BELANJAWAN
PERTAMA PH SECARA BERHATI-HATI
(Fikrah Bangi: 47)
BBB, 26 Safar 1440H. = 04 November 2018M,.
(Ahad):
Belanjawan Kerajaan PH yang dibentang di
Parlimen bagi kali pertam (2.11.2018) sejak memerintah (10.5.2019) merupakan
sebagai satu yang bersejarah dan menarik untuk dinilai. Belanjawan nampaknya dilakukan
secara berhati-hati dan bersifat ukur
baju di badan sendiri. Belanjawan yang menyedari negara di dalam keadaan berhutang dan kalau
boleh tidak mau menambahkan hutang yang sedia ada. Tidak ada projek mega yang
dapat menjadi legasi bagi satu kerajaan yang memerintah, bahkan apa yang cuba
dibangunkan kerajaan terdahulu cuba ditiadakan. Misalnya pada era Najib, beliau
membangunkan infra-struktur pengangkutan dan perhubungan mengikuti era pertama dengan Wawasan 2020 Mahathir yang gah dengan pembangunan fizikal seperti Bangunan
Twin Towers, KLIA, Putrajaya, Proton
Saga dan lain-lain. Najib berkesempatan membina LRT dari Sungai Buluh ke
Kajang, Pan Borneo Highway (dalam pembinaan), tetapi tersekat kerana kekalahan
dalam pilihanraya ke 14, rancangan untuk membina keretapi laju dari KL ke Singapura dan keretapi laju ke Pantai Timur
terhalang. Alasan Kerajaan PH tidak melaksanakan projek yang baru mula
dijalankan, kerana ketiadaan dana. Bahkan dikatakan dengan menghentikan projek
ECRL dapat menyelamatklan peruntukan sebanyak RM10.02 bilion. Walau bagaimana
sebagaimana didakwa negara masih menanggung beban sebanyak satu trilion, namun kita tidak diberi maklumat apakah
projek yang telah dilaksanakan sehingga menyebabkan terhutangnya negara
sejumnlah sedemikian banyak dan tidak diberi maklumat bagaimana
perancangan membayar balik hutang berkenaan
secara jangka panjang.
Belanjawan negara secara makro dapatlah
dibanding belanjawan satu keluarga secara mikro. Bajet bagi perbelanjaan satu keluarga
yang prihatin adalah dengan menyedari kemampuan keluarga. Misalnya jika
pendapatan bulanan bagi keluarga sekitar RM5,000 sebulan, maka pendapatan ini hendaklah
diagih secara saksama bagi kehidupan keluarga bagi setiap bulan. Misalnya dari
pendapatan itu diagihkan kepada, makan minum keluarga, pengajian dan
persekolahan anak-anak, hutang rumah, perbelanjaan kenderaan - termasuk bayaran
insuran kereta, pakaian, bayaran bil-bil, peruntukan kepada orang tua (ibu ayah),
sadaqah, simpanan tetap bulanan dan sebagainya.
Secara
makro bagi negara seharusnya menyedari tentang sumber dana bagi negara,
termasuk percukaian dari kerajaan negeri yang perlu diagih kembali secara adil
dan sama rata. Apakah sumber bagi kerajaan untukbelanjawan negara ?
Disebutkan bahawa kerajaan menjangka dapat memungut
hasil:
·
Percukaian RM261.80 bilion
·
Royalty
Petronas RM
30.00 bilion
·
Bon Samurai
Jepun RM 7.40
bilion
·
Berbagai RM 15.30
bilion
Sumber peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah
RM314.5 bilion. Dan tambahan dengan pendapatan yang lain.
Inilah saecara kasar pendapatan negara yang merupakan sumber
perbelanjaan yang diagihkan kepada berbagai-bagai sektor.
Secara kasar dikatakan dari pendapatan di atas dipecahkan
kepada:
·
Perbelanjaan
mengurus RM 259.8 bilion
·
Perbelanjaan
pembangunan RM 54.7
bilion
·
Jumlah
perbelanjaan RM 314.5 bilion
Demikianlah aggaran pendapatan dan
perbelanjaan bagi kerajaan PH yang dapat dianggap amat sederhana dan
berhati-hati. Ianya disifatkan oleh Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak
sebagai, ``Belanjawan yang tidak mampu menjanakan ekonomi.`` (BH, 3 Nov. 2018:
19).
Sekian.
No comments:
Post a Comment