SETENGAH TAHUN PH, WAJAH DAN WATAK MAKIN KELIHATAN
(Fikrah Bangi: 46):
BBB, 25 Safar 1440H. = 03 November 2018M.
(Sabtu):
Tempoh antara kemenangan Pakatan Harapan (PH)
dari 9 Mei 2018 hingga pembentangan
baget pertamanya kelmarin (2 November 2018) adalah merupakan setengah tahun
umur PH. Walaupun tempoh ini relatifnya
adalah pendek, tetapi setengah tahun sudah cukup bagi melihat wajah dan watak
PH yang terbina dalam tempoh tersebut. Ia merupakan satu persepulh dari tempoh
sepenggal pemerintahan bagi PH.
Setengah tahun memperlihatkan imej PH
bercampur-campur. Yang pasti kejutan
yang dialami kerajaan itu kerana kemenangan di luar jangka sudah menghilang dankejutan
rakyat yang mengharap, nampaknya masih belum ke mana. Melihat secara makro
kerajaan dilihat terpalit dengan hutang yang banyak akibat digembar-gemburkan
hutang terkumpul sebanyak satu trilion
itu. Sebagai lojiknya kerajaan perlu berjimat dan rakyat tidak boleh
mengharapkan kemewahan dan terpaksa sama berjimat. Kerajaan berusaha
memperbaiki kedudukan melalui pembentangan bajet pertama kali bagi kerajaan PH.
Beban rakyat dengan kenaikan kos sara hidup tidak semakin ringan, bahkan
dirisaukan lagi dengan SST dan `Cukai
Baru`. Usaha kerajaan PH membersih iklim negara dari imej rasuah adalah baik, tetapi
suasana negara berterusan dengan
imej `SPRM, Tindakan Mahkamah dan
Undang-undang`, diijangka isu ini tidak berakhir dengan berakhirnya penggal
pemerintahan PH, tetapi terus menjadi bayang dan imej PH.
Kesebokan PH dengan pembersihan dan beban
hutang yang diwar-warkan, kelihatan PH tidak mempunyai peluang menampilkan
apakah Falsafah, dasar dan arah pemerintahan negara yang mau dibawa. Ini jauh
berbeza dari era pertama pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang dinamik dan kaya
dengan idea pembaharuan seperti kelihatan dalam slogan `Pandang Ke Timur, Malaysia
Boleh dan kejayaan pembangunan fizikal yang banyak. Kini dinamika itu tidak
kelihatan. Istilah `Tiger Asia` yang cuba dikibarkan sebenarnya tidak asli, kerana
imej ini diharap terbina dari `pasukan
bola sepak remaja negara itu kini dipinjam kepada aspek ekonomi.
Apa yang diungkapkan sebagai `Malaysia Baru`
lebih kepada ungkapan dan rhetorik semata-mata. Dilihat kepada imej
pemerintahan sebenarnya lebih kembali kepada imej BN yang sebenarnya adalah
`Ibu Kandung ` bagi PH yang mau ditiadakan itu. Setengah tahun pemerintahan PH
makin jelas dari segi wajah dan perwatakan yang kebanyakannya mirip kepada
wajah ibu kandung – BN.
Dalam setengah tahun YB-YB Wakil Rakyat PH telah dapat mencapai
hasrat dan berstatus sosial yang tinggi di dalam masyarakat dengan
pendapatan antara RM60,00 hingga lebih
RM100,000 secara bulanan (Star, 2 November, 2018: 1). Jumlah ini jauh tingginya
berbanding dengan nelayan, petani dan buruh yang merintih sepanjang dengan
kenaikan harga barang dan ketinggian taraf hidup. Manakala bagi setengah YB-YB
pula belum setengah tahun dikira `Orang Berjasa` yang sudah layak dikurniai
bintang-bintang dan darjah kebesaran. Inilah
ganjaran bila menjadi Wakil Rakyat, tetapi harap tidak lupakan rakyat !. Dalam hal ini kita menghormati Wakil-Wakil
Rakyat DAP dan sebahagian dari Pas yang lebih sabar dan
tidak terkejar-kejar dengan kurniaan dan ganjaran.
Melihat kepada imej Wakil Rakyat di dalam keghairahan memberi pendapat ada yang
tergelincir membuat kenyataan yang
melukakan bangsa dan budayanya. Manakala ada yang mebuat kenyataan berulang
mencerminkan ketidakmatangan. Setengah mereka tidak mampu memperlihatkan approach
yang bertolak dari prinsip, dasar secara
kulli, sebaliknya menyentuh soal ranting dan remeh, akibatnya memasalahkan
kerana tiada dasar, prinsip asas dan falsafah, hingga menyebabkan sukar dan bercelaru, tiada perkembalian kepada
dasar. Keadaan ini berlaku oleh kerana PH sebagai komponan parti yang
memerintah masih belum mempersatukan arah, matlamat, falsafah yang menjadi visi
dan misi pemerintahan.
Dari perkembangan mutakhir memperlihatkan
perlumbaan PH bukan saja berlaku dengan parti musuh dan lawan, tetapi sesama
parti di dalam PH. Keadaan nampaknya lebih teruk dari BN. PKR memperlihatkan
imej perbalahan dan pertikaian yang teruk di dalam memilih pemimpin yang bakal memiliki kuasa
pemerintahan. Kelihatan parti ini lemah dari segi disiplin. Bumiputra Bersatu
menyedari kerusinya tidak sebanyak PKR, cuba mengukuhkan kedudukan dengan mendapatkan
kerusi dari wakil-wakil BN bagi mengimbangi PKR dan berusaha mendapat keahlian dikatakan hingga
sejumlah 500,000 orang. Usaha bagi mendapat jumlah sedemikian juga dilakukan
oleh Amanah. Perlumbaan dalaman ini tentulah bagi mengkuhkan kedudukan yang
bererti kekuasaan, jika tidak terkendali
boleh membawa konflik dalaman, walaupun kini belum ada pertanda perpecahan.
Dari wajah, imej dan watak terbina selama
setengah tahun ini, PH tidaklah boleh dikatakan sebuah parti yang benar-benar
kukuh dan utuh, jika tiada usaha memperkukuhkan kedudukan, maka ianya boleh
dicabar oleh BN dan komponan atau parti-parti yang lain jika ada kekuatan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment