BBB, 09 Muharram 1438H. = 10 Oktober 2016M.
(Isnin):
Sebagaimana di dalam keilmuan akidah, para
sahabat dan kedudukan mereka dikira sebagai sebahagian daripada pegangan akidah – Misalnya bagi
pegangan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah menerima sahabat, khususnya sebagai
generasi terbaik selepas Rasulullah s.a.w. ialah khalifah-khalifah al-Rashidin
yang empat, diikuti dengan para sahabat-sahabat utama yang lain, maka demikian
wajib melantil imam atau pemimpin yang adil dari segi shari`at bagi memerintah
(rujuk Matan Jauharat al-Tauhid), maka demikian juga pegangan dari segi tasawuf
berhubung dengan kedudukan para sahabat yang mendahulukan khulafa` al-Rashidin
sebagai para sahabat yang utama.
Al-Sarraj di dalam membicarakan kedudukan
para sahabat ini – termasuk dari segi tasawuf menghujahkan dengan memetik ayat
Al-Qur`an bermaksud:
``Dan orang-orang terdahulu – yang mula-mula
(berhijrah dan memberi bantuan) dari antara orang-orang muhajirin dan ansar dan
orang-orang yang menurut (jejak langkah), mereka dengan kebaikan (iman dan
taat), Allah redha akan mereka dan
mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Itulah kemenangan yang benar.`` (Al-Taubah: 100).
Al-Sarraj membawa pendapat yang merujuk
kepada para sahabat sebagai bintang-bintang di langit dan dengan mana satu
diikuti mendapat pertunjukan.
Al-Sarraj juga menyatakan pendapat para ulama,
para fuqaha` yang mendalam bidang hudud dan hukum-hukum –halal dan haram
menerima bahkan diperkukuhkan dengan
Hadith yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Merahmat umatku dengan umatku, ialah Abu
Bakar al-Siddiq r.a. dan terkuat antara
mereka itu di dalam agama Allah ialah `Umar r.a. dan lebih benar dari segi malunya `Uthman
r.a. dan lebih fadhu dari mereka ialah Zayd r.a. dan yang terlebih alim tentang
halal dan haram ialah Mu`adz bin Jabal r.a., dan lebih qurr`a ialah Ubayy bin
Ka`b r.a. dan lebih qudhat dari kalangan mereka ialah `Ali r.a. dan berterusan
khadra` dan tidak malap dari ghabra` di atas lahjah lebih benar ialah Abu Dzarr
.``
Al-Sarraj juga menghujjah dengan memetik
sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
``Ambil ikutanlah kamu dengan agama
selepasku akan Abu Bakar dan `Umar r.`anhuma.``.
Dari pembicaraan di atas jelas menunujukkan bahawa pendekatan tasawuf,
khususnya sebagaimana pendekartan yang diambil oleh Al-Sarraj sama dengan
pendekatan akidah yang dikenali dengan Akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Dilihat dari segi kerohanian, bahawa
Sayyiduna Abu Bakar adalah seorang yang teguh dengan keimanan dan membenarkan
apa saja yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. lantaran itu Abu Bakar terkenal
dengan gelaran al-Siddiq. Abu Bakar
adalah sahabat setia. Dia bersama menemani Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Diriwayatkan bahawa disoal Abu al-`Abbas
bin `Ata` r.a. tentang firman Allah yang
bermaksud;
``Jadilah kamu sebagai orang-orang
rabbaniyyin`` (Ali `Imran: 79).
Menurutnya maksudnya, ``Jadilah kamu
seperti Abu Bakar al-Siddiq r.a. kerana bila Rasulullah s.a,w. wafat,
bergomcang jiwa orang-orang mu`minin semuanya kerana kewafatan tersebut, tetapi
tidak memberi kesan kepada jiwa Abu Bakar, sebaliknya beliau keluar memaklumkan
kepada orang ramai,
``Wahai manusia, siapa yang menyembah
Muhammad s.a.w. , maka sesungguhnya Muhammad s.a.w. telah mati, dan siapa yang
menyembah Allah Ta`ala, maka sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati.``.
Ini jelas memperlihatkan mutu jiwa dan kerohanian
Abu Bakar yang mantap yang jelas pendiriannya di dalam keadaan yang lain
kegoncangan.
Berkata Abu Bakar al-Wasiti r.h.a. ``Seawal
lisan sufi yang lahir di kalangan ummah ialah lisan Abu Bakar.`` Ia adalah isyarat cerminan kerohanian yang
tinggi.
Berekata Al-Sarraj, mengukuhkan Abu Bakar
sebagai `Lisan Sufi` terawal, ialah jiwa kesufiannya yang kental, tatkala umat
memerlukan dana bagi membiayai, peperangan, dia yang kental dengan iman dan
jihad, mendermakan seluruh hartanya bagi pembiayaan. Rasulullah s.a.w. bersabda
bermaksud. ``Apakah yang engkau tinggalkan ? Maka kata Abu Bakar, ``Allah dan
Rasulnya !``
Ini sebenarnya mengisyaratkan keunggulan
jiwa ` Ahl al-Tauhid dan hakikat mentafrid`.
Kecekalan dan kekuatan iman Abu Bakar dapat
dilihat, ketika mulai berlaku peperangan Badar, Rasulullah s.a.w. berdo`a
seraya mengadu kepada Allah, ``Wahai Allah, jika binasa dalam peperangan, maka
luputlah di muka bumi dari mereka yang menyembahMu.`` Abu Bakar yang mendengar
do`a Rasulullah memberi keyakinan yang Allah memberi pertolongan.
Mengisyaratkan kepada peristiwa ini firman Allah bermaksud:
``Ingatlah ketika Tuhanmu wahyukan kepada
malaikat, ``Sesungguhnya aku menyertai kamu (memberi pertolongan), maka
tetapkanlah (hati), orang-orang yang beriman, Aku akan mencampakkan ke dalam
hati orang-orang kafir kegerunan.``( Al-Anfal: 12).
Dengan kekukuhan iman dan kecekalan jiwa
mereka maka orang-orang Islam mencapai kemenangan di dalam peperangan Badar
berkenaan.
Tanda kesetiaan Abu Bakar kepada Allah dan
Rasulnya, bahawa ia memerangi golongan murtad dan enggan membayar zakat selepas
kewafatan Rasulullah dan dia menggerakkan tentera di bawah pimpinan Usamah bin
Zayd menurut sebagaimana dirancang oleh Rasulullah sebelum kewafatan Baginda.
Dihikayatkan dari Al-Junayd bahawa dia
berkata:
``Semulia-mulia kalimah tentang tauhid
ialah kata-kata Abu Bakar, iaitu, ``Subhanallah yang tidak membuka jalan bagi
makhluk ma`rifat akanNya, melainkan
lemah dari ma`rifatNya.``
Menurut Al-Sarraj, ini ungkapan yang
dinisbahkan kepada Sayyiduna Abu Bakar al-Siddiq r.a.:
Wahai yang mengangkat dunia dan khazanah
Bukanlah diangkat oleh tanah dengan tanah
Kalau mahu melihat manusia sepenuh kemuliaan
Lihatlah kepada Raja dengan pakaian
kemiskinan
Kebesarannya di tengah manusia oleh kasih
sayang
Dialah mengislahkan dunia dengan akidah pegangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment