November 19, 2018

KONGRES NASIONAL PKR KE 13: PERALIHAN KUASA


KONGRES NASIONAL PKR KE 13: PERALIHAN KUASA
(Fikrah Bangi: 61):
BBB, 11 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 19 November 2018M. (Isnin):
Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Shah Alam sejak dari Khamis (15 November) mencapai puncaknya pada petang Ahad (18 November 2018) dengan pengumuman calon-calon yang menyandang jawatan-jawatan yang dimenangi di dalam pemilihan calon sejak kempen bermula dari 22 September  2018 yang lepas..
Peralihan kuasa yang utama ialah dengan pengunduran Datin Seri Wan Azizah dari jawatan Presiden PKR kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim jam 3.00 petang (18 November).
Menyebut tentang pengorbanan Azizah, menurut Anwar,  dalam ucapan sulungnya``Tiada ungkapan yang setepat dapat diucapkan berhubuing dengan perjuangan yang dilakukan Azizah. Selama dua puluh tahun  dia berjuang (dari 1998) - sedang saya di dalam penjara.Beliau bersama-sama penyokong menubuhkan PKR (4 April 1999). Dia menghadapi jatuh bangun dalam politik. Memenangi 5 kerusi (1999) dan tinggal satu kerusi (2004) – Permatang Pauh. Menghadapi tekanan dan kesukaran dari pihak pemerintah, lantaran sebagai pembangkang yang  dicurigai. Jauh berbeza dengan zaman kemenangan yang dialami kini.
(Berikut dari penarikan diri Azizah, beliau dicadangkan menjawat jawatan Ketua Jawatankuasa Penasihat  PKR).
Merujuk kepada sengitnya pertandingan bagi merebut kerusi terutama Timbalan Presiden Dato` Seri Anwar menyatakan beliau tidak campur tangan dalam pemilihan, khususnya pertandingan antara Azmin Ali dan Rafizi Ramli di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden. Walau bagaimana beliau tidak senang dengan kekecohan yang berlaku seperti diKedah, Pulau Pinang dan Sabah. Antaranya melibatkan pertelagahan bersifat fizikal, bahkan antaranya menjadi kes polis dan sampai kepada SPRM. Pada peringkat akhirnya berhubung dengan kekecohan di Sabah, beliau campurtangan dan bergembira dengan sikap Rafizi yang menerima keputusan kekalahannya kepada  Azmin. Beliau juga sukacita kedua mereka kembali bersatu ibarat kiambang bertaut dan mengharapkan semua peringkat melupakan kem-kem dan kembali bersatu.
Dato` Seri Anwar mengaku kekecohan antaranya melibatkan kaedah pengundian baru – e undi. Kaedah ini antaranya boleh dimanipulasi dan  ada kaedah boleh menghilangkan maklumat . Beliau berharap ada pendekatan lebih baik yang dapat digunakan pada masa hadapan dengan cara yang lebih efficient.
Menurut Dato` Seri Anwar, selepas campur tangannya dan menerima jawatan sebagai Presiden, selepas ini, tidak ada kompromi lagi bagi yang melakukan kesalahan. Mereka yang boleh disifatkan sebagai barah dalam parti tidak layak dikekalkan dalam parti. Pertambahan ahli, khususnya dalam masa mutakhir  sehingga 400,000 yang menjadikan ahli kini lebih 900,000 tidak menjadikan parti kuat, jika di dalamnya terdapat ahli yang tidak jujur dan menjadikan keahlian dalam parti sebagai tempat mencari kesempatan. Menurutnya kita tidak membezakan antara ahli lama dan baru yang penting ialah yang jujur dan berkualiti.
Dato` Seri Anwar mencadangkan selepas kongres ini perlu diatur kursus keahlian parti dari peringkat tertinggi membawa kepada peringkat grassroot , dari  yang lama dan baharu, semuanya dikehendaki mengikuti kursus keahlian yang dirangka oleh parti.
Dato` Seri Anwar juga mencadangkan apa yang tidak perlu disegerakan tidak perlu dibincangkan contohnya ICERD yang membimbangkan, khususnya masyarakat Melayu dan bumiputra.
Pengumuman perlatikan jawatan antaranya:
Dato` Ahmad Karim –Pengerusi Tetap
Naib Presiden:
Nurul Izzah Anwar, Tien Chua, Xavier Jayakumar dan Zuraidah Kamaruddin.
Antara Jawatankuasa ialah, Abdullah Thani, Amiruddin Sa`ari, Saifuddin Nasution, Elizabith Wong, Gun Peng Wei, Kamaruddin Jaafar,Nik Nazmi bin Ahmad, Sivarasa Rasiah,  dan yang lain lagi.
Sekian.

No comments:

Post a Comment