AHLI KARIAH
SURAU-SURAU DI BAWAH MASJID AL-UMM MEMILIH J/K MASJID
BBB, 02 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 10 November
2018M. (Sabtu):
Masjid Al-Umm melalui tahap-tahap penting dari
segfi penggunaannya, bermula dengan:
1) Mendapat CPC dari Arkitek Majubina Sdn. Bhd.,
Arkitek bagi Masjid Al-Umm pada 14.12.2017..
2) Menggunakan Masjid Al-Umm bermula pada 16.12.2017,
iaitu mengadakan sambutan Maulid al-Rasul dan terus menggunakannya dengan
bersolat waktu bermula dari fardhu zohor dan berterusan.
3) Mendapat CCC dari MPKj di JAIS.MAIS pada 4 Oktober 2018.
4) Didaftarkan Masjid Al-Umm oleh JAIS pada 10
Oktober 2018. No. Pendaftaran ialah JAI.
SEL.BPM/01/025/51.
5) Penyerahan masjid secara simbolik MAIS menerima
dari kontrektor Tekad Nusantara Sdn. Bhd. dan menyerahkannya kepada Pengerusi
Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm pada 11 Oktober 2018 di Masjid Al-Umm.
6) Mulai bersolat Juma`at di Masjid Al-Umm pada
Juma`at 12 Oktober 2018.
7) Kuatkuasa oleh JAIS Persempadanan antara Masjid
Al-Umm dengan Masjid Al-Hasanah bermula dari 24 Oktober 2018 setelah
dibincangkan pada peringkat permulaan di PAID Hulu Langat pada 17 Oktober 2019.
8) Surau-surau di bawah Masjid Al-Umm ialah (23 buah)
1) Al-`Amirin
2) Al-Ikhlas 3)
An-Nur 4) Jubli Perak 5) Al-Kauthar
6) Al-Ittihad 7)
Al-Islah 8) Al-Ehsan
9) Al-Madani 10) Al-Munawwarah
11) Abdul Rahman `Auf 12)
Al-Ikhwan 13) Bangi Perdana `14) NurIdaman 15) Al-Mawaddah
16) Al-Sabah 17)
Al-Raudhah 18) PI Puncak
Bangi 19) Al-Mahabbah 20) Al-Hidayah
21) Al-Shakirin 22)
Al-Ukhuwwah 23) Damai.
9. Pertemuan dengan Pengerusi-Pengerusi Surau
Untuk berkenalan dan meyampaikan maklumat
pihak Masjid Al-Umm telah menjemput semua pengerusi surau atau wakil
bermesyuarat di Masjid Al-Umm pada 28
Oktober 2018.
10. Mesyuarat Agung Memilih Jawatankuasa Masjid
Al-Umm
Menurut Peraturan Masjid dan Surau 2017 JAIS-MAIS sebagaimana masjid dan surau yang lain, maka Masjid Al-Umm
dikehendaki mengadakan Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Masjid tidak lewat dari
14 November 2018. Masjid Al-Umm memilih
tarikh pada Sabtu 10 November 2018.
Mesyuarat dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Sharifuddin bin Sajiman dan Ustaz
Khairul Nazri bin Mohd Shakur, mereka pegawai dari PAID bertempat di Masjid Al-Umm. Para ahli kariah
yang hadir lebih kurang 500 orang. Pemilihan bermula dari Jam 10.00 pagi hingga
12.50 tengahari. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut:
1. Nazir: Dr.
Haji Shafie bin Abu Bakar
2. Imam: A.
Mohd. Rahmat bin Mohd. Halif dan
Muhammad Ghazie Najmuddin bin
Surtahman.
3. Bilal:
Ahmad Munawwar bin Razali dan
Hj. Che Omar bin Dali
4. Siak:
Nurul Hisham bin Mat Nor dan
Haji Muhammad Kamaruzzaman bin
Marwan
Mereka di atas dikehendaki melalui interview oleh pihak PAID.
5. Ahli Jawatankuasa{
a) Timbalan Nazir:
Dr. Razi Ismail
b) Setiausaha: Ah Feizal binMohd. Arshad
c) Penolomg Setiausaha: Mohd Fadzli bin Mohd Amin
d) Bendahari: Haji Nazri bin Daud
e) Penolong Bendahari: Abdul Karim bin Mohd Sarif
f) Wakil Pemuda:
Mu`az bin Abdul Hamid
g) Wakil Muslimat:
Datin Muhibbah bt.Noor
h) Pengurus Jenazah Muslimat: Hajah Wan Zaidah bt.
Wan Abdullah
Ahli Jawatankuasa
1) Datuk Dr. Wahid bin Samsuddin
2) Prof. Dr. Amran bin Abdul Majid
3) Azni bin Othman
4) Haji Ishak bin Arshad
5) Hjh. Kamariah bt. Yusof
6) Siti Khadijah bt. Imam Supaat.
11. Pemeriksa Kira-Kira: En. Wan Zailan dan
Haji Ishak Fateh.
Diberkati Allah dan
Selamat Bertugas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment