YANG DILUPA, TERPINGGIR DAN BERMASALAH
(Fikrah Bangi: 49),
BBB, 28 Safar 1440H. = 06 November 2018M.
(Selasa):
Dalam usaha PH untuk mengemukakan Belanjawan
pertamanya sebaik mungkin, ketara banyak kekurangan yang berlaku. Sebagaimana
kata Najib Tun Razak, Mantan Perdana
Menteri, ``Belanjawan 2019 tidak merangsangkan pertumbuhan ekonomi.`` (BH,
3.11.2018: 19). Dan kata Dato` Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO, ``Bahawa tiada
significant dari Belanjawan 2019 dan tidak memberi perhatian pada petani dan
nelayan.`` (BH, 3 November 2018: 19).
Dalam hal ini kata Tun Mahathir, ``Untuk tunai
janji tidaklah mudah.` (UM, 5.11.2018: 3).
PH yang mau membawa nilai progresif dan
pragmatik ini tidak terserlah dalam Belanjawan yang nampaknya bersifat konservatif,
hingga nasib terutama nelayan terabai, bahkan dianggap lalai dan lupa. Ini
terbukti dari pengakuan yang dibuat oleh Mohd Faiz Fadzil Pengerusi LKIM yang
mengaku, tiada peruntukan di dalam Belanjawan 2019 untuk nelayan. Menurutnya,
beliau akan berunding dengan Menteri Pertanian, Dato` Salahuddin Ayob,
bagaimana boleh diperuntukkan sebahagian
dari peruntukan pertanian kepada nelayan (Berita TV `1, 5.00 petang, 5.11.2018).
Kelalaian juga berlaku terhadap peruntukan
subsidi petrol Ron95, 30 sen seliter dengan menghad 100 liter bagi pemilik
kereta 1,500 cc. Persoalannya bagaimanakah mekanisme bagi pelaksanaan subsidi
ini. Dato` Zainuddin Hamzah Menteri yang mengatur harga minyak secara mingguan
pada masa pemerintahan BN berpendapat ianya sukar dilaksana. Banyak masalah
akan timbul. Misalnya, minyak yang dibeli dengan kereta dibawah 1,500 cc dapat
dikeluarkan kepada yang lebih dari 1,500 cc. Tiada siapa dapat mengawal bagi
yang membeli minyak harga murah itu akan dijual secara pasaran gelap. Jika
diwajib menggunakan kad, maka kad boleh diselewengkan dan tiada cara mencegah dari
dijual minyak yang di bawah harga biasa itu dan macam-macam penipuan boleh
berlaku. Yang nyata, tawaran subsidi
dibuat, tanpa memikirkan kaedah perlaksanaan hingga pihak berkuasa meminta masa
untuk memikirkan kaedah yang bersesuaian. Ini bererti apa yang dilakukan adalah
secara tergesa-gesa, tanpa menyediakan mekanisme bagi melaksanakannya.
Dari satu pihak, di samping yang dilupa,
terdapat pihak yang terpinggir.
Menurut Dato` Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, `` Tiada satu agenda pembangunan yang ketara bagi
negeri-negeri Pantai Timur. (BH, 3 November 2018: 19). Beliau berharap
keterpinggiran yang berlaku bukan dari agenda politik, oleh kerana
negeri-negeri di Pantai Timur - Pahang,
Terengganu dan Kelantan bukan di bawah pemerintahan PH. Beliau berharap akan
ada pendekatan yang dapat dibuat
bagaimana negeri-negeri berkenaan mendapat hak dari segi pembangunan.
Datin Seri Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri
di dalam Berita TV 1, ketika melawat Kelantan dalam rangka meninjau usahawan wanita di sana (5.11.2018),
menyedari tentang diskriminasi terhadap Kelantan dan sebagai mengurangkan rasa
bersalah dia mengatakan, ``Bahawa kerajaan Pusat tidak mengabaikan Kelantan``,
tetapi jika benar, mengapa kekesalan diperkatakan ? Hakikatnmya negeri-negeri
Pantai Timur sememangnya didiskriminasikan. Misalnya menarik balik projek
keretapi laju ke Pantai Timur dikatakan menyelamatkan
peruntukan berbilion ringgit bagi Kerajaan Pusat, biarpun dengan projek itu
sebenarnya merancakkan pembangunan di Pantai Timur , memudahkan lalulintas dan
menguntungkan kerajaan dalam jangka panjang.
Satu masalah besar yang dihadapi kerajaan
ialah kekurangan dana. Penghapusan GST secara semerta menghilangkan pendapatan
sebanyak RM20 bilion, cukai ganti GST
kepada SST tidak dapat memenuhi keperluan sehingga terpaksa diperkenalkan cukai
baru yang tidak begitu jelas perlaksanaannya.
Ini menyebabkan beberapa janji terpaksa tidak dilaksanakan. Contoh penghapusan
tol tidak jadi ditiadakan, Cuma dibekukan kenaikan bagi tahun 2019, begitu juga
dengan penangguhan bayaran PTPTN tidak
jadi dan pembayaran hendaklah diteruskan dan banyak projek dibatalkan.
Apakah Belanjawan 2019, ibarat kata pepatah.
``Indah khabar dari rupa ?``
Sekian.
No comments:
Post a Comment