BBB,
10 Rajab, 1438H. = 07 April 2017M. (Juma`at):
Tokoh sufi seterusnya ialah Abu Ja`far bin
Sinan dari kawasan yang terkenal dengan kelahiran tokoh sufi, iaitu
Al-Naisaburi. Nama lengkap bagi tokoh ini ialah Ahmad bin Hamdan bin `Ali bin
Sinan. Dia adalah dari kalangan shaykh sufi terkenal di Naisabur. Dia bersahabat dengan Abi `Uthman dan bertemu
dengan Abi Hafs*. Dia dianggap salah seorang kalangan bersifat takut kepada
Allah dan bersifat wara`.
Rumahnya dikenali dengan rumah zuhud dan
wara`. Tradisi ini berterusan dengan keturunannya hingga kepada cucunya – Abi
Bishr, Muhammad bin Ahmad al-Halawi yang bermukim di Makkah, berhampiran
dengannya di dalam persapirannya selama 20 tahun berturut-turut.
Adalah Abu Ja`far meninggal pada tahun (m.
311H.) sedangkan cucunya yang terkenal
sebagai shaykh di Masjid al-Haram pada zamannya meninggal pada (m. 387H.).
Dia
banyak menyalin Hadith dan meriwayatkannya:, antaranya:
Mengkhabarkan kami Muhammad bin Ahmad bin
Hamdan, bercakap kepada kami bapaku, bercakap kepada kami Abu al-Azhar,
bercakap kepada kami Asbat*, daripada al-Shaibani berkata:
Aku bertanya Ibna Abi Aufa, ``Adakah Rasulullah s.a.w. menjalankan
hukum rejam ?`` Katanya, ``Ya !` Aku berkata, ``Selepas diturunkah Surah al-Nur
? Atau sebelumnya ?, Katanya, ``Aku tidak tahu !``
(Antara kandungan di dalam Surah al-Nur,
ialah hukum terhadap penzina lelaki dan perempuan).
Contoh ayat bermaksud:
``Perempuan yang berzina, dan lelaki yang
berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus kali
sebat. Dan janganlah kamu dipengaruhi perasaan belas kasihan terhadap keduanya
dalam menjalankan hukum agama Allah.`` (Al-Nur: 2).
Menurut tafsiran - Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian
Al-Qur`an,
``Hukuman yang diterangkan di dalam ayat
ini ialah secara umum, tetapi di dalam Hadith-Hadith Nabi dijelaskan satu
persatu, iaitu jika lelaki atau perempuan yang berzina itu pernah menikmati
persetubuhan yang halal, maka hukuman bagi tiap-tiap seorang di antaranya ialah
direjam, jika tidak maka hukumannya disebat seratus kali dan dibuang daerah.
Pelaksana hukuman ialah pihak berkuasa
Islam.
Aku mendengar Muhammad bin Ahmad bin Hamdan
Aba `Amrin berkata, aku mendengar bapaku berkata:
``Siapa yang melazimkan `uzlah dan khulwah,
maka kuranglah dia terdedah kepada
angkara dunia. Hingga dia sampai kepada angkara akhirat.``
Dan dengan sanad ini kata Abu Ja`far bin
Sinan, ``Disoal setengah hukama`, ``Daripada mana engkau dapat sumber kehidupan
engkau ?
Maka dibaca firman Allah bermaksud:
``Tiap-tiap golongan daripada keduanya,
golongan dunia dan golongan akhirat, kami hulurkan kepada mereka dari pemberian
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari
sesiapa pun). (Al-Isra`: 20).
Dan dengan sanad ini berkata Abu Ja`far bin
Sinan, `` Kalau engkau disuruh ma`rifat denganNya dan dia tidak ta`arruf dengan
engkau engkau adalah terlebih jahil denganNya dengan yang engkau ingkarkanNya.``
Dengan sanad ini berkata Abu Ja`far bin
Sinan, ``Engkau membesarkan orang yang taat dari orang yang berdosa, lantaran
dengan ketaatan mereka itu, sesungguhnya kejahatan dari maksiat mereka memberi
mudharat kepada mereka.``
Dengan sanad ini berkata Abu Bakar bin
Sinan, ``Lalai engkau dari taubat daripada dosa yang engkau lakukan adalah
kejahatan yang engkau terlibat.``
Dan dengan sanad ini, kata Abu Ja`far bin
Sinan, ``Keindahan lelaki pada kecantikan cakapnya dan kesempurnaannya pada
kebenaran perbuatannya.``
Dan dengan sanad ini berkata Abu Ja`far bin
Sinan, `` Alamat orang yang terputus daripada Allah dari segi hakikat, bahawa
tidak dia mendapat apa yang diusahakannya daripadaNya.``
Aku mendengar Aba `Amrin berkata, berkata
kepadaku bapaku, ``Engkau marah orang yang melakukan maksiat dengan satu
kesalahan yang engkau sangka, pada hal engkau tidak marah diri engkau daripada apa yang engkau yakin dengan diri engkau.``
Dan dengan sanad yang sama berkata Abu
Ja`far bin Sinan, ``Dosa engkau kepada saudara engkau dengan keaibannya
menjadikan engkau menghinanya. Dengan dosa itu kalau engkau menasihatinya
secara lembut nescaya menjadi rahmat kepadanya dan menjadi engkau takut untuk
melakukan sepertinya. Dan engkau bersyukur kepada Allah, dengan sekira engkau
tidak menerima bala sepertinya.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Ja`far
bin Sinan, ``Siapa yang mengetahui daripada dirinya apa yang dia tahu, kemudian
dia bergembira dengannya, sesungguhnya dia menyukai apa yang dimarahi oleh
Allah Ta`ala.``
Dengan sanad ini berkata Abu Ja`far bin Sinan,
``Tinggi dari rasa keciwa di atas kesalahan bersama taubah dan kekesalan lebih
kecil dari kecilnya perkara yang boleh memberi mudharat, kerana Allah Ta`ala
berfirman bermaksud:
``Dan mereka tidak meneruskan perbuatan
keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka ketahui akan salah dan
akibatnya.`` (Ali `Imran: 135).
Dan sedikit ihsan dengan ikhlas lebih baik
daripada banyak ihsan, tetapi dengan riya`, ujub dan keji.``
Dan dengan sanad yang sama berkata Abu
Ja`far bin Sinan, ``Tidak meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah,
melainkan orang yang membesarkan Allah. Tidak meninggikan Allah melainkan orang yang mengenaliNya, siapa yang
mengenaliNya dia khudhu` kepadaNya, khudhuknya terhasil dari membesarkan Tuhannya, dan apabila dia
membesarkanNya, maka kecillah segala
sesuatu selain daripadaNya. Hasil dari pandangan membesarkan ini menjadikan dia
hormat kepada orang mu`minin, pembesaran ini juga menjadikan ia hormat Allah di dalam hatinya. Dia juga
memandang tinggi semua yang taat kepada Allah dan yang mengenaliNya.
Demikian pandangan dan nasihat yang jelas
dari Abi Ja`far bin Sinan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment