BBB, 04 Rajab 1438H. = 01 April 2017M.
(Sabtu):
Sufi seterusnya ialah dari kawasan yang
terkenal dengan kelahiran ramai sufi, iaitu Al-Naisaburi. Sufi dimaksudkan
ialah Mah*fuz* bin Mahmud al-Naisaburi. Beliau adalah dari kalangan
sahabat Abi H*afs* Al-Naisaburi. Dia adalah dari kalangan ulama sufi silam di
Naisaburi dan berkedudukan tinggi di kalangan mereka itu. Selepas kematian Abu
H*afs* beliau bersahabat dengan Abi
`Uthman dan melaziminya bersama sepanjang umurnya. Beliau disifatkan sebagai
sewarak-warak shaykh, dan melazimi tariqat dengan mereka itu. Beliau juga
bersahabat dengan Hamdun al-Qas*s*ar, Salman al-Barusi , `Ali al-Nas*r Abadzi
dan shaykh-shaykh lain daripada mereka itu.. Beliau meninggal pada tahun (m. 303 atau 304H.) di Al-Naisaburi dan
dikebumikan bersebelahan dengan Abi H*afs*.
Adapun riwayat tentangnya:
Aku melihat pada tulisan bapaku Ja`far bin
Hamdan, berkata Mah*fuz* bin Mahmud,
``Tawakkal bahawa engkau makan dengan tidak tamak dan tidak
lahap.``
Dan dia juga berkata,
``Orang yang taubat ialah yang bertaubat
dari kelalaian dan ketaatannya.``
Dia juga berkata,
``Jangan engkau timbang (menilai) makhluk
dengan timbangan engkau.
Timbanglah diri engkau dengan timbangan
orang mu`minin, membolehkan engkau mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan
berbanding mereka.``
Dan beliau juga berkata,
``Siapa yang menyangka terhadap seorang
muslim fitnah, maka dia sebenarnya
menjadi orang yang kena fitnah.``
Dan katanya,
``Banyak manusia adalah lebih baik, dia
mendepani pembelaan terhadap orang
muslimin.``
Dan ditanya
Mah+fuz* daripada do`a Nabi s.a.w.
``A`udzu bika.`` bermaksud, ``Aku
berlindung dengan Engkau.``
(Menurut
catatan kaki, Hadith lengkap adalah sebagaimana berikut),
Tamam al-Hadith:
``Allahumma inni a`udzu bi ridhaka `an sakht*ika
wa bi mu`afatika min `uqubatika wa a`udzu bika minka la uh*s*i thanaan `alaika,
anta kama athnaika `ala nafsika.``
Rawahu Muslim wa al-Tirmidzi wa al-Nasa`i,
wa Ibn Majah wa Abi Da`wud, daripada `A`ishah.
Bermaksud:
``Allahumma bahawasanya aku berlindung
dengan keredhaan engkau dari kemarahan Engkau dan dengan kemaafan Engkau
daripada akibat Engkau dan aku berlindung dengan Engkau yang tidak terkira
kepujian kepada Engkau sebagaimana
Engkau puji ke atas diri Engkau.``
Maka katanya, aku mendengar Aba Hamdun
berkata, ``Tidak harus do`a ini melainkan bagi Nabi s.a.w. atau siapa yang
mendo`a dengannya mengikutnya.``
Dan katanya,
``Siapa yang melihat kebaikan dirinya, maka dibalai dirinya
bersamaan manusia.
Dan barang siapa melihat `aib dirinya dia
selamat daripada dilihat sama manusia.``
Dan katanya,
Perbetulkan amalan engkau dengan ikhlas,
dan perbetulkan keikhlasan engkau dengan
bersih daripada daya dan kekuatan.``
Dan katanya,
``Siapa yang mau melihat jalan pertunjukan,
maka hendaklah dia mempastikan diri di jalan muwafakat bahagian-bahagian dari
kelainan.``
Demikian pendapat dan pesanan Mah*fuz* bin
Mahmud al-Naisaburi yang jelas persoalan dan dapat dijadikan ikutan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment