UCAPAN, JAMUAN DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI
(Fikrah Bangi: 67),
BBB, 17 Rabi`ul-Awwal 1440H. = 25 November 2018M. (Ahad):
Majlis Sambutan Maulid al-Rasul yang diadakan
pada petang Khamis, malam Juma`at 14 Rabi`ul-Awwal 1440H. bersamaan 22 November
2018 itu diakhiridengan Majlis Jamuan. Majlis ini diadakan berasingan dari
ruang utama dan berasingan dari Ruang Legar Masjid. Ianya diadakan pada aras
bawah tanah, yang dikenali dengan Dewan Konvensyen atau Dewan Sebaguna. Ada
beberapa sebab aras ini diguna di mana para jama`ah selepas forum diminta turun
ke bawah sama ada turun melalui tangga ke bawah melalui serambi (sayap) kanan
masjid, atau melalui serambi (sayap)
kiri masjid. Ruang di bawah ini dapat memuat 600 peserta.
Penggunaan ruang bawah ini untuk mengelak dari anggapan `Orang Politik`
berucap di dalam masjid, kerana yang datang ialah Dato` Seri Mujahid Yusof Rawa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, walaupun beliau menjaga hal ehwal agama
Islam (Jakim) dan juga kehadiran Adun Sungai Ramal YB Mazwan Johar yang juga
dijangka turut berucap. Aras di bawah tanah ini adalah untuk kegunaan umum.
Yang kedua tempat ini digunakan, bagi
memaklumkan kepada orang ramai dan melihat ruang bawah tanah ini yang setengah
dari jama`ah yang sering datang berjama`ah, tetapi tidak pernah turun, bahkan
tidak mengetahui aras bawah tanah ini.Ruang Konvensyen ini adalah ruang yang selesa. Dia sering disifatkan sebagai
bertaraf `lima bintang`. Ruang ini selain diguna oleh masjid, ianya terbuka
untuk disewa, sama ada untuk majlis jamuan perkahwinan atau berbagai pertemuan.
Pada ruang bawah tanah ini mempunyai `Bilik `Aqad Nikah` yang boleh muat 100
orang secara duduk bersila. Bilik ini juga boleh diguna untuk mesyuarat.
Bersebelahan ada bilik persalinan. Lantai ruang bawah tanah ini beretile
bermutu tinggi bermarmar dan mempunyai pentas untuk ucapan atau persembahan.
Ruang adalah berhawa dingin. Pada sebelah kiri adalah ruang untuk `serving
jamuan` dalam mana makanan disimpan di dalam bilik ini sebelum dihidang kepada
para tamu. Ruang konvensyen ini, jika menggunakan meja bulat dapat memuatkan 50
meja bulat yang setiap satu sepuluh orang, jika majlis menghidang para tetamu
secara serentak. Jika majlis secara duduk atas lantai, maka ianya dapat
memuatkan 1,000 peserta.
Para hadirin pada malam ini dikehendaki
mendengar ucapan ringkas sebelum makan
malam yang dihadiri oleh Ustaz Nazri Wakil MAIS, wakil-wakil dari Paid – Ustaz Shahrul
Nizam dan Ustaz Khairul Nazri, Wakil dari Bomba, dari Polis Bandar Baru Bangi,
para panel Forum, pengerusi-pengerusi surau, para jama`ah dan orang ramai yang
memenuhi ruang Jamuan.
Penulis selaku Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan dan Pengimarahan Masjid Al-Umm berterima kasih kepada hadirin,
khususnya YB Adun Sungai Ramal Tuan Mazwan bin Johar yang sudi hadir. Ucapan
terima kasih khas kepada beliau yang
telah sponsor seekor lembu bagi jamuan Maulisl-Rasul dan juga sponsor para
penal Forum. Penulis maklumkan Majlis Maulid yang diadakan secara berbetulan
dan syukur kepada Allah kerana sejak Oktober 2018 beberapa peristiwa penting
bagi Masjid al-Umm, iaitu mendapat kelulusan CCC (4.10.2018,), didaftarkan di
PAID-MAIS (10.10.2018), penyerahan Masjid Al-Umm dari kontrektor kepada MAIS dan kemudian dari MAIS kepada Pengerusi
Pembinaan dan Pengimarahan Masjid al-Umm (11.10.2018) dan memulakan solat
Juma`at pada (12.10.2018). Jadi bersama dengan Sambutan Maulid al-Rasul adalah
juga kesyukuran kepada Allah Ta`ala di atas berbagai kelulusan yang didapati
dan Masjid Al-Umm berfungsi sebagaimana masjid-masjid yang lain. Penulis juga
memaklumkan tentang kos Masjid Al-Umm
sebanyak RM21 juta dan masih terhutang pada kontrektor sebanyak RM1.9
juta. Para hadirin dan sesiapa jua masih berpeluang untuk menanam modal akhirat
dengan menderma kepada Masjid Al-Umm. Penulis juga memaklumkan ruang konvensyen
dan beberapa blik seminar, kuliah dan bilik mesyuarat (Tinkat Satu) adalah terbuka untuk ditempah
dan disewa. Akhirnya Penulis mohon kerjasama orang ramai datang sama
mengimarahkan masjid bagi beribadat dan menyertai berbagai kegiatan ilmiah yang
diadakan.
Adun Sungai Ramal berucap ringkas, berterima
kasih di atas kerjasama Masjid Al-Umm dengan pihak Dun Sungai Ramal bagi
menyambut Maulid al-Rasul, di tempat yang begitu selesa. Beliau meminta ma`af,
rancangan awal pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato` Seri Mujahid
Yusof Rawa dijangka dapat hadir, tetapi beliau berada di Parlimen menjawab
soalan sidang dan tidak berkesempatan hadir dan beliau menyampaikan salam dari
YB Menteri dan memohon maaf. Majlis
berakhir dengan jamuan dan penyampaian cenderahati kepada Adun, Wakil Menteri
(Setiausaha Politiknya) ahli-ahli panel
dan beberapa tamu kehormat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment