KAGUM DENGAN KECERDASAN TUN MAHATHIR DALAM
USIA LANJUT
(Fikrah Bangi: 50):
BBB, 29
Safar 1440H. = 07 November 2018M. (Rabu):
Penulis secara kebetulan kelmarin(Rabu 6 Nov.)
petang sekitar jam 3.00 - 4.00
berkesempatan mengikuti Seminar mengenai Pelaburan Di Malaysia di Jepun yang ucapan Utama yang ringkas dan
padat disampaikan oleh Tun Mahathir yang ke Jepun dalam rangka menerima
anugerah``Grand Order of the Orders`, iaitu anugerah tertinggi dari Maharaja Jepun
yang setakat ini Tun Mahathie adalah Negarawan
Ketiga menerima anugerah berkenaan dari Maharaja Jepun, iaitu selepas Lee Kuan
Yu dari Singapura dan Mohand Singh dari India.
Dalam ucapannya Tun Mahathir yang memang
diketahui telah lanjut usianya – 93 tahun (1925-2018),kelihatan masih cergas
mindanya di dalam menyampaikan ucapan dan lebih kagum lagi menjawab soalan-soalan para jemputan secara spontan dengan tepat dan
padat.
Tun Mahathir bercakap tentang perubahan
pemerintahan di Malaysia secara aman
setelah berlalunya 61 tahun pemerintahan yang lalu. Rakyat mau perubahan dan
kerajaan baru menurutnya, setelah
berleluasanya rasuah dan rosaknya jentera pentadbiran. Kerajaan lama membuat
pinjaman kepada jumlah yang membebankan
kerajaan baru untuk melunaskannya.
Beliau menyebut tentang kemasukan buruh dari luar
tanpa tapisan dan memasalahkan dari segi keamanan.
Ketika ditanya
mengenai polisi kemasukan pelabur
luar, beliau menyatakan , ``Kita mengalu-ngalukan kemasukan pelabur luar,
khususnya dari Jepun yang ingin melabur di Malaysia. Mereka memberi faedah
kepada Malaysia. Mereka boleh melabur dan mendapat keuntungan. Kita mendapat
26% dari keuntungan mereka. Ketika
ditanya berkenaan dengan pendidikan di Malaysia, katanya, ``Kita menggalakkan
pengajian di dalam bidang sains dan teknologi dan menggalakkan pelajar kita
belajar di luar negara, termasuklah di
Jepun untuk mendapat pengalaman dan teknologi baru. Menurut Tun Mahathir
Malaysia mengambil contoh dan pengalaman pendidikan di Jepun dari peringkat
tadika hinggalah ke peringkat teknikal dan universiti.
Ketika ditanya mengenai perang perdagangan
antara dua gergasi ekonomi dunia, iaitu Amerika dan Cina. Beliau berkata,
``Peperangan berkenaan tidak baik,`` bagaimanapun beliau berharap dari peperangan
itu, menyebabkan pelabur-pelabur mengalihkan pandangan mereka ke tempat-tempat
lain dan Malaysia berharap antara mereka datang ke Malaysia dan kita mengharapkan
kehadiran pelabur-pelabur termasuk dari Cina dan negara-negara yang lain.
Ketika ditanya, bagaimana kedudukan Asean dan
peranan Malaysia dalam hubungan dengan negara-negara serantau ini. Beliau
mengakui Asean adalah penting bagi Malaysia, Mereka adalah rakan terdekat dan
serantau yang seharusnya berusaha ke arah kemajuan dan kemakmuran bersama.
Walau bagaimana dilihat, hubungan Malaysia dan
Jepun, khususnya sebagaimana tercermin di dalam slogan ``Memandang ke Timur`` dan ``Wawasan
2020``, khususnya dalam era pertama pemerintahan Tun Mahathir (1987-2003)
adalah baik dan melonjakkan kemajuan
Malaysia, tetapi Malaysia janganlah menjadikan Jepun sebagai `Tuan` berterusan dan terus menagih bantuan. Sudah
tiba masanya Malaysia mencapai kedudukan yang sama rata antara Tun Mahathir
dengan Santero Abe Perdana Menteri Jepun. Malaysia seharusnya bersifat sebagai
Korea yang pada tahun 1960an-hingga 1970an adalah berkedudukan sama dengan
Malaysia dan kini mejadi negara yang maju dari segi teknologi, budaya dan sukan
dan kini jauh meninggalkan Malaysia.
Malaysia hendaklah mencari kekuatan dan
membina jati dirinya sendiri yang dirumus
dari sifat rakyat dan budaya yang multi-rasial. Malaysia seharusnya tidak
terusan menjadi pengikut dan pak turut. Malaysia harus melihat pada keadaan
sekelilingnya, iaitu Asean. Malaysia hendaklah bangkit bersama mereka dan kalau
boleh dilihat sebagai pemimpin di dalam Asean.
Sekian.
No comments:
Post a Comment