November 20, 2018

MAULID AL-RASUL: SETAHUN PENGGUNAAN MASJID AL-UMM


MAULID AL-RASUL: SETAHUN PENGGUNAAN MASJID
(Fikrah Bangi: 62):
BBB, 12 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 20 November 2018M. (Selasa):
Kehadiran Maulid al-Rasul pada kali ini mempunyai significant bagi Masjid Al-Umm, kerana pada bulan Maulid al-Rasul 1439/2017 atau lebih tepat pada  Sabtu 27 Rabi`ul-Awwal 1439H. bersamaan dengan 16 Disember 2017, pertama kali Masjid Al-Umm mengadakan sambutan Maulid al-Rasul di Masjid Al-Umm, iaitu selepas dua hari mendapat CPC pada 14 Disember 2017, berikutan dari itu diadakan solat zohor dan terus solat waktu diadakan berikutnya secara berterusan. Sesungguhnya tidak ada perbincangan secara sengaja sebelumnya untuk mengadakan solat zohor dan solat waktu seterusnya, sebaliknya ianya diambil keputusan secara spontan, iaitu berikutan dari acara sambutan Maulid al-Rasul. Masa itu belum ada sejadah atau carpet secara rasmi di Masjid al-Umm, sebaliknya sejadah dan carpet yang suduh lusuh dibawa dari Surau al-Umm dan digunakan bagi solat-solat waktu seterusnya. Dengan didirikan solat Zohor dan solat-solat waktu seterusnya di Masjid Al-Umm, maka secara spontan solat-solat waktu mulai dihenti dari dilakukan di Surau Al-Umm. Selepas itu sebuah badan kebajikan dari Shah Alam diketuai oleh Ustazah Masni yang turut mengadakan beberapa kali gotong royong membersih masjid telah mewaqafkan sejumlah besar sajadah, Qur`an, rihal, peti wang, dan lain-lain kepada masjid yang digunakan hingga kini.
Kehadiran Maulid al-Rasul pada tahun ini (1440H./2018), kali ini memang dirancang, iaitu dengan mengadakan secara besar-besaran, kerana kehadiran Maulid al-Rasul pada tahun 1440.2018 memberi erti:
a)      Setahun Masjid Al-Umm digunakan
b)      Bersyukur kepada Allah kerana mendapat CCC pada  4 Oktober 2018.
c)       Bersyukur kerana Masjid Al-Umm didaftarkan di JAIS-MAIS pada 10 Oktober 2018.
d)      Bersyukur kerana pada 11 Oktober pihak MAIS mengadakan penyerahan secara simbolik  Masjid yang diterima dari pihak kontrektor  dan menyerahkannya kepada Pengerusi yang mewakili Jawatankuasa Pembinaan dan pengimarahan Masjid Al-Umm.
e)      Bersyukur kerana pada keesokan harinya, iaitu  Juma`at 12 Oktober 2018=03 Safar 1440 solat Juma`at pertama mulai didirikan di Masjid Al-Umm.
Sempena Maulid al-Rasul pada tahun 1440H./2018 ini, maka pihak Jawatankuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm telah membincangkan aginda menyambut Maulid al-Rasul di Masjid Al-Umm di dalam mesyuarat bulanannya sejak bulan Ogos 2018 dan minit berkenaannya terus dibincang dan diperhalusi sehingga bulan November, bahkan sebuah Jawatankuasa ditubuh dan  mengadakan dua kali mesyuarat Jawatankuasa Khas menyamut Maulid al-Rasul.  Adalah dicadangkan pada mulanya untuk sambutan ini diadakah pada  Sabtu 16 Rabi`ul-Awwal 1440H. bersamaan 24 November 2018, iaitu dengan mengadakan Forum Maulid al-Rasul dan sempena dengan itu seekor lembu akan disembelih untuk jamuan bagi sambutan.
Sedang kami mencari penyumbang atau sponsor bagi Sambutan Maulid ini, pihak Adun Sungai Ramal menawarkan peruntukan seekor lembu dan biayai untul empat orang bagi forum Maulid al-Rasul, dengfan syarat tarikh sambutan diubah dari  24 November  kepada 22 November, iaitu pada hari Khamis malam Juma`at, kerana pada tarikh ini pihak Adun mempunyai masa. Cadangan tukar tarikh itu diterima oleh pihak Jawatanmkuasa Pembinaan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm.
Mutakhir pihak Jawatankuasa telah menempah seekor lembu dengan tambahan seekor kambing dari pihak yang mengadakan akikah. Penyembelihan akan dilakukan di rumah sembelih di Pekan Bangi dan dibawa ke masjid pada pagi 22 November itu untuk dilapah dan gotong royong memasak untuk jamuan pada malamnya.
Orang ramai adalah dijemput menyertai  gotong  royong dan sambutan.
Sekian.

1 comment:

  1. Program Maulidur Rasul pd 22 Nov ni sebenarnya suatu program ADUN Sg Ramal yg dibuat di Masjid Al Umm? Keliru sikit statusnya...

    ReplyDelete