April 4, 2017

BERBAGAI PENDAPAT ABU BAKAR BIN HAMID AL-TIRMIDZI


BBB, 06 Rajab 1438H. = 03 April 2017M. (Isnin):
Dari kalangan sufi seterusnya ialah Muhammad bin  Hamid al-Tirmidzi, iaitu Muhammad bin Hamid bin Muhammad bin Isma`il bin Khalid, dan kunyahnya ialah Abu Bakar. Dia adalah dari kalangan shaykh sufi terkenal di Khurasan. Nyata kedudukan dan elok siasahnya.
Antara shaykh-shaykh sufi yang ditemuai di Balakh ialah seperti Ahmad bin Khadhrawayh dan yang lain daripadanya. Dia mempunyai sahabat-sahabat yang  cenderung kepadanya. Nasabnya dan kunyahnya  kepada anaknya, Abu Nas*r, Muhammad bin Muhammad bin Hamid dan adalah Abu Nas*r  seorang anak muda di Khurasan.
Abu Bakar disanadkan dengan Hadith yang dia adalah salah seorang perawinya.
``Bercakap kepada kami Abu Nas*r, Muhammad bin Muhammad bin Hamid, berkata, bercakap kepada kami bapaku, berkata bercakap kepada kami Abu Bakar dan `Umar bin `Abd al-Rahim, bercakap kepada kami Fahd bin Salam, bercakap kepada kami Suyaid bin Abu H*atim daripada Ghalib al-Qat*t*an daripada Bakr bin `Abdillah al-Muzni daripada Ibn `Umar   berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Siapa takut kepada Allah, maka Allah menakutkannya daripadanya (gerun kepadanya) oleh tiap-tiap suatu dan siapa tidak takut kepada Allah, maka Allah menakutkannya (dia menjadi takut) daripada tiap-tiap suatu.``
Sebuah lagi Hadith yang  Abu Bakar sebagai sanad ialah:
Mengkhabarkan kami oleh Al-Husain  bin Muhammad bin Muhammad bin Shabt*am, bercakap kepada kami Muhammad bin Hamid, bercakap kepada kami oleh Ishaq bin Hamdan al-Warraq, bercakap kepada kami Muhammad bin Zaid al-Naisaburi, bercakap kepada kami Zaid bin Abi Musa al-Marwari, bercakap kepada kami Muhammad al-Fadhl daripada Layth daripada Mujahid, daripada Ibn `Abbas berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Menuntut perkara halal itu adalah jihad dan Allah suka kepada orang mu`min yang berkerja.``
 Aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Muhammad bin Hamid berkata, ``Fikrah ada lima wajah.
Fikiran pada ayat-ayat Allah dan alamatnya  melahirkan ma`rifat
Dan fikiran pada tanda-tanda Allah dan ne`matnya menghasilkan mahabbah
Dan fikiran pada janji-janji Allah dan pahalanya melahirkan daripadanya kegemaran pada mentaati Allah dan muwafaqah.
Dan fikiran pada janji (wa`id) Allah dan balasan siksa melahirkan kegerunan dari mukhalafah.
Dan fikiran pada mendekati dengan ihsan Allah kepadanya melahirkannya fikrah sebagaimana salaf dalam malu kepada Allah Ta`ala dalam mendzikirkanNya.
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Apabila bertapak cahaya di dalam al-sirri, maka bercakaplah (bertindak) segala anggota dengan kebajikan.``
Katanya,  disoal Muhamnmad bin Hamid tentang firman Allah Ta`ala yang bermaksaud:
``Wahai manusia, kamu semua faqir kepada Allah, dan  Allah Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.`` (Fat*ir: 15).
Maka katanya, kamu adalah faqir kepada rahmatNya. Dan Dia amat Kaya daripada pewrbuatan kamu dan kamu berhajat kepada rahmatNya.``
Katanya, berkata Muhammad bin Hamid, ``Tidak mendapati seseorang sempurna himmah dengan sifat-sifatnya, melainkan ahlu al-mahabbah. Adapun mereka mendapati sekalian  dengan mengikuti Al-Sunnah, dan menjauhi bid`ah. Maka Rasulullah s.a.w. adalah setinggi makhluk dari segi himmah dan lebih dekat mereka itu dari segi capaian.``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Ingkar kewalian para wali di hati orang-orang jahil, lantaran sempitnya dada mereka daripada pengeluaran hasil dan dalam menjauhi  dosa-dosa dari didatangai  daya mencegah.``
Katanya, dan berkata  Muhammad bin Hamid, ``Sedekat hati kepada Allah ialah hati yang meredhai bersahabat dengan fuqara` dan mengesani yang kekal di atas yang fana, dan menyaksikan larian qadha` dan mesra terhadap perbuatanNya.``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Merendahkan para auliya` menandakan kurang ma`rifat dengan Allah Ta`ala.``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Apabila Allah menyampaikan engkau kepada satu maqam dan  engkau tertegah dari  menghormati ahlinya, ketahuilah engkau mengalami kesombongan dan merendahkan kedudukan.``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Aku tidak memperkecilkan seseorang daripada muslimin, melainkan ku dapati kekurangan imanku dan ma`rifatku.``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid,, ``Jalan terang,, dalil diketahui, bekalan sempurna, dan kenderaan kuat, akan tetapi tertegah kaum dari kesampaian kerana  tiada menurut pertunjuk, pergerakan di jalan lebih nenurut syahwat, mengambil bekalan tidak menurut aturan, melemahkan tunggangan dan tidak menepati perancangan.``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Modal engkau ialah qalam engkau dan waktu engkau, sesungguh terlintas di hati engkau berbagai sangkaan, engkau terbawa kepada kerja yang tidak berkenaan. Maka bilakah engkau dapat untung daripada kerugian pada modal engkau ?``
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Sejahat-jahat manusia dari segi kejadian, ialah orang yang hidup tanpa meraikan sahabat-sahabat dalam kumpulan dan tidak menunjukkan sikap bersahabat, meskipun  kepada seterunya.
Katanya, dan berkata Muhammad bin Hamid, ``Manusia dari segi kejadiannya adalah lebih baik dari kejadian-kejadian lain.
Demikian berbagai-bagai pendapat Muhammad bin Hamid al-Tirmidzi yang dapat dinilai.

Sekian.

No comments:

Post a Comment