TAHNIAH
YB AZMIN ALI
(Fikrah Bangi:
56),
BBB, 05
Rabi`ul- Awwal 1440H. = 13 November 2018M. (Selasa):
Sebelum ini
belum ada lagi perebutan jawatan
parti di dalam PKR sehebat yang berlaku kepada saudara Azmin Ali dengan saudara Rafizi Ramli bagi menrebut dan
mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR (bagi sdr. Azmin). Gelanggang yang
terbuka bagi pertandingan bermula dari 22 September 2018 itu kelihatan tegang
dan mendebarkan, lantaran antara keduanya kejar mengejar yang kadang-kadang mendahului dari jumlah undi
bagi saudara Rafizi, terutama bagi negeri-negeri di Pantai Timur dan ada kala
mendahuluinya saudara Azmin bagi negeri seperti di Selangor. Perlumbaann ini
menjadikan tegang, kerana sering menimbulkan kekecohan , bahkan kadang-kadang
pertentangan fizikal seperti yang
berlaku di negerei-negeri di Utara dan juga Pulau Pinang. Ketegangan ini oleh
kerana antaranya oleh sebab-sebab
teknikal. Umpamanya bagi pemilihan pimpinan PKR kali ini adalah dengan
menggunakan kaedah e-undi. Oleh kerana ini merupakan kali pertama penggunaan
media baru, maka tidak sunyi dari kesilapan dan kekeliruan. Antaranya ada
pengundian terpaksa dibatalkan dan terpaksa diadakan pengundian semula. Walau
bagaimana semuanya ini memperlihatkan bahawa PKR begitu mendapat sambutan di
kalangan rakyat dan menjadi ahli apa lagi mendapat peluang merebut jawatan bagi
berbagai-bagai kategori adalah peluang bagi menduduki kerusi-kerusi pimpinan.
Walau bagaimana dari satu segi ianya mempamerkan imej yang tidak baik yang mencerminkan
bahawa ahli-ahli di dalam PKR tidak berdisiplin. Mungkin dari satu segi
menjadikan setengah pihak hilang minat untuk menyertai parti itu. Satu yang
kurang baik bahawa ada pihak-pihak yang mengaitkan pimpinan tertinggi di dalam
parti itu sebagai berpihak. Perbuatan ini tidak wajar kerana ianya melibatkan
imej dan maruah kepimpinan.
Di dalam hal ini Dato` Seri Anwar Ibrahim
selaku Presiden PKR menyatakan, ``Saya tiada hak campur tangan pemilihan PKR.``
(BH, 12.11.2018: 37).
Kemuncak daripada perlumbaan kempen mendapat
undi sokongan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR, ialah pemilihan di
Sarawak, apabila dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri yang datang ke
kawasan pertandingan dan dikaitkan dengan kempen secara berpihak, walaupun
tuduhan itu dinafikan oleh Wan Azizah.
Walau bagaimana hingga ke tarikh 11 November
2018 keputusan pemilihan di Sarawak memperlihatkan Azmin mendapat keputusan
yang selesa. Berita Harian (12 November 2018: 16) melaporkan bahawa jumlah undi diraih calon-calon sebagaimana
berikut:
Azmin Ali 67,504
Rafizi Ramli
60,091
Jumlah ini berbeza sedikit dari apa yang
dilaporkan oleh (Star, 12 November 2018:
3). bahawa:
Azmin Ali 67,449
Rafizi Ramli 62,716
Walau bagaimana Sinar melaporkan pada halaman depannya bahawa
Azmin menang mengatasi Rafizi Ramli dengan majoriti 3,956.
Walaupun jumlah undi yang dilaporkan oleh berlainan
akhbar berbeza-beza, tetapi semuanya menunjukkan bahawa saudara Azmin Ali
mengatasi jumlah undi saudara Rafizi Ramli. Dengan itu menamatkan satu
ketegangan pemilihan di dalam parti itu. Diharap semua pihak kembali berdamai
dan bersatu. Diharap juga yang menang
tidak mendapat semua dan yang kalah tidak dinafikan segala-galanya darinya.
Tahniah kepada saudara Azmin Ali !
Sekian.
No comments:
Post a Comment