MEMBENTUK
JATIDIRI DAN IDENTITI NEGARA: PERTAHAN DAN OLAH PERLEMBAGAAN
(Fikrah Bangi: 59),
BBB, 8
Rabi`ul-Awwal 1440H. = 16 November 2018M. (Juma`at):
Negara dan warga negara (rakyat), tidak akan
henti-henti diserang oleh berbagai-bagai
`Serangan Fikiran` sama ada dari luar dan dari dalam. Semuanya adalah
tawaran dan ujian yang sebenarnya, walaupun luarannya kelihatan perfect, tetapi
tidak sempurna dari segi amalan. Amerika yang dapat dianggap sebagai juara yang
kononnya menjuarai demokrasi, tidak mencermin sifat demokrasinya, sebalik
bangkit sebagai kapitalis terbesar dan polis dunia. Negara komunis seperti
Cina, tidak berjaya mengamalkan konsep `Comunenya, sebaliknya wajahnya berubah selepas Mou Tzi Tong dan kini
memperlihatkan belangnya, ianya juga kini makin memperlihatkan sifat kapitalis
komunisnya yang sekarang sedang berperang dengan Amerika dari segi pengusaan
ekonomi dunia. Jepun sebenarnya makin kecil di antara kedua pertarungan ini.
Kuasa-kuasa besar seperti ini tidak saja menayangkan kekuasaan ekonomi, tetapi
pengaruh yang meminta kita berada di
bayah kemegahan mereka. Kita tidak sepatutnya
`disedut` atau sengaja membiarkan diri berada di bawah mana-mana
pengaruh. Kita sepatutnya bangkit dengan membentuk ` Jatidiri dan identiti Negara
sendiri. Kita tidak seharusnya merendah diri dan berkiblat ke mana-mana pihak.
Kita perlu menyedari kelemahan, memperbaiki dan membina kekuatan dengan jati
diri dan identiti sendiri. Kita jangan terpesona dengan ideologi dan falsafah
yang muluk-muluk yang dipamer di pasaran terbuka dan kita terpengaruh dengan
fatamorgananya yang merupakan sampah dari kesongsangan ideologi berkenaan
seperti liberalisme, pluralisme, persamaan agama dan kebebasan beragama,
perkahwinan sejenis dan mutakhir ratifikasi ICERD. Ini adalah ujian mutakhir
bagi menguji ketahanan jatidiri dan identiti negara yang terbina sejak
kemerdekaan. Ini ialah kerana pihak yang membawa masuk `ICERD` ini, melihat
bahawa ketika jatidiri dan identiti yang selama ini terbina sedang tercabar
hebat, maka inilah peluang yang seharusnya diambil kesempatan.
Kita melihat ketika serangan fikiran ini
diajukan, sememangnya tiada lagi pertahanan dari kekuasaan utama cuba
memadamkan sekaligus dengan kekuasaan yang ada, sebaliknya yang mempertahankan
ialah dari `akar umbi` masyarakat, tetapi tetap mendapat sokongan rakyat. Dan
ketika melihat `akar umbi` ini dapat menggemblengkan pendapat banyak yang sukar
dilenyapkan, maka barulah pihak establishment baru yang baru mendapat kuasa ini
melahirkan pendapat kononnya berdiri bersama rakyat menentang `serangan
fikiran` yang sebenarnya berhasrat mau mencabar perlembagaan negara yang
menjadi panduan dan pegangan di dalam pemerintahan dan kehidupan masyarakat
selama ini.
Di dalam keadaan sekarang bagi rakyat Malaysia
yang cintakan negara dan bangsa Malaysia, bagi mempertahan dan membina
jatidiri dan identiti negara hendaklah
mempertahankanPerlembagaan Malaysia. Maksud mempertahan ini, bukan setakat
semata-mata mempertahan, tetapi memahaminya melalui pengolahan pakar-pakar
perundangan yang berhubung dengan perlembagaan Malaysia. Ianya hendaklah
disebarluaskan bagi kefahaman bagi semua pihak baik dari kalangan pemerintah
dari setinggi-tingginya membawa kepada orang-orang politik,
pentadbir-pentadbir, pegawai-pegawai kerajaan, tokoh-tokoh koporat, kalangan
swasta, para `ulama`, pendndidik dari peringkat tertinggi dari
universiti-universiti, kolej hingga ke peringkat sekolah, bahkan ianya boleh di
bawa ke masjid-masjid, surau-surau dan tempat-tempat ibadat yang lain, di samping membandingkan pada pengajian
masjid-surau konsep pemerintahan yang
diutarakan di dalam seperti Al-Ahkam al-Sultaniyyah oleh Al-Mawardi,
Al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun dan Fiqh al-Siyasiyyah oleh Al-Qaradhawi.
Perlembagaan Malaysia bukan setakat memahami
kandungan semata-mata, tetapi darinya hendaklah dikembangkan bagi membina
tamadun dan peradaban yang menjadi jatidiri dan identiti negara. Ianya dapat
diolah ke dalam bidang pendidikan, politik pemerintahan, perusahaandan di dalam
berbagai bidang ekonomi dan perniagaan, teknologi, beragama, nilai akhlak dan
keperibadian. Kelemahan kita selama ini dari bangkit adalah kelemahan kita sendiri.
Jika jepun dapat bangkit hanya dalam dua dekat selepas keruntuhan, mengapa kita
tidak bangkit berdekad-dekat selepas kemerdekaan ?
Kita perlu bangkit menurut acuan dan
keperibadian sendiri. Kita jangan bersifat peniru dan taqlid buta, kita
hendaklah bangkit dengan jatidiri dan
identiti sendiri. Kita tidak terlewat untuk bangkit.
Sekian.
No comments:
Post a Comment