PKR MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG CERAH
(Fikrah Bangi: 61):
BBB, 10
Jamadil-Awwal 1440H. = 18 November 2018M. (Ahad):
Kini, beberapa hari ke hujung minggu hari ini
PKR mengadakan Persidangan Agungnya kali ke 13 bertempat di Shah Alam. Ianya
puncak dari pemilihan pimpinan diadakan sejak 22 September 2018 yang lepas.
Mesyuarat Agung kali ini mempunyai significant yang tersendiri, kerana,
a) Dengan Mesyuarat
Agung ini Wan Azizah Penyandang Presiden PKR meyerahkan jawatan Presiden kepada
Dato` Seri Anwar Ibrahim yang telah dipilih sebulat suara sebelumnya.
b) Anwar merupakan Presiden yang Kedua yang sebelumnya sebagai Ketua Umum’
c) Saudara Azmin Ali berganding dengan Anwar Ibrahim
mengendalikan kepimpinan PKR’
Sesugguhnya PKR kini berada pada situasi yang
mantap sejak penubuhannya 4 April 1999 dan akan menuju kepada lebih mantap.
Kini PKR adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak di dalam PH, ianya mempunyai 50 kerusi dari 113 kerusi
(angka ini bertambah dengan kemasukan ahli parlimen yang melompat parti),
berbanding dengan Dap yang mempunyai 42 kerusi, sedangkan BP Bersatu hanya 15
kerusi. Ertinya saudara Anwar mempunyai peluang menjadi Perdana Menteri, tanpa
ihsan dari mana-mana pihak , tetapi dengan majoriti kerusi PKR.
Kekuatan PKR kerana kekukuhanya dari segi
sejarah pembentukannya dan sifat parti
itu sendiri, jika Umno mempunyai kegemilangan sejarah sebagai parti yang
berjuang dan menghasilkan kemerdekaan, maka PKR adalah parti yang mendapat
simpati dan pembelaan dari rakyat terhadap Anwar yang dianggap teranyaya akibat dari fitnah yang dihadap terhadapnya.
Mata lebam akibat dipukul menjadi lambang bendera PKR dan simbol PKR, bahkan
menjadi simbol bagi PH di dalam pilihanraya ke 14 yang lepas. Penubuhan PKR
pada 4 April 1999 di Hotel Rennaissance,
Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Wan Azizah, sedangkan Anwar di dalam penjara
mendapat simpati yang tinggi dari rakyat. Penubuhan PKR ialah kerana membela yang teraniya dan menuntut keadilan.
Bayangkan kesiksaan yang dialami oleh
Anwar dan keluarganya lebih dari dua dekad. Semuanya menjadi azimat bagi
perjuangan keluarganya dan rakyat yang
mendukung dan membelanya.
Significant seterusnya, bahawa PKR adalah
parti yang tidak dinisbahkan kepada kaum seperti Umno bagi Melayu, MCA bagi Cina dan MIC bagi India. PKR adalah parti yang
berjuang bagi menegakkan keadilan bagi semua kaum tanpa mengira agama dan
budaya, agama dan batas-batas yang lain. Dan sememangnya parti itu dianggotai
dan dipimpin oleh berbagai-bagai kaum. Kemenangan yang dicapai dalam Pilihanraya ke 14 juga mencerminkan
kepelbagaian kaum. Pendek kata parti ini parti yang bersifat multi-rasial
dan wakil-wakil rakyat yang dipilij
adalah bersifat multi-rasial.
PKR adalah merupakan parti yang paling popular
di kalangan rakyat di negara ini, lantaran itu ia menjadi rebutan dari kalangan
rakyat untuk menjadi ahli parti itu,
bahkan unyo mendapat peluang menjadi pemimpin
melalui PKR. Melalui pemilihan pimpinan dari peringkat akar umbi,
berlaku kekecohan, bahkan pertentangan fizikal hingga berlaku report polis.
Peristiwa-peristiwa ini menunjukkan bahawa PKR begitu popular di kalangan
rakyat, tetapi dari satu segi, mungkin yang tidak faham dengan sirah dan persejarah parti itu bertindak di
luar dari batas-batas akhlak. Sememangnya dilihat bahawa keahlian parti ini
kurang ditarbiah dengan nilai-nilai
akhlak sebagaimana berlaku di dalam mesyuarat Agung Pas misalnya,. Perkara ini
jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa perpecahan di dalam PKR.
Walau bagaimana kita percaya melalui Mesyuarat
Agung ke 14 dan dengan kepimpinan yang baru, PKR akan terus bergerak maju an
mejai dan menjadi kepimpinan utama di
dalam pemerintahan.
Sesungguhnya PKR mempunyai masa depan yang
cerah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment