November 22, 2018

MAULID AL-RASUL MEMUPUK KASIH SAYANG DAN TAULADAN


MAULID AL-RASUL MEMUPUK KASIH SAYANG DAN TAULADAN
(Fikrah Bangi:  64){
BBB, 14 Rabi`ul Awwal 1440H.  = 22 November 2018M. (Khamis):
Satu budaya murni Islam yang terpupuk di dalam negara  kita ialah menyambut ulang tahun kelahiran  Rasulullah s.a.w, iqitu pada setiap 12 Rabi`ul Awwal tahun Hijriyyah. Pada hari ini merupakan cuti umum. Sambutan yang diadakan di negara kita berlaku pada peringkat negara, negeri, daerah , mukim dan desa. Berlaku dipadang, dewan, masjid, surau dan di tempat-tempat khusus diadakan.
Pada peringkat negara disambut pada tahap kebangsaan di Dewan Konvensyen di Putera Jaya dalam mana pada peringkat  puncaknya ialah penyampaian Titah Ucapana oleh DYMM Sultan Dr. Nazrin Shah Timbalan yang Dipertuan Agong Malaysia yang juga merupakan Sultan Perak Dar al-Ridhuwan.Tuanku Timbalan Yang Dipertuan Agong terkenal sebagai seorang intelektual yang setiap ucapannya ditunggu-tunggu kerana  terkenal bernasnya ucapan Baginda. Demikianlah ucapan Baginda sempena menyambut Mauli d al-Rasul pasda peringkat kebangsaan. Dapatlah dikatakan ucapan Baginda adalah ucapan ulung bagi semua sambutan Maulid al-Rasul di negara ini pada tahun ini. Mesejnya mengupas peribadi dan perutusan Rasulullah, perjuangan meluaskan dakwah Islam, kebijaksanaan Baginda di dalam mewujudkan negara Islam Madinah, demikian diplomasi Baginda di dalam memupuk persaudaraan ummah dan kaedah komunikasi Baginda dengan berbagai kaum dan bagaimana Baginda merangka Perlembagaan Madinah yang diakui tinggi mutunya. Baginda Sultan juga mau mereka yang terlibat dengan pemerintahan di Malaysia mencontoh keperibadian Rasulullah yang berjuang demi ummah dan bukan mencari peluang untuk kepentingan peribadi dengan menghimpun kekayaan untuk diri dan kroni. Ucapan Baginda Sultan penuh wawasan, nasihat dan panduan.
SambutanMaulid al-Rasul adalah merupakan hari menghayati kehidupan Rasulullah yang dapat dijadikan panduan kehidupan, di samping memupuk rasa kecintaan terhadap Baginda. Perutusan Rasulullah sebagai rahmat kepada seluruh alam terus disampaikan melalui berbagai-bagai sambutan pada berbagai peringkat. Di dsalam sambutan-sambutan berkenaan turut diberi penghargaan terhadap mereka yang berjasa kepada negaram bangsa dan agama pada setiap tahap peringkat. Mereka diharap menjadi contoh tauladan bagi mereka yang bergiat di dalam menyebarkan dakwah keislam dengan berbagai cara dan peringkat.
Sebagaimana disebutkan Sambutan Maulid al-Rasul turut diadakan di Masjid al-Umm dan pada kali ini, iautu pada hari ini Khamis dan malam Juma`at  (14 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 22 November 2018) sambutan diadakan dengan lebih meriah, lantaran dengan sambutan ini setahun Masjid Al-Umm digunakan. Secara berbetulan bersamaan dengan sambutan ini Masjid Al-Umm mendapat kelulusan CCC, didaftar di JAIS dan mendapat kelulusan  dari MAIS kebenaran mendirikan solat Juma`at. Kesemua kelulusan ini diperolehi pada bulan Oktober 2018, termasuk mula mendirikan  solat Juma`at mulai Juma`at 12  Oktober 2018 yang lepas.
Sambutan kali ini depat diadakan dengan cara yang lebih meriah kerana pihak Adun Sungai Ramal YB Mazuan Johar menghadiahkan seekor lembu untuk jamuan disamping sponsor ahli panel forum pada malamnya. Program pada malam adalah lebih meriah, melalui rundingan peringkat akhir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato` Seri Mujahid Yusof sanggup datang untuk menyertai Majlis Sambutan Maulid Al-Rasul di Masjid Al-Umm. Ini adalah merupakan kali pertama seorang Menteri datang meyertai majlis di Masjid Al-Umm.
Jadi pada hari ini program  sambutan adalah seharian, bermula dari:
8.00   pagi melapah lembu dan kambing aqiqah
10.00  Memasak
1.30    Makan tengahari (sop)
2.00-400   Goyong royong menyiapkan tempat diDewan Konvensyen Masjid
7,15    Solat Maghrib
7.45    Solawat
8.00-9.30 forum & Solat Isya`
10.00   Ucapan Menteri dan Adun
10.30   Jamuan.
Jama`ah masjid dan orang ramai dijemput untuk sama memeriahkan majlis.
Sekian.

No comments:

Post a Comment