MENUNGGU PARA TAMU DAN FORUM MAULID AL-RASUL
(Fikrah Bangi:
66):
BBB, 16
Rabi`ul-Awwal 1440H. = 24 November 2018M. (Sabtu):
Majlis sambutan Maulid al-Rasul di Masjid
Al-Umm pada Khamis 22 November = 14 Rabi`ul-Awwal adalah bermula dari jam 6.30
petang. Mulai dari ini para tetamu dijangka tiba. Semua Jawatankuasa Pembinaan
dan Pengimarahan Masjid dan Jawatankuasa Sambutan Maulid dikehendaki berada di
masjid sejak jam 6.00 petang.
Tetami VVIP dan Adun Sungai Ramal dijangka
tiba jam 6.40 dan 6.45 petang. Tindakan yang perlu diambil berhubung dengan kehadiran
VVIP bertaraf menteri hendaklah dilapor kepada Balai Polis, tidak setakat
Bangi, tetapi Balai Polis Daerah, iaitu di Kajang bagi procedur keselamatan. Tamu yang awal tiuba ialah Tuan
Haji Syed Jamlush Shahariff bin Syed Mohd. yang akan membaca Al-Qur`an bagi
pembukaan majlis dan juga adiknya Sharifah Khasif Fadzilah bt. Mohd. yang akan
turut bersalawat dengan abangnya. Mereka diraikan di Bilik Tamu sebelum tiba
waktu maghrib. Mereka adalah di bawah tajaan Pejabat ADUN Sungai Ramal. Mereka
yang lain, termasuk ahli panel forum terus ke ruang solat utama menunggu waktu
Maghrib. Walau bagaimana tamu-tamu utama
tidak tiba hingga kami bersolat Maghrib dan selepas bersolat didapati YB Tuan
Haji Mazwan telah tiba dan berjama`ah maghrib. Penulis menjemput YB Mazwan ke
hadapan. Penulis dimaklumkan oleh YB Mazwan sambil menunjukkan mesej yang
diterima, bahawa YB Dato` Seri Mujahid bin Yusof Rawa, tidak dapat hadir,
kerana dia masih di Parlimen menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan
kementeriannya. Kami menerima makluman dan faham tentang kesebokan yang
dihadapi seorang Adun apa lagi meteri. Agenda yang melibatkan Menteri pun
sebenarnya sebagai tambahan terbaharu yang diikhtiarkan kemungkinan beliau
dapat hadir.
Selepas maghrib itu Majlis Maulid al-Rasul
bermula dengan pembacaan ayat-ayat-ayat Al-Qur`an oleh Tuan Syed Jamlush, walau bagaimana slot untuk
solawat, sebagai sambungan solawat dari sebelah petang oleh pasukan solawat
Masjid Al-Umm bertukar kepada bacaan
qasidah. Sharifah Khasif yang sepatutnya berada di belakang bersama
jama`h muslimat ke hadapan bersama abangnya berqasidah, di luar dari jadual dan
tidak menyenangkan kami. Jadual forum
sepatutmya bermula 7.40 malam tertunda sehingga selepas solat Isya`.Forum
adalah juga ditaja oleh pihak Adun Sungai Ramal dengan moderator dibawa bersama
dengan ahli panel. Mereka terdiri dari:
Ustaz
Azali Borhan – Moderator.
Usataz Uda Kasim, Ustaz Ghazali, dan Ustaz Ridhuan Abu Bakar.
Tajuk Forum ialah ` Menyantuni Umat Membawa
Rahmat`.
Menurut Ustaz Uda, maksud menyantun umat,
tidak lain dari Rasulullah yang diutuskan membawa Islam, khususnya Al-Qur`an.
Melalui Al-Qur`an umat disantuni dengan berbagai pengajaran . AL-Qur`an menjadi
sumber keislaman dan Rasulullah menjadi contoh tauladan.
Ustaz Ghazali melihat apa yang difahami dari sirah Rasulullah adalah menjadi
paduan umat terutama dari akhlak Baginda yang mulia yang menjadi uswah hasanah
bagi ummah. Rasulullah membawa nilai akhlak yang mulia. Baginda dipercayai
sejak sebelum dibangkit menjadi Rasul.
Ustaz Riduan membicarakan sifat diplomasi
Rasulullah s.a.w. yang memikat umat menerima Islam contoh semasa pembukaan Kota Makkah dan juga diplomasi Baginda dengan berbagai puak di dalam pembinaan
negara Islam Madinah.
Santunan Rasulullah terhadap ummah, menjadikan
Baginda sebagai uswah Hasanah dicontohi ummah sepanjang zaman.
Sekian.
No comments:
Post a Comment