BBB, 14
Rajab 1438H. = 11 April 2017 (Selasa):
Senarai seterusnya yang dipetik dari kitab
T*abaqat al-S*ufiyyah yang disusun oleh Abdul Rahman al-Sulami, ialah Abu Bakar
bin Abi Sa`dan. Beliau adalah Ahmad bin Muhammad bin Abi Sa`dan. Beliau berasal
dari Baghdad dan merupakan sebahagian dari sahabat Al-Junayd dan Al-Nuri.
Beliau adalah shaykh yang terkenal pada zamannya dengan ilmu-ilmu yang didalami
oleh kelompok mereka.
Dia
adalah alim di dalam ilmu shara`, terkedepan di dalam keilmuan berkenaan,
khususnya berhubung dengan madzhab Shafie. Dia juga menjadi salah seorang
ustadz bagi Shaykh Abi al-Qasim al-Maghribi. Dia juga berkebolehan di dalam
ilmu pertukangan (al-s*un`ah) dan lain-lain. Dia juga terkenal sebagai seorang
yang petah bercakap dan memberi penjelasan (bayan). Katanya, ``Tatkala aku di
T*aras*us*, iaitu sebuah bandar di Sham – bersempadankan Int*aqiyyah, Halab dan
negara Rum, maka dicari orang yang berkelayakan dijadikan perutusan ke negara
Rum, maka tidak didapati orang yang
seumpamanya mempunyai kelebihan,
keilmuan, kefasihan, keterangan dan petah bercakap.
Riwayat-riwayat tentangnya:
Aku mendengar Aba al-Qasim Ja`far bin Ahmad
al-Razi, berkata, aku mendengar Aba al-Hasan bin Hudaiq dan Aba al-`Abbas
al-Farghani, kedua-duanya berkata,
``Tidak tinggal pada zaman ini bagi
kumpulan (t*a`ifah) ini, melainkan dua orang lelaki, iaitu Abu `Ali al-Rudzbari
di Mesir dan Abu Bakar bin Abi Sa`dan di `Iraq, dan Abu Bakar lebih kefahaman
antara keduanya.``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Razi berkata,
aku mendengar Aba Bakr bin Abi Sa`dan berkata,
``Siapa yang bersahabat dengan sufi, maka hendaklah dia bersahabat dengan
mereka itu, tanpa dipengaruhi nafsu,
tidak dengan rasa hati, tidak
mementingkan pemilikan. Maka apabila dia melihat kepada sesuatu daripada
sebab-sebabnya, memutuskannya dengan demikian daripada sampai kepada maksudnya.``
Katanya, aku mendengar Aba Bakr bin Abi Sa`dan berkata, ``Siapa yang
beramal dengan ilmu riwayah, maka dia
mewarisi ilmu dirayah, dan siapa beramal dengan ilmu dirayah, dia mewarisi ilmu
al-ri`ayah dan siapa beramal dengan ilmu ri`ayah, dia diberi pertunjuk kepada
ilmu yang benar.``
Katanya, dan aku mendengar Ibn Abi Sa`dan
berkata, ``Siapa yang mendengar dengan telinganya, dia menghikayat (mencerita),
dan siapa yang mendengar dengan hatinya dia memelihara, dan siapa yang beramal
dengan apa yang didengar dia diberi
hidayah dan memberi panduan (hidayah) kepada orang lain.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi
berkata, berkata Ibn Abi Sa`dan,
``Terputus dari ahwal boleh menyampaikan kepada Allah Ta`ala.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Abi Sa`dan,
berkata, siapa yang selari perbuatan, selari dengan keadilan, siapa yang selari
dengan apa yang ditulis selari dengan kelebihannya, tiadalah amalan yang lebih
sempurna dari kebenaran, tidak ada yang lebih bercahaya dan mendalam
daripadanya.
