SOKONG TITAH ARAHAN SULTAN SELANGOR:
BAGAIMANA DENGAN DASAR NEGARA ?
(Fikrah Bangi: 63):
BBB, 13 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 21 November
2018M. (Rabu):
Titah Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor yang merupakan arahan tegas agar semua papantanda jalam dalam
dwi-bahasa - Melayu dan Cina agar diturunkan dengan kadar segera dan diganti dengan bahasa Melayu
adalah disokong sepenuhnya. Sepatutnya
ianya bukan sahaja di Shah Alam, bahkan di seluruh negeri Selangor, bahkan seharusnya
dikuatkuasa oleh kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Tindakan adalah
dilihat selari dengan dasar negara yang menerima bahawa bahasa rasmi dan
kebangsaan negara ialah bahasa Melayu
(Malaysia).
Arahan adalah merupakan sesuatu yang logik,
kerana jika dikatakan untuk membolehkan bagi yang tidak memahami bahasa rasmi dan
kebangsaan, maka dapat ditanya balik, bahawa bahasa ini dipelajari oleh semua
melalui pengajaran di sekolah sejak dari sekolah rendah, menengah dan di
pengajian tinggi,m aka hujah tidak memahami itu adalah tidak diterima sama
sekali. Seharusnya semua pihak menerima
dasar dan perlembagaan negara.
Kita mempersoalkan bagaimana kerajaan tempatan
seperti Shah Alam meluluskan polisi penggunaan dwi-bahasa pada papan-papan
tanda bagi Shah Alam tanpa menghiraukan polisi dan dasar negara. Mungkin di
dalam perbahasan di dalam Majlis Perbandaran Shah Alam ditimbulkan untuk
memberi gambaran terhadap, terutama pelancong-pelancong dari negeri Cina
terhadap sifat liberal dan keterbukaan pihak Majlis Perbandaran Shah Alam. Berapa
ramai sangatlah pelancong dari negeri Cina
ke Shah Alam ? Kalau berdasarkan hujah mau menarik pelancong, maka
bahasa-bahasa yang lain turut juga
mendapat hak diberi perhatian, umpamna
tulisan jawi bagi pelancung dari Asia
Barat. Demikian tulisan Jepun bagi pelancong dari jepun. Hujah-hujah sedemikian
adalah remah dan tidak patut menjadi faktor pertimbangan. Sesungguhnya dengan
papan tanda yang lebih dari satu bahasa memakan ruang dan tidak ekonomik dan
mengganggu pandangan yang sepatutnya ringkas dan jelas.
Kita lebih melihat papan tanda berbahasa
Kebangsaan dan Cina ini terhasil dari
desakan bagi menggunakannya bagi melaksanakan polisi liberal dan sama
rata di dalam masyarakat yang multirasial. Desakan dari pandangan ini
menyebabkan papantanda dwi bahasa ini diluluskan, tanpa mempertimbangkan dasar
bahasa Negara yang melihat dan mau memupuk
kesatuan masyarakat melalu penggunaan bahasa kebangsaan yang semua rakyat di negara ini mempelajari bahasa
Kebangsaan.
Apa yang dapat dipersoalkan, apakah ini
pertanda sebagai satu daripada tuntutan melalui `retifikasi Icerd` yang sedang
hangat diperkatakan kini ? Jika demikian ini merupakan permulaan tuntutan ke
arah yang lebih besar pada masa akan datang, bahawa atas nama persamaan
danpenghapusan diskriminasi, maka semua bahasa di negara ini berhak menjadi
bahasa rasmi, maka dasar pelajaran juga perlu dirubah bagi memenuhi hak dan
persamaan bahasa. Tuntutan sedemikian akan melarat kepada kedudukan agama
Islam, keistimewaan-keistimewaan yang diperuntukkan kepada bumiputra dan boleh
membawa kepada mempersoalkan tentang kedudukan raja-raja dan sebagainya.
Situasi seperti ini jika dibiarkan maka tujuan
bagi memupuk persatuan, identiti dan jati diri Malaysia tidak tercapai. Yang
akan terhasil ialah kekacauan, pertikaian dan hilang keamanan dan ketenteraman.
Manifestasi tuntutan persamaan bahasa adalah
merupakan tuntutan permulaan bagi seperti `ratifikasi ICERD`, jika dibiarkan
ianya akan meluas kepada bidang-bidang yang lain. Tindakan Tuanku Sultan Selangor
memadamkan elemen Icerd dari peringkat awal ini dapat menyekat dari berlakunya
tuntutan-tuntutan yang lain.
Kita berharap tindakan mempertahankan
kedudukan bahasa kebangsaan dan rasmi ini diambil perhatian dan tindakan oleh Kerajaan Pusat. Mutakhir ini
kita melihat Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai kehilangan fungsi dan lari dari tugas dan peranannya. Pihak Kementerian
Pendidikan sendiri sebagai tidak mempeduli tentang dasar memperkasakan bahasa
dan dibiarkan hanyut begitu sahaja.
Negara perlu jelas dengan dasar bahasa dan
perlaksanaannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment