April 7, 2017

ABU `ABDILLAH AL-S*UBAIH*I : PENDAPAT SUKAR DITANGGAP


BBB, 09 Rajab 1438H. =  06 April 2017 (Khamis):
Abu `Abdillah al-S*ubaih*i, ialah Husain bin `Abdullah bin Bakr, kunyahnya ialah Abu `Abdillah. Dia adalah dari ahli Basrah. Dikatakan bahawa dia tidak pernah keluar dari kawasan tinggalnya di Sarbab sejak 30 tahun. Dia menumpukan kesungguhan, khususnya dari segi ibadat.
Dikatakan dia dikeluarkan oleh ahli Basrah, maka dia keluar ke Saus, dia mati dan dikuburkan di sana. Tiada maklumat tarikh kematiannya. Dia alim berhubung dengan keilmuan kaumnya, khususnya di dalam bidang usul. Dia banyak mengarang kitab. Dia menjadi juru cakap kaumnya dan adalah seorang yang wara`.
Riwayat-riwayat tentangnya yang agak sukar ditanggap:
Aku mendengar Aba al-Fath al-Qawwas berkata, berkata Abu`Abdillah al-S*ubaih*i, ``Al-sima`
dengan jelas (langsung = al-s*arih) dengkal, dan sima` dengan isyarat membebankan, dan selembut al-sima` apa yang dimusykil oleh pendengarnya.``
Dengan sanad ini aku mendengar Al-S*ubaih*i  disoal tentang usuluddin, maka katanya,
``Ialah mengithbatkan kebenaran iftiqar kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala dan elok ikutan kepada Rasulullah s.a.w. Dan cabang-cabangnya ada empat perkara:
Tunaikan janji-janji, jaga had-had, redha dengan apa yang ada dan sabar di atas kehilangan.
Dengan isnad ini berkata  `Abdullah Al-S*ubaih*i,
Al-Rububiyyah mendahului  `ubudiyyah, dengan rububiyyah zahirnya `ubudiyyah dan sempurna janji `ubudiyyah mushahadah al-rububiyyah.``
Aku mendengar Ab al-Fath al-Qawwas, berkata, aku mendengar Aba `Abdillah al-S*ubaih*i disoal tentang  bersantai (al-tasalli) dan daripada pemutusan,, maka katanya.
``Tidak memutuskan engkau daripada sesuatu, apa yang seumpamanya atau yang selainnya. Adapun yang memutuskan engkau daripadanya, ialah apa yang lebih sempurna dan yang lebih tinggi, dan melihat pada akibat perkara-perkara dari ahwal orang yang lemah dan meningkatkan ahwal ketokohan dan hudud dengan redha di bawah larian qadar daripada ahwal al-arifin.``
Dengan sanad ini aku mendengar `Abdullah al-S*ubaih*i berkata,
``Wajib bagi yang mengalami intuisi dan wajdan, apabila wajdannya betul, hendaklah dia di dalam hal wajdannya terpelihara sehingga tidak berlaku kepadanya kekejian lisan dengan hal.``
Dengan sanad ini aku mendengar `Abdullah al-S*ubaihi berkata,
``Menafikan pada sifat-sifatnya boleh membawa kepada syirik. Seperti menafikan misalnya sifat baqa`. Dia juga melihat dengan penglihatannya.``
Dengan sanad ini aku mendengar `Abdullah al-Subaihi berkata,
``Yang dekat dia jauh dari watannya dan dia bermuqim padanya.``
Dan dengan sanad ini berkata `Abdullah al-S*ubaih*i,
``Yang gharib ialah yang tidak ada jenis baginya.``
Dan dengan sanad ini aku mendengar Aba `Abdillah al-S*ubaih*i berkata pada kali yang lain,
``Al-Gharib ialah yang bersahabat dengan berbagai jenis.``
Dan dengan isnad ini katanya, ``Aku mendengar , Aba `Abdillah al-S*ubaih*i berkata, ``Sempurna takut, ialah  apa yang dialami di dalam wajdan, bukan atas kehilangan apa yang diharap atau dicita-citakan.``
Dan dengan sanad ini aku mendengar `Abdullah al-S*ubaih*i berkata,
``Dibalakan khlayak dengan kenyataan mereka yang mendakwa perkara-perkara ghaib dengan kehaibatan, pada hal ianya tidak mempunyai apa-apa. Jika pun di lakukan akan ternyata kepalsuan.
Di dalam hal ini dipuisikan:
Tersembunyi kekejian sebelum kelihatan
Jika terlihat, maka mengalir airmata kesesalan
Tidak mampu bercakap ketika engkau  dilihat
Semua lisan bercakap bagi pucuk api lahap.
Kebenaran tidak perlu dakwaan, lantaran kebenaran itu sendiri menyerlahkan.
Laksana kebenaran kasih,  hati kecil mengiakan, tanpa diungkap kalam,  bahkan suasana membenarkan.
Demikian pendapatAbu Abdillah al-S*ubaih*i yang agak sukar ditanggapi yang antaranya  bersifat tergantung dan sukar ditafsirkan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment