BBB, 27 Muharram 1438H. = 28 Oktober 20`16
(Juma`at):
Antara yang dipilih oleh Al-Sarraj sebagai
contoh kesufian ialah S*uhaib bin Sinan
dan Mus*`ab bin `Umair r.`anhuma.
S*uhaib adalah seorang anak pembesar – Sinan, yang dilantik oleh pihak Raja Parsi – Kisra
di Ubullah. Kawasan ini diserang oleh penguasa Rum dan S*uhaib tertawan dan menjadi hamba yang
dijual beli. Setelah lama di bawah kuasa Rum, dirinya dijual beli, tiba akhirnya dirinya di Makkah. Melihat
kepada kecerdasan dan kejujurannya, tuannya telah membebaskannya dan
membenarkannya berniaga dengannya.
S*uhaib bertemu dengan `Ammar bin Yasir dan
bersama pergi menemui Rasulullah di
rumah Al-Arqam dan memeluk agama Islam. Dari latar sebagai orang susah yang
pernah senang sebelumnya menginsafkan S*uaib dan menjadikannya seorang yang
wara` dan zuhud yang memberi sepenuh jiwanya terhadap Islam. Bila Rasulullah
berhijrah dia meninggalkan harta yang dihimpunnya di Makkah dan turut berhijrah
bersama Rasulullah, tetapi sebelum sempat berhijrah dia terjebak dengan sekatan Quraisy, Shuhaib
sanggup menawarkan harta simpanannya di Makkah asalkan dirinya dilepaskan (tawaran diterima Quraisy) untuk menyusuri
Hijrah Rasulullah s.a.w. , walaupun sedikit lewat tiba.
Berhubung dengan pengorbanan S*uhaib ini
turun ayat semasa Baginda Rasulullah s.a.w. di Quba` ayat yang bermaksud:
``Dan antara manusia ada yang bersedia
menebus dirinya demi mengharapkan
keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun terhadap hamba-hambanya.``
(Al-Baqarah: 207).
S*uhaib tidak kisah dengan kehilangan
hartanya di Makkah, kerana ia pernah mengalami kemiskinan. Di Madinah harta
dapat dicari kembali. S*uhaib di Madinah begiti rapat dengan Nabi. Dia dengan
usahanya mencari rezeki, menyebabkan dirinya yang salih itu begitu banyak membuat kebajikan dan menderma sepanjang. Sayyiduna `Umar Ibn al-Khattab,
ketika ia menjadi Khalifah dilantiknya S*uhaib menjadi Imam. Demikianlah
penghormatan yang diberi. Seorang yang pernah mengalami kesusahan diangkat di sisi
Allah kerana keikhlasan dan komitmennya yang tinggi terhadap Islam .
Al-Sarraj mengganding contoh S*uhaib dengan Bilal yang antara mereka
mempunyai hampir persamaan Nasib yang bangkit dari kesusahan dan menumpukan
kesetiaan kepada Allah dan Rasulullah. Ditanyakan mereka berdua, maka menjawab
mereka,
``Kami Bilal dan S*uhaib, kami berdua telah
sesat, maka diberi hidayat oleh Allah Ta`ala. Kami berdua pernah menjadi hamba
abdi, maka memerdehekakan kami oleh Allah Ta`ala, kami pernah menjadi faqir,
maka dikayakan jiwa kami oleh Allah, kalau kamu menerima kami, maka kami memuji
Allah, kalau kamu menolak kami, maka subhanallah. Maka berkata mereka kami menerima
kamu dan al-hamdulillah. Mereka rapat
dengan Rasulullah dan menjadi orang-orang kepercayaan Rasulullah. Apakah yang
lebih berharga dari kepercayaan dari Rasulullah dengan berbagai masalah manusia
?
Adapun Mus*`ab bin `Umair adalah seorang anak
yang lahir dari keluarga keturunan Banu
al-Dar. Ayahnya `Umair bin Hashim bin `Abdi Manaf seorang yang berketurunan
mulia dan mempunyai pertalian hubungan dengan Rasulullah s.a.w. sedang ibu Mus*`ab
pula ialah Khannash binti Malik seorang wanita berkedudukan dan kaya raya
memberi pakaian kepada anaknya seelok-elok pakaian. Dengan dididkan sedemikian
Mus*`aib menjadi sombong dia tenggelam di dalam kemewahan.
Perubahan boleh terjadi kepadaseseorang.
Mus*`ab tertarik dengan dakwah Islam dan menerima Islam, iaitu sesuatu yang
tidak dijangka ibunya.Mus*`ab menghadapi berbagai tekanan dan sekatan dari
keluarganya, namun Kemewahan ditinggalkan Mus`ab dan apabila berlaku
penghijrahan ke Habashah (kali kedua) Mus`ab turut sama berhijrah. Bila pulang
ke Makkah Mus`ab begitu berubah dengan pembawaan wataknya yang miskin
berbanding dengan kehidupannya sebelumnya, tapi itu adalah kehidupan yang
membahagiakan jiwanya. Tatkala berlaku Bai`ah al-`Aqabah , Rasulullah telah
menghantar Mus`ab menyertai rombongan al-`Aqabah ke Madinah bagi mengajar
mereka mengenai hal-hal Islam. Dia mendakwahkan Islam di Madinah dan ramai yang
masuk Islam . Bagi Bai`ah al-`Aqabah kedua Mus*`ab turut bersama-sama orang Aus
dan Khazraj dari Madinah ke Bai`ah. Rombongan disambut Rasulullah dan Mus*`ab
diberi penghargaan di atas kegigihan dakwahnya.
Mus`ab bersaama-sama membantu Rasulullah di
dalam mendirikan Negara Islam Pertama di Madinah. Mus*`ab turut sama di dalam
peperangan Badar dan berikutnyda di dalam peperangan Uhud. Beliau
mempertahankan panji-panji Islam sebelum bertukar tangan lantaran beliau syahid
di dalam peperangan tersebut.
Rasulullah memberi penghormatan kepada para
shuhada` . Baginda berdiri di samping jenazah mereka dan membaca firman Allah
yang bermaksud:
``Di kalangan orang-orang mu`minin ada yang
bersifat benar, menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (berjuang
menegakkan Islam), maka antara mereka ada yang telah selesai menunaikan
janji-janji, lalu gugur shahid dan di antara mereka ada yang menunggu giliran
dan mereka tidak mengubah apa yang dijanjikan.`` (Al-Ahzab: 23).
Daripada perbincangan yang lepas dapat
dibandingkan bahawa tasawuf adalah ibarat sebatang sungai yang jernih, bersih, sejuk dan menenangkan yang
mengalir ke `Laut Ilahi`. Masuk ke sungai ini berbagai-bagai anak sungai yang
boleh didandingkan antaranya, Anak Sungai hamba yang taat dan kuat beribadat
sebagai satu ciri tasawuf. Mengalir kepadanya juga Anak Sungai yang dibandingkan dengan orang
yang berilmu yang dengan ilmu itu dia beramal dan memberi faedah kepada orang
ramai. Mengalir kepadanya juga `Anak Sungai Pemerintah` yang jujur dan adil yang juga merupakan ciri tasawuf.
Mengalir juga kepadanya `Anak Sungai
Pendakwah` yang berdakwah kerana Allah
yang juga merupakan ciri tasawuf. Mengalir juga kepadanya `Anak Sungai
Pendidik` yang berusaha meningkatkan
keilmuan kepada pelajar-pelajar dengan kesungguhan dan ikhlas yang juga
merupakan ciri tasawuf. Mengalir juga kepadanya `Anak Sungai pihak yang menjaga
keamanan negara` secara jujur dan ikhlas sehingga semua pihak berada di dalam
keamanan. Ia juga merupakan ciri tasawuf. Mengalir juga kepadanya `Anak Sungai
siasah` yang bersiasah dengan adil dan
kerana Allah, maka ianya juga merupakan ciri tasawuf. Mengalir juga kepadanya `Anak
Sungai pengusaha, peniaga, koperat`yang berkerja bagi kemudahan dan kesenangan
umat, tanpa menipu juga merupakan antara ciri tasawuf. Termasuk juga `Sungai
Kemanusiaan` yang melibatkan banyak
aspek seperti sukarelawan, ahli seni,
pasukan penyelamat` yang memberi pertolongan dan kasih sayang berjiwa kemanusiaan
secara jujur,ikhlas patuh pada Tuhan, juga termasuk di bawah ciri ketasawufan.
Termasuk `Anak Sungai yang dilambangkan kepada tentera diperbatasan negara yang
mempertahakan keselamatan dan keamanan negara yang jika secara ikhlas adalah
termasuk di bawah tasawuf. Juga Anak Sungai yang melambangkan kepada berbagai pekerja
yang bekerja dengan jujur dan ikhlas serta kerana Allah juga termasuk di bawah
tasawuf.
Semua yang dilakukan dengan jujur, bersih dan ikhlas kerana Allah adalah terangkum di bawah ciri tasawuf.
Tasawuf adalah bidang untuk semua bagi yang cintakan kebenaran, kemurnian, kebersihan,
kejujuran, kepatuhan, kecintaan, kemanusiaan, kejagatan dan kasih sayang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment