukan sebuah surau untuk berjamaah yang kemudian ditunaikan oleh PKNS dengan menyerahkan sebuah rumah semi-D No. 6 Jalan 1/3G, pada 5 Ogos 1978. Selepas gotong royong membersihkannya pada hari itu, terus digunakan pada keesokan harinya 6 Ogos 1978 bersamaan 1 Ramadhan 1398H. sempena menyambut puasa Ramadhan. Mulai dari hari ituBandar Baru Bangi yang sunyi mulai bergema dengan azan dan salawat terhadap Junjungan. Sesungguhnya dari masa itu surau ini mulai menjadi tempat ibadat kepada sebahagian penduduk Bandar Baru Bangi hinggalah ke tahun 2017. Surau ini berperanan bukan setakat tempat ibadat, tetapi juga mendidik masyarakat setempat dengan keilmuan-keilmuan keagamaan dan kegiatan kemasyarakatan. Dapatlah dikatakan penduduk setempat, demikian juga dengan surau-surau yang lain yang dibina selepas Surau Al-Umm berperanan mendidik dan mengorientasikan masyarakat setempat dengan nilai-nilai Islam. Ramai guru yang berjasa mendidik mereka. Antaranya telah kembali ke Rahmatullah seperti Dr. Mahmud Saedon dan Dr. Abdullah Ibrahim, setengahnya masih ada tetapi sudah uzur seperti Imam Supaat dan masih berkhidmat, tetapi mulai uzur seperti Dr. Abdul Wahab Salleh. Mereka adalah personaliti contoh yang disanjung dan dihormati masyarakat.
Sedang Bandar Baru Bangi berkembang dengan pertambahan kediaman (16 Seksyen) dan jumlah kependudukan mendekati kepada suku juta dan bertambahnya surau-surau hingga melebihi 40 surau di Bandar Baru Bangi, setengahnya begitu sempurna sebagai bertaraf masjid dan selayaknya, beberapa daripadanya menjadi masjid, maka penduduk sekitar Surau Al-Umm merasakan mereka jauh ketinggalan dari segi keselesaan beribadat di surau. Lantaran itu mulai 2010 kalangan penduduk mengusahakan bagi mendirikan masjid yang tapaknya ada berdekatan dengan Surau Al-Umm. Demikianlah membawa kepada terdirinya Masjid Al-Umm yang mengambil masa begitu lama dan hingga kini, sesudah 7 tahun usaha mewujudkannya, masih belum sempurna, walaupun sudah digunakan untuk solat berjamaah mulai 16.12.2017.
Begitu tinggi harapan ahli jamaah dan penduduk yang mengimarahkannya agar masjid ini menjadi bukan saja tempat ibadat, tetapi serentak berfungsi secara aktif mengimarahkan masjid dan membentuk masyarakat yang kehidupan mereka di dalam suasana Islam. Masa mereka terpenuh dengan ibadat dan pengajian serta mencari nafkah kehidupan. Dalam perjalanan mengimarahkan masjid insya Allah akan lahir  pimpinan-pimpinan yang menjadi uswah hasanah bagi mereka, sebagaimana sebelumnya telah lahir kepimpinan keilmuan semasa di Surau Al-Umm. Pada hakikatnya pada peringkat awal sejak Masjid Al-Umm dalam pembinaan sudah ada tokoh mithali yang memberi peluang bagi masyarakat mengambil manfaat dari ilmunya dan mencontohi peribadi – Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din seorang ulama` yang berwibawa dan berperanan di dalam mengusahakan dana bagi Masjid Al-Umm. Meskipun Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din telah kembali ke rahmatullah (16.9.2016), tetapi peranan dan peribadinya cukup untuk  dicontohi dan diikuti.
Sekian.

March 21, 2018

TG DATO` DR. HARON DIN MODEL TAKMILAH INSANIAH



BBB, 02 Rajab 1439H. = 20 Mac 2018 (Selasa):
Ramai yang mempunyai hubungan dengan Masjid Al-Umm, mereka terdiri misalnya dari ahli Jawatankuasa  dari peringkat awal dari 2010 hingga kini, peringkat kontrektor, sub-sub kontrektor, perunding-perunding, pekerja-pekerja, guru-guru, imam-imam, pegawai-pegawai masjid dan ahli jama`ah. Banyak watak yang ada pada mereka, umpamanya  antaranya boleh dijadikan role-model dan sebahagian daripada mereka mungkin dapat dikategorikan sebagai biasa.
Dilihat  kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan Masjid Al-Umm, tanpa ragu kita secara jelas dapat memetik watak atau tokoh yang dapat dijadikan tokoh dan personaliti mithali dari mereka yang berkait dengan masjid dan Takmilah Keinsanan, maka tokoh mithali berkenaan tidak lain dari Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din. Takmilah insaniah pada dirinya bukan saja menjadi contoh dari kalangan mereka yang ada hubungan dengan Masjid Al-Umm, tetapi juga bagi masyarakat umat dan manusia sejagat. Walaupun keterlibatan Dr. Haron Din dengan Masjid Al-Umm dalam tempoh yang singkat, iaitu dari tempoh perlantikannya sebagai Penaung Masjid Al-Umm:
Bermula dari:   5 Julai  2013
Hingga              16 September 2016  (tarikh meninggalnya),
Iaitu hanya 3 tahun 2 bulan, namun dalam tempoh yang singkat ini Tuan Guru memberi impak yang ketara dari segi watak, personaliti dan akhlak sebagai contoh terbaik  terhadap jamaah Masjid Al-Umm.
Dilihat dari segi keinsanan Takmilah pada dirinya dapat dilihat bahawa beliau  melengkapkan dirinya dengan keilmuan keagamaan dan keilmuan yang lain yang dari segi degree berkelulusan Sarjana dari Universiti Al-Azhar dan Dr. Falsafah dari Universiti Al-Gahirah di Mesir. Dia seorang yang beramal dengan ilmunya  dengan mengajar keilmannya (bidang Perundangan Islam) di Universiti dan beliau diberi  kedudukan seorang profesor di dalam bidang berkenaan  di UKM.
Beliau melakukan banyak kebajikan seperti menubuhkan Dar l-Shifa yang dengan  institusi `Perubatan Islam` ini beliau dan pelajar-pelajarnya  memberi khidmat rawatan secara percuma. Dar  al-Shifa` berkembang dengan mempunyai cawangan seluruh negeri di Malaysia dan jumlah pelajarnya dikatakan seratus ribu orang.
Dato` Dr. Haron Din, bukan saja dilihat sebagai orang yang berilmu, tetapi seorang yang mempunyai integriti diri yang tinggi dan dipercayai. Misalnya dia seorang yang diyakini dengan keilmuan dan bukan saja majlis-majlis ilmunya dihadiri ramai yang mengikutinya, tetapi diberi kepercayaan dilantik menjadi penasihat badan-badan kewangan terkemuka di tanahair dan juga dihormati  di luar negara seperti di Brunei, Arab Saudi dan sebagainya.
Dari satu segi orang ramai mengenali Dato` Dr. Haron Din berpegang pada politik Islam, namun walaupun jelas dia berpegang pada politik Islam, satu yang menarik beliau diyakini dan tidak menghalang pihak-pihak tertentu melantiknya sebagai penasihat dalam badan-badan kewangan Islam dan anggota Majlis Fatwa bagi beberapa negeri. Dalam kata lain beliau tidak dipulau kerana pegangan politik, tetapi beliau dihormati kawan dan lawan (dalam politik). Beliau dilihat sederhana dan tidak menjejaskan hubungannya dengan berbagai pihak.
Satu yang ketara Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din  terkenal sebagai seorang dermawan dan banyak membuat kebajikan dengan ikhlas dan tidak mempunyai kepentingan peribadi. Contoh yang baik, bahawa Tuan Guru berusaha mendapatkan dana bagi Masjid Al-Umm, selain dari menderma dari duitnya sendiri, beliau berusaha dan melaluinya Masjid Al-Umm mendapat dana hampir separuh ( RM9.6 juta) dari kos Masjid Al-Umm keseluruhan (RM21 juta). Sifat dermawan dan bersifat kebajikan ini bukan sahaja terhadap Masjid Al-Umm, tetapi sebagaimana diketahui beliau juga membina dua buah masjid di Perlis yang cukup besar dan setiap satu daripadanya berharga RM3 juta. Banyak lagi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan Dato` Dr. Haron Din, misalnya dengan terlibatnya beliau pada peringkat akhir hayatnya sebagai Pengerusi Yayasan Dakwah Islam Serantau, beliau terlibat dengan membina surau-surau di Sarawak dan mendirikan Markas Yayasan Dakwah Islam Serantau di Labuhan Dagang di Kuala Langat yang masih dalam pembinaan.
Watak dan personaliti Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din yang murni, suka menderma, banyak membuat kebajikan dan bersifat ikhlan terpancar pada wajahnya yang bersih, tenang dan manis tersenyum, seolah-olah  kesakitan yang ditanggungnya pada akhir hayatnya bagai tidak terlihat.  Jiwanya meningkat kepada ketenangan jiwa yang disifatkan Al-Qur`an  sebagai mutmainnah radhiah dan mardhiah. Sesungguhnya dia dapat dijadikan sebagai watak, personaliti  dan tokoh mithali, khususnya bagi yang terlibat dengan pembinaan, pengimarahan dan  pengibadatan  di Masjid Al-Umm.
Sekian.

March 20, 2018

DR. HARON DIN PIMPIN PERTEMUAN DENGAN DATO` SERI AZMIN ALI BERJAYA DAPAT RM4 JUTA



BBB, 01 Rejab 1439H. = 19 Mac 2018M. (Isnin):
Selepas setahun berundurnya Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dari memimpin Selangor dan selepas setahun ini juga timbulnya hasrat menghidupkan kembali untuk mendapat peruntukan RM6 juta dari Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan janji yang dibuat oleh Tan Sri Khalid pada 6 Januari 2013 ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah dan Kenduri Kampung di tapak Masjid Al-Umm.
Usaha yang efektif bagi menuntut janji ini adalah diambil inisiatif utama oleh Dato` Dr. Haron Din. Temu janji telah dibuat dengan YAB Dato` Menteri Besar Selangor  dan disetujui untuk menemuinya pada 8 Julai 2015 di Pejabat Menteri Besar itu di Tingkat  21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada hari tersebut Dato` Dr. Haron Din bersama Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Umm yang terdiri dari  Dr. Shafie Abu Bakar  (Pengerusi), Haji Suib Maulud (Setiausaha), Hj. Mohd. Nor Yasin (Bendahari), Haji Abdul Rahman Daud (AJK), Muhammad Adham bin Anuar (Setiausaha Kerja) dan Haji Azizi Adnan (Jurufoto).
Dato` Dr. Haron Din memulakan pertemuan dengan salam dan Penulis mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato` Seri Azmin menjadi Menteri Besar, walaupun tahniah tersebut sudah agak lewat, tetapi itulah pertemuan pertama khususnya bagi Penulis selepas beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Dari segi perkenalan kami memang rapat dan biasa, lantaran sepanjang menjadi ADUN Kajang  kami bersama-sama menjadi pembangkang dan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat  (PKR,PAS dan DAP) memerintah semasa Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar,  saudara Azmin menjadi Ketua whip bagi PKR, Penulis whip bagi Pas dan Ng Swee Lim bagi DAP. Penulis duduk  bersebelahan dengan saudara Azmin.
Penulis masih ingat dalam perbincngan Dato` Dr. Haron, beliau selepas memohon pertimbangan agar jumlah RM6 juta dapat ditunaikan oleh  Dato` Seri Azmin, beliau secara bergurau, ``Kalau tak dapat RM6 juta, paling kurang RM5 juta, katanya.`            
Dato` Seri Azmin menjawab, bahawa beliau akan pastikan mana-mana lebihan peruntukan, atau peruntukan yang tidak digunakan  oleh sebarang jabatan boleh digunakan untuk membiayai dana Masjid Al-Umm.``
Pada pertemuan itu, masih belum dapat dipastikan berapa jumlah yang akan diusahakan oleh Dato` Seri Azmin Ali. Tetapi kita percaya kehadiran Dato` Dr. Haron Din sendiri diberi perhatian serius  oleh Dato` Seri Azmin `Ali, memandangkan kehadiran Dato` Dr. Haron Din, bukan sekadar atas nama peribadi.
Dato` Dr, Haron Din adalah Murshidul Am Pas yang menggantikan Tuan Guru Dato` Nik Aziz Menteri Besar Kelantan dan Mershidul Am Pas yang meninggal pada 12 Februari 2015. Dato` Seri Azmin  menghormati Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din, kerana antaranya,
Kerajaan yang dipimpin oleh Dato` Seri Azmin Ali adalah Kerajaan Pakatan yang sama didukung oleh PKR, PAS dan DAP. Adalah tidak manis jika pemimpin satu Pakatan kerajaan yang memerintah dan ketuanya (Murshidul Am) membuat permohonan tidak diberi perhatian.
Sebagai ulama` dan tokoh yang dihormati dan kedatangannya adalah serius seharusnya dihormati permintaannya. Adalah dibimbangi Dato` Dr. Haron Din yang sering sakit (jantung) akan kampunan jika permintaan dari seorang Tuan Guru dan pemimpin tidak diberi perhatian.
Dalam pertemuan itu Dato` Seri Azmin tidaklah  memberi kata putus berapa jumlah dana yang akan diberikan, tetapi berjanji akan mempertimbangkan sejumlah yang sesuai.
Agak lama juga keputusan yang diambil oleh Dato` Seri Azmin Ali. Hasil dari pertanyaan berterusan dari AJK dan mendengar Dato` Dr. Haron Din sakit, beliau membuat keputusan untuk mengunjungi Dato` Dr. Haron Din dan menyerahkan dana yang dijanjikan, tetapi sejumlah RM4 juta, kurang  dua juta dari yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid sebelumnya.
Tarikh yang ditentukan oleh Dato` Seri Azmin untuk datang ke Bangi, ialah pada Jumaat  9 September 2016 di Masjid Al-Hasanah dan menunaikan solat Jumaat di situ.
Pada hari Juma`at  9 September itu Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din datang bersolat  Jumaat di dalam keadaan uzur, beliau disorong ke dalam masjid dan mengambil tempat di atas  kerusi  sorong di tepi tiang beberapa baris dari baris hadapan. Apabila Dato` Seri Azmin tiba, beliau disambut oleh AJK Masjid Al-Umm dan jawatankuasa Masjid Al-Hasanah dan turut disambut sama oleh Dato` Dr. Haron Din dari atas  kerusi sorong. Dato` Seri Azmin dibawa ke hadapan, tetapi kemudian beliau sengaja ke belakang dan berada di samping Dato` Dr. Haron Din semasa khatib membaca khutbah dan bersama bersolat Juma`at.
Selepas solat Juma`at diadakan Majlis ringkas, dimana Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan  berucap ringkas berterima kasih di atas kehadiran YAB Dato` Seri Azmin Ali dan Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din bagi menerima cek yang akan disampaikan oleh Dato` Seri Azmin kepada Tuan Guru. Tidak ada ucapan dari Dato` Seri Azmin , sebaliknya beliau mnyampaikan cek seharga RM4 juta bagi Masjid Al-Umm yang diterima oleh Dato` Dr. Haron Din. Kemudian tamu termasuk Dato` Seri Azmin Ali dan Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din beredar ke belakang bagi menyertai jamuan dengan melalui orang ramai yang ingin bersalam.
Semasa jamuan makan Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din yang sama berada semeja dengan Dato` Seri Azmin, termasuk Penulis  bercakap tentang masjid Al-Umm dan kesihatannya yang dimaklumi bahawa keesokan hari beliau akan berlepas ke Amerika untuk mendapat rawatan sakit jantungnya. Namun beliau tetap tersenyum dan bergurau, bagai tiada apa sakit yang dialaminya. Itulah kali terakhir  orang ramai menatap wajahnya. Selepas itu Dato` Seri Azmin pulang dan singgah sekejap menyaksikan Masjid Al-Umm dan bergambar dengan Ahli Jawatankuasa. Manakala Dato` Dr. Haron Din pulang ke rumahnya dan besoknya bertolak ke California untuk mendapat rawatan. Pada 16 September Jumaat seminggu selepas beliau bertolak berita mengejutkan diterima bahawa Dato` Dr. Haron Din meninggal di sana.
Inna li`l-Lahi wa inna ilayhi raji`un. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh Al-Marhum Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din. Amin.
Sekian.

March 19, 2018

PENDEKATAN MENDAPAT DANA OLEH DATO` DR. HARON DIN


BBB,  30. Jamadil- Akhir 1439H. = 18 Mac 2018M. (Ahad):
Ada lima  pendekatan yang dilakukan oleh Dato` Dr. Haron Din bagi mendapat Dana bagi Masjid Al-Umm
1)       Keikhlasan dari dirinya sendiri:
Sebagaimana telah disebut Dato` Dr. Haron Din secara ikhlas menderma dari kewangannya sendiri sebanyak RM1.7 juta  sebagaimana dilakukannya di rumahnya pada 4 Januari 2014.
Sebagaimana juga telah disebutkan  Dato` Dr. Haron Din sudi memberi pinjam wang dari Tabung Birr al-Walidayn (Kebajikan Dua Ibu Bapa)  kepada Masjid Al-Umm pada pertengahan September 2015 tanpa sebarang cagaran. Untuk menjaga aturan pinjam meminjam di dalam Islam, Penulis selaku Pengerusi menasihatkan  setelah mendapat duit pinjaman berkenaan supaya pihak Masjid membuat surat perjanjian bagi pinjaman tersebut, bagi mengelak timbul permasalahan, tanpa surat perjanjian. Perjanjian telah dibuat atas gesaan Pengerusi. Hal ini timbul kerana urusan untuk meminjam ini dilakukan oleh beberapa orang AJK tanpa memberi maklumat terlebih dahulu kepada AJK dan tak dibawa kepada mesyuarat, bahkan semasa mengambil pinjamanPengerusi tidak diajakserta, sehingga Dato` Dr. Haron Din bertanya, mengapa Pengerusi tidak hadir. Beliau tidak senang dengan cara muamalah sedemikian.
2)      Derma orang ramai kerana keyakinan terhadap dirinya
Bermaksud orang ramai menderma untuk Masjid Al-Umm adalah melalui dirinya, sebagaimana Dato` Dr. Haron Din pada 19.11.2015 menerima cek sebanyak RM50,000 dari individu tertentu dan cek ini diserahkan kepada seorang AJK untuk diserahkan kepada Bendahari Masjid Al-Umm.
Begitu juga pada 25.11.2015 beliau menerima derma dari seorang Muslimah derma sebanyak RM1 juta  untuk Masjid Al-Umm.
3)      Usaha Menerusi Kepimpinan Jabatan
Ini sebagaimana dilakukan oleh Dato` Dr. Haron Din yang pergi bersama beberapa orang AJK Pembinaan Masjid Al-Umm, termasuk Pengerusi pada 13 Januari 2014 mengadakan pertemuan dengan Exco, YB Tuan Salehen bin Muhyi Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodanan Pertanian dan Pembangunan Desa di Pejabat beliau di Bangunan Sultan Salahuddin bin Abdul Aziz Shah, pertemuan adalah membincangkan kemungkinan mendapat dana bagi Masjid Al-Umm, tetapi tidak menghasilkan sebarang keputusan.
Juga pada tarikh yang sama (13 Januari 2014) perjumpaan dilakukan antara Pengerusi dan beberapa AJK dengan Dato` Bakhtiar bin Hussin Setiausaha MAIS juga membincangkan persoalan dana bagi Masjid Al-Umm. Dato` Dr. Haron Din tidak menghadiri pertemuan ini dan mewakilkan Pengerusi dan bersama AJK berbincang dan tiada sebarang keputusan yang terhasil.
4)       Pertemuan formaliti
Sebagaimana telah disebut pertemuan telah dilakukan terhadap Tan Sri Dato` Seri Syed Anwar bin Syed Putra Jamalullail sebanyak dua kali dirumahnya yang menghasilkan dana sebanyak RM1.8 juta itu. Sebelum daripada itu pada 23.1.2014 pertemuan secara formaliti diadakan antara AJK Pembangunan Masjid Al-Umm diketuai Pengerusinya dengan Tuan Haji Mohamad Izam bin Muhammad Yusof Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor jam 3.00 petang pada tarikh di atas. Dato` Dr. Haron Din tidak hadir pada pertemuan ini kerana uzur. Perbincangan ialah bagi mendapat dana bagi Masjid Al-Umm. Sebagaimana dimaklum melalui konteks peribadi antara Dato` Dr. Haron Din dengan Tan Sri Dato` Seri Syed Anwar dan pertemuan dirumahnya menghasilkan dana sebanyak RM1.8 juta itu.
5)      Pertemuan Dengan Dato` Menteri Besar Selangor
Sebagaimana disebut usaha menuntut  dana RM6 juta  terencat dengan  dipecat Tan Sri Dato` Khalid bin Ibrahim dari parti PKR dan dari jawatan Menteri Besar Selangor (10 Ogos 2014).  Beliaulah yang membuat janji akan memberi dana bagi mebiayai Masjid Al-Umm atas dasar dolar to dolar terhadap derma yang dapat dicari. Sebagaimana disebut dalam masa setahun dari pemecatan Tan Sri Dato` Seri Khalid Ibrahim usaha mendapatkan jumlah RM6 juta ringgit dari kerajaan Negeri semacam terhenti.
Semasa Tan Sri Dato` Seri Khalid menjadi Menteri Besar Selangor, Dato` Dr. Haron Din tidak terlibat di dalam rundingan mengenai dana Masjid Al-Umm dengan Menteri Besar tersebut. Tetapi hampir setahun dari tempoh pengunduran Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim dari Jawatan Menteri Besar Selangor, usaha bagi mendapat jumlah wang RM6 juta ringgit itu dihidupkam kembali.
Sekian.