Sesungguhnya berfirman Allah Ta`ala – Li
yasala al-s*adiqin `an s*idqihim.``
Bermaksud, `` Supaya ia menyoal orang-orang
yang benar beriman tentang kebenaran iman mereka.``
Engkau melihat dia berdiri dengan hakikat
kebenaran atau dengan jawapan daripada soalannya. Dan anbiya` lemah sekira
disoal, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Ingatlah hari kiamat yang padanya Allah
telah menghimpunkan rasul-rasulnya, lalu bertanya, Apakah penerimaan yang
diberikan kepada kamu, rasul-rasul itu menjawab, ``Tidak ada bagi kami
pengetahuan yang sah tentang itu.`` (Al-Ma`idah: 109).
Katanya, aku mendengar dia berkata, `` Yang
sabar di atas raja`nya ialah yang tidak berputus asa dari kelebihanNya.``
Katanya, aku mendengar Aba Bakr bin Abi
Sa`dan berkata, ``Berpegang teguh dengan Allah, dengannya menegah daripada lalai dan ma`siat, bid`ah
dan kesesatan.``
Katanya dan aku mendengar dia berkata,
``Siapa yang duduk dalam perbahasan secara lalai, melazimkannya tiga perkara
keaiban.
Pertama, pertikaian dan berteriak –
meninggi suara, iaitu suatu yang ditegah, dan pertengahannya, sukira mengangkat
diri di atas makhluk lain (lawannya) dan terakhirnya mencambahkan perasaan
dendam dan marah. Dia adalah perkara dilarang. Dan siapa yang duduk untuk
nasihat menasihati, maka seawal kalamnya seharusnya mau`iz*ah (nasihat), dan
pertengahan ialah pertunjukan jalan dan pengakhirannya barakah.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Bakr bin
Sa`dan berkata, ``Siapa yang tidak melihat pada tasawuf, maka dia adalah bebal.``
Katanya, dan aku mendengar Aba Bakr bin
Sa`dan berkata, ``Apabila nyatalah hakikat, maka gugurlah kesan-kesan kefahaman
dan ilmu-ilmu, dan tinggal kesan berlaku bagi tempat suruhan dan gugur
daripadanya hakikat-hakikat.``
Katanya, dan aku mendengar Ibna Abi Sa`dan,
berkata, ``Dijadikan roh-roh dari cahaya dan diletakkan pada kegelapan rangka
(haikal), apabila kuat roh, menyertai akal dan berikut dengan cahaya, maka
hilanglah dari rangka kegelapan, maka jadilah rangka rohaniah dengan cahaya roh
dan akal, maka terjadi dan melazimi jalannya
dan kembali roh kepada logamnya secara ghaib, naik dengan larian qadar.
Dengan ini redha dengan larian qadha`
dan qadar. Ini adalah dari kehalusan ahwal.``
Katanya, dan aku mendengar Ibn Abi Sa`dan
berkata, ``Sufi ialah orang terkeluar dari penyifatan dan coretan (rasm) dan faqir ialah orang yang
luput dari asbab, maka luput sebab-sebab menjadikannya faqir dan memudahkannya
jalan kepada musabbab dan kemurnian sufi dari penyifatan dan coretan
melazimkannya bertasawuf, maka bersih dari campuran keseluruhan, dengan
mekanisme bersih membersihkannya – sejak azali – dengan cahaya dan kebajikan.
Katanya, dan aku mendengar Aba Bakr bin Abi
Sa`dan berkata, ``Seawal bahagian dibahagikan bagi diri dari kebaikan ialah
roh, supaya bergerak dengannya dari tempat-tempat yang asing kepada ilmu supaya
menunjukkannya kepada jalan yang betul, kemudian akal supaya menunjuk dengan
ilmu kepada darajat-darajat ma`rifat, dan menunjukkan kepada diri menerima ilmu
menyertai roh mengawang kepada malakut
!``
Demikian pendapat Abu Bakar bin Abi Sa`dan
untuk difahami, khususnya konsep-konsep rohani yang dibicarakannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment