PAS TIDAK SABAR ?
(Fikrah Bangi: 57),
BBB, 6 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 14 November 2018
(Rabu):
Beberapa hari lepas, selepas solat `Asar, tiba-tiba di luar ruang
solat Penulis bersua dengan seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.
Penulis bertanya, ``Mengapa tiba-tiba berada di sini ?` Katanya, ``Sengaja
datang kerana mau bersolat dan melihat masjid yang indah ini.`` Beliau yang
ditemani isterinya, berjabat tangan dan dengan spontan memeluk Penulis dan
katanya, `` Luas ruang masjid`, `` Katanya, ``Ini pertama kali datang ke masjid ini.`` Ia
bertanya, ``Berapa ramai jama`ah dapat muat ?`` Jawabku, ``Lebih dari tiga
ribu.`` Penulis memaklumkan kepadanya masjid adalah tiga tingkat. Aras utama di
mana kami berada, aras satu bahagian atas dan aras bawah tanah. Penulis maklumkan
kepadanya yang masjid dibina berorientasikan ibadat dan ilmu; selain dari aras
utama dijadikan ruang ibadat dan pengajaran secara terbuka. Pada sebelah atas
kita mempunyai dua bilik seminar dan dua bilik kuliah. Sebuah perpustakaan dan
bilik IT. Manakala pada aras bawah tanah Dewan Konvensyen bagi persidangan yang lebih ramai yang dapat
menuatkan peserta hingga 500 orang,
Ianya dapat digunakan bagi berbagai fungsi seperti majlis perkahwinan, jamuan
dan sebagainya.
Penulis mengalihkan pertanyaan, berhubung
dengan kegiatannya, selain dari tugas rasminya sebagai Pegawai Petronas yang
sering berulang alik ke selatan. Beliau yang dulu seorang ketua cawangan semasa
Penulis menjadi Adun memaklumkan, kini
beliau lebih menumpukan pada kegiatan NGO, sambil menyatakan kekesalannya,
Menurutnya,
``Apa yang kita bina dulu, mewujudkan hubungan
baik antara kaum dan mereka memberi sokongan padu, khususnya dalam pilihanraya
ke 12 dan 13 dan mengukuhkan Pas dan diterima baik oleh semua kaum hasil dari
kerjasaama yang diasaskan oleh Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Dato` Nik `Aziz
nampaknya tersekat.
Menurutnya, ``Pas tidak sabar ``, menurutnya jika Pas
toleransi dan kerjasama dengan berbagai kaum dan sabar hingga ke pilihanraya ke
14, maka Pas bukan saja bertapak di
Kelantan dan Terengganu, tetapi meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri di
Pantai Barat dan di tengah kepelbagaian kaum.
Menurutnya untuk membina kembali apa yang
telah dibina oleh Dato` Faszil Nor dan Tuan Guru Dato` Nik `Aziz` adalah sukar
dan memakan masa yang lama dan mesti bermula dari awal kembali.
Beliau menyatakan kebimbangannya, ``Dalam
keadaan sekarang, Pas mempunyai ruang kapasiti di kalangan orang Melayu sahaja.
Dalam keadaan sekarang, belum tentu dapat mempertahan kan apa yang dimenangi,
kerana pihak lawan makin agresif. Peluang yang ada ialah meluaskan pengaruh
atau menguasai Kedah dan menambah keupayaan di kawasan-kawasan Melayu di beberapa
negeri yang lain.Itu adalah tahap maksimum yang mungkin dapat dicapai oleh Pas,
tetapi kemungkinan kehilangan apa yang dikuasai mungkin terjadi, jika tidak ada
alternatif yang dapat ditawarkan kepada masyarakat, khususnya orang Melayu.
Menurutnya Pas tidak boleh mengharapkan kepada
Umno, parti yang begitu bermasalah Umno tidak dapat mengukuhkan Pas, bahkan
menjadi sebaliknya.
Menurutnya Pas tidak boleh bersifat mengasingkan
diri jika mau meluaskan dakwah dan pengaruh di luar dari zon Melayu. Kalangan
ulama yang menjadi teras Pas perlu kepada kalangan intelektual dan professional
sebagaimana pendekatan yang dibina mulai dari
akhir 1990an hingga 2015 (Dato`
Nik `Aziz meninggal (12 Februari 2015).
Sahabat itu berpendapat dan juga Penulis
setuju, bagi kepentingan dakwah dan perluasan pengaruh politik Pas mesti mencari teman
politik yang bukan terhad kepada Melayu, tetapi bersifat multi rasial. Tanpa
pendekatan sedemikian Pas akan pasang surut hanya di negeri-negeriMelayu yang
majoriti umat Islam dan sukar melebarkan pengaruhnya ke luar dari batas
tersebut.
Dalam keadaan sekarang, walaupun Pas berkuasa
di dua buah negeri, kemampuan untuk berkembang amat terhad dan tidak mustahil
kehilangan dari apa yang dicapai. Situasi yang dihadapi Pas di dalam
pilihanraya ke 14, ibarat kata pepatah,
``Untung sekarung, rugi seguni !``.
Pas jangan mengasingkan diri, tetapi harus
bersama masyarakat multi-rasial, di sana lebih peluang untuk dakwah dan sama menguasai politik !.
Sekian.`
No comments:
Post a Comment