SERANGAN FIKIRAN: CABARAN DAN JAWAPAN
(Fikrah Bangi: 58),
BBB, 07
R.Awwal 1440H. = 15 November 2018M. (Khamis):
Musuh-musuh Islam secara berjadual terus menyerang umat Islam, termasuk orang Melayu
yang beragama Islam yang merupakan
majoriti penduduk negara Malaysia ini. Tujuan serangan tidak lain dari
melemahkan kedudukan Islam dan Melayu dan membolehkan musuh berkenaan menguasai
mereka.
DYMM Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Negeri Selangor yang merupakan
Ketua Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Selangor ketika melancarkan buku `Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor, di
Shah Alam semalam mengingatkam tentang bahaya
Liberalisme dan Pluralisme terhadap umat Islam-Melayu.
Baginda
dukacita dan menempelak, bahawa antara yang mendukung liberalisme ini
adalah pemimpin-pemimpin Islam sendiri. (Sinar, 14 November 2018: 1).
Faham liberalisme dan pluralisme kini
dilanjutkan kepada ICERD yang mau mempraktikkan kebebasan dan keadilan bagi
semua tanpa memikirkan kesesuaian dan implikasi dari apa yang dituntut yang
kedengaran indah dari segi sebutan dan tidak melihat dari segi implikasinya.
Kebebasan dan keadilan bukan bererti memberi hak secara sama kepada semua yang
boleh membawa kekacauan dari segi nilai dan peraturan. Sebagai contoh mau
kebebasan dari segi gender – misalnya menuntut diliberalkan dari segi
perkahwinan sejenis, jika dihalalkan dari segi perundangan boleh membawa porak
peranda kepada kehidupan kerana melanggar hukum tabi1i yang telah ditentukan
oleh agama dan adat budaya. Begitu juga konsep pluralisme yang menuntut
kebebasan untuk menganut agama dan bebas untuk berkahwin tanpa menghiraukan aturan
agama juga membawa kepada kekacauan dari segi hidup berkeluarga. Demikian dari
segi ICERD yang mau menghapuskan kedudukan dan pengenalan kaum, bahkan agama
dan melihat semua adalah sama rata dari
hak dan kedudukan. Dalam konteks di Malaysia ianya merupakan penghapusan
dari segi rupabangsa dan kedudukan dan semua adalah bertaraf sama. Ini bererti
menolak `Ketuanan` hak kaum ,misalnya Melayu dan kedudukan agama Islam, bahkan
menolak Perlembagaan Negara ini yang diterima dan dipraktikkan selama ini.
Dalam erti kata lain Perlembagaan Negara akan diubah menurut kesesuaian
sebagaimana dituntut oleh liberalisme, pliuralisme dan tuntutan ICERD itu
sendiri.
Apa yang didefinasikan tentang keadilan
sebagai persamaan adalah tidak tepat. Keadilan ialah meletak sesuatu pada
tempatnya, Sebagai contoh kepada anggota tubuh badan kita, tiap anggota ada peranan dan haknya. Peranan dan tugas
kaki ialah berjalan. Dia sepatutnya tidak mengambil peranan tangan dan
sebagainya, jika sedemikian merosakkan kedudukan. Demikianlah perbandingan.
Dalam keluarga ada hak dan keadiklan. Ayah sebagai ketua keluarga dan mengambil
perana menjaga nafkah dan keperluan keluarga, demikian ibu ada peranan di dalam
keluarga demikian juga dengan anak. Keadaan sedemikian dapat dikiaskan.
Misalnya adil bagi perkahwinan adalah berlaku antara seorang lelaki dengan
perempuan yang dapat meneruskan tabi` kehidupan dan meneruskan zuriat
keturunan. Di dalam kehidupan yang bersifat plural dan multirasial di negara kita misalnya ada
pemimpin yang ditentu dan dipilih yang
seharusnya dipatuhi. Adalah kacau dan huruhara jika semua berpendapat semua
layak jadi pemimpin dan mengambilalih kuasa yang dia bukan pada tempatnya,.
Keadilan meskipun kepada yang berpegang kepada
liberalisme, pluralismem bahkan ICERD hendaklah patuh pada peraturan yang
ditentukan. Alam mempunyai peraturan ada malam dan siang yang perlu patuh pada
peraturan dan jika dilanggar akan binasa. Diri juga ada aturan tabi`i yang
ditentukan. Diri perlu makan, minum, tidur bangun dan sebagainya jika dilanggar,
maka akan berlaku kerosakan, Demikianlah dengan kehidupan bermasyarakat ada
ketua dan pemimpin, ada kalangan pekerja, pegawai, peniaga, pengusaha, buruh,
petani dan nelayan. Keadilan bahawa masing-masing menjalankan fungsi
masing-masing dan mendapat hak masing-masing, jika tidak akan berlaku
kekacauan.
Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada
tempatnya dan sesuatu itu hendaklah menjalankan peranannya menurut fitrah dan
peranan yang ditentukan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment