BBB, 21 Muharram 1438H. - 22 Oktober 2016 (Sabtu):
Rasulullah s.a.w. menyampaikan Islam dengan
Qur`an, Hadith dan perjuangan Baginda bersama sahabat-sahabat dan dilanjutkan
oleh generasi seterusnya. Antara peranan pelanjut yang mengolah dan
mentafsirkan Islam ialah para ulama` sebagai warathatul anbiya`. Antara bintang
para sahabat yang menyinar dengan keilmuan Islam ialah `Abdullah bin `Abbas
atau Ibn `Abbas yang merupakan sepupu
Baginda sendiri. `Abdullah bin `Abbas
bin `Abdul Muttalib bin Hashim.
Ibn `Abbas rapat dengan Rasulullah sejak
kecil dan berada di bawah didiukan Baginda dan `Ibn `Abbas diberi gelaran
`Khabir Hadzihil Ummah` - `Ilmuan Ummah Ini`. Ibn `Abbas seorang yang cerdas
otaknya, teliti, terang hati, kuat ingatan dan hafalan. Beliau sentiasa
menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah dan menghafal apa yang
disampaikan oleh Rasulullah. Meskipun usianya masih muda. (usianya 13 tahun
bila Rasulullah wafat).
Satu sifat yang ada pada Ibn `Abbas ialah
sifat talib al-ilm yang suka bertanya
mengenai sesuatu masalah yang tidak difahaminya sesuatu dengan pepatah yang
mengatakan bahawa:
``Pertanyaan ialah kunci ilmu
pengetahuan.``
Beliau pernah dtanya bagaimana dia mendapat
ilmu. Beliau menjawab ialah dengan
bertanya dan menggunakan akal sentiasa berfikir.
Adalah dikatakan pernah persoalan yang mau dipastikan kebenaran
beliau menanyakannya kepada 30 orang sahabat. Ini bererti Ibn `Abbas mempunyai
ciri ilmuan yang antaranya seharusnya suka membuat penyelidikan. Antara bukti
kecerdasan dan kedalaman ilmu yang menandakan beliau juga suka bermutala`ah,
bahawa beliau bijak menghurai dan menjelaskan sesuatu persoalan dan mampu
berdebat mengenai sesuatu persoalan yang diragunya.
Apabila berlaku pertikaian `Ali –
Mu`awiyah, timbul perbahasan mengenai`Tahkim` yang ditimbulkan oleh golongan
Khawarij yang mulai lahir pada masa itu. Ibn `Abbas menjawab dan menerangkan
persoalan dengan jelas. Beliau mempertahankan Sayyiduna `Ali dengan kedudukannya
sebagai Khalifah. Kekuatan hujah Ibn `Abbas dan ketinggian ilmu pengetahuannya
menyebabkan kalangan Khawari gerun berdepan dengannya, yang beliau dapat
mematahkan hujah lawan (khawarij) dengan tepat dan jelas.
Kecepatan Ibn `Abbas berfikir dan kemampuan
memberi penjelasan dengan terang diakui lawan seperti Khawarij, kalangan
sahabat seperti Sa`ad bin Abi Waqqasa dan `Ubaidah bin `Utbah. Bahkan
kalangan Khulafa` al-Rashidin seperti Sayyiduna `Umar bin al-Khattab, `Uthman
dan `Ali k.w. sering merujuk pendapat Ibn `Abbas dan membawa ke dalam
mesyuarat-mesyuarat bagi menjana fikiran bernas beliau.
Pada zaman Khalifah `Ali k.w.
Ibn `Abbas telah dilantik oleh Khalifah sebagai Governor di Basrah dan
beliau telah m,enjalankan tugasnya dengan baik.
Ibn `Abbas teristimewa di dalam bidang
tafsir, beliau adalah dianggap tokoh awal yang menafsirkan Al-Qur`an. Pendapat-pendapatnya banyak dirujuk oleh
pentafsir-pentafsir awal seperti oleh Ibn Kathir. Antara tokoh-tokoh
diriwayatkan di dalkam tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir seperti Mujahid,
Qatadah, Ibn Jarir, Al-Dahhak, `Ikrimah, al-Suddi dan ramai lagi.
Sebagai contoh dalam menafsirkan ayat yang melarang dipaksa
dan memudaratkan wanita dari segi perkahwinan dengan mengambil kembali bahagian yang telah
kamu berikan kepadanya, Melainkan jika mereka melakukan pekerjaan yang keji
yang nyata. (Al-Nisa`: 19) ditafsirkan:
``Ibnu Mas`ud, Ibn `Abbas, Sa`id bin
al-Musayyab, al-Shu`bi, al-Hasan al- Basari, Muhammad bin Sirin. Sa`id bin Juhair,, Mujahid, `Ikrimah, `Ata`
al-Khurasani,, al-Dahhak, Abu Qilabah, al-Suddi,, Zaid bin Aslam, Sa`id bin Abi
Hilal mengatakan yang dimaksudkan dengan `al-fahsha`` di sini ialah perbuatan
zina., iaitu apabila isteri berzina, maka engkau berhak meminta kembali mahar
(maskawin) menjadikannya gelisah dan menerima cerai. (Tafsir, Ibn Kathir,
al-Nisa`: 19).
Demikian tafsir Ibn Kathir yang sering
membuat rujukan kepada Ibn `Abbas dalam berbagai ayat, si samping
rujukan-rujukan kepada tokoh-tokoh lain seperti di atas.
Ibn `Abbas selain dari merupakan antara
pentafsir awal yang membuat tafisian terhadap Al-Qur`an yang banyak dibuat
rujukan terhadapnya, Ibn `Abbas juga terkenal sebagai perawi Hadith yang meriwayatkan Hadith-Hadith
dari Rasulullah s.a.w. dan yang diriwayatkan daripada sahabat-sahabat yang
sebagaimana telah disebutkan, beliau adalah seorang yang rajin mencari dan
menyelidik ilmu dan juga bersifat teliti. Walaupun Ibn `Abbas seorang yang
rapat dengan Rasulullah s.a.w. dan langsung menerima ilmu dari Rasulullah s.a.w.
tetapi beliau tidaklah meriwayatkan
Hadith sebanyak seperti Abu
Hurairah atau Anas bin Malik, namun
beliau dengan penuh teliti mempunyai
riwayat-riwayat Hadith, walaupun tidak begitu banyak seperti dikatakan.
Misalnya di dalam Kumpulan Hadith al-Arba`in al-Nawawiyyah terdapat. Misalnya
Hadith ke 33 mengenai `Dakwaan dan perlu
sumpah terhadap dakwaan. Hadith ke 37 (Hadith Qudsi), iaitu tentang amalan baik
dan jahat, iaitu seorang berhasrat membuat baik, tapi tak dapat dilakukan dia
mendapat satu balasan kebaikan yang sempurna, jika dilakukan amalan baik
berkenaan maka dia mendapat ganjaran dari sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda dan
gandaan-gandaan yang lebih, manakala yang berhasrat melalkukan kejahatan dan
tidak dilakukan dia mendapat satu balasan yang baik, sebaliknya jika dilakukan kejahatan dia mendapat balasan satu kejahatan
dan Hadith ke 39, bahawa Allah memaafkan
kesalahan hamba jika dilakukan secara kesilapan dan kelupaan dan apa
yang dipaksa terhadap mereka.
Ibn `Abbas, sesungguhnya ilmuan didikan
Rasulullah s.a.w. Terkenal sebagai seorang cerdas, terang hati dan mempunyai
kesungguhan dari segi pengajian. Dia sebenarnya adalah sebagai `Ilmuan Ummah`
sebagaimana didoa dan digelar oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Dengan kemahuan yang
tinggi terhadap ilmu, dia adalah pengolah dan pentafsir terawal terhadap
Al-Qur`an. Pendapat-pendapatnya menjadi rujukan oleh pentafsir-pentafsir
terawal dan pentafsir kini. Dia juga adalah perawi Hadith yang berwibawa.
Dengan kedalaman kefahaman dan ketajaman fikiran , pengolahan dan tafsirannya dia
dilihat begitu berwibawa dan membuka
ruang kepada perkembangan ilmu tafsir yang dirintisnya. Beliau juga meriwayatkan
Hadith-Hadith secara berwibawa. Dengan
tafsiran dan keilmuan Hadith yang dikuasai Ibn`Abbas adalah pengasas dan pemula
bagi keilmuan-keilmuan Islam yang terus menjadi rujukan bagi pendapat tradisi
di samping pengolahan-pengolahan yang bersifat kini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